Friday, July 24, 2015

post raya di ofis

hai!
still on mood raya?
sy dah masuk ofis dari semalam dah.
budak-budak ofis pun dah ramai yang masuk tapi ada dalam separuh lagi yang masih bercuti. *bestnyaaaa hahaha* including my husband la tu yang habiskan cuti sampai minggu ni sebab cuti banyak lagi katanya.

kerja pun tak berapa nak ada awal-awal ni.
semalam masuk ofis, pukul 10 pagi kerja dah settle.
nasib baik la hari ni ada meeting kat luar. kot tak mati kutu dok ofis lama-lama. hahaha
kafe pun belum bukak lagi. terpaksa kirim kat husband belikan breakfast.
tengah hari kena balik rumah makan sebab ofis tak de makanan. great. T_Tv

marukku super sedap di abad ini.

gambar selingan marukku sedap yang dibeli daripada kawan ofis.
import dari pahang ni. jauh ok. :D

mood makan rendang still ada, walaupun baca status kebanyakan orang; "dah tak larat nak makan lemang ketupat rendang semua." sambil post gambar nasi putih, western food dan lain-lain lagi :P
may be sebab rendang is always be my fave,
and i didn't have enough rendang on raya kot.
sy raya kat terengganu, so semua rumah yang kita pergi tak de hidang rendang ketupat semua tu pun haha.
rendang yang sempat makan pun adalah yang sendiri buat on the first day of raya.
so may be harini nak masak rendang lagi kahkah gila rendang budak ni :DDD
lagipun kesian ketupat palas dalam fridge yang sy beli dari hari tu tak de kawan nak dimakan bersama.
kesian kan. :P

so tu je la.
random rant untuk hari ni.
cya some other time! bye!

Thursday, July 23, 2015

the rest of raya trip

hola!
bersiaran lagi kita :D
ni entry sambungan hari raya dari kampung hari tu. lolx

so on the 4th day of raya, kitorang kan stay kuantan 1 malam.
pagi tu hotel ada sediakan breakfast.
so pergi breakfast dulu.

ariana tengah makan potato wedges.

lepas tu siap kemas-kemas beg,
nak gerak ke rumah kawan husband kat kuantan.
dia buat makan-makan.
before that ingat nak cari keropok lekor dulu.
tak dapat yang kat terengganu, beli yang kat kuantan pun boleh. :)

ariana sempat lagi tengok nursery rhymes kat hotel. lolx

then google and GPS.
cari tempat jual keropok lekor yang well-known kat kuantan.
ghani black nama dia. kat area tanjung lumpur. kat pasar basah.

time datang ni tak ramai orang sebab lewat pagi lagi. ada la dalam 4 orang je kot.



snap sekali haha. ariana dah tertidur time ni.



tepi tu ada jual keropok rebus untuk terus dimakan, satar, ketupat and kuih kot.



keropok keping dan keropok segera pun ada kat sini.



tengok tu. selamat dah dia tidur. haha



keropok lekor yang panas-panas baru diangkat dari dapur.



nah papan tanda kedai ghani black. xD

then ke depan sikit.. area tanjung sepat ke apa namanya. lupa pulak kikiki.
tapi ni kat kawasan perumahan baru, tepi kawasan kampung.
dari rumah kawan husband ni boleh terus nampak laut. belakang tu bendang.
what a view.

so kami dijamu dengan kemeriahan laksa penang, laksa kelantan dan nasi dagang.
kenyang betul.
se'eh, kalau dicakap dalam bahasa terengganu :P




memang meriah masak.

lepas tu kitorang gerak balik.
next stop adalah kampung in laws kat banting pulak.
macam biasalah lalu bentong karak semua tu.
jem la sikit, but that's it.
kitorang berhenti-berhenti so tak de la penat sangat.

hambik kau punya jem :P

singgah ke hentian genting sempah, makan durian dulu. hahaha

husband belanja; musang king and d24.
sedap gile hoih. nampak tu isi kuning gileee.




peminat durian.



peminat jugak, makan 4 ulas. lolx



peminat taksub. "yan yan!" 100 kali dia yan yan.

bila durian dah habis, dia nak lagi okeh.
sampai masuk dalam kereta tak lepas pandang kat kedai durian tu.
hailah sabar je la anakku ini. T_Tv

then dalam pukul 8 lebih rasanya, sampai ke banting.
mandi manda rehat-rehat.
diorang kat rumah keluar beraya kejap.
kita nak ikut memang dah tak larat sebab baru sampai.
masak telur goreng kicap je, makan dengan nasi panas. fuhh.

the next day pergi settlekan renew lesen memandu kat JPJ banting.
walaupun super ramai orang, tapi service kat sana laju gile.
ting ting ting nombor giliran berbunyi-bunyi.
akhirnya lesenku siap! haha
terus buat 6 tahun sebab wani e pemalas nak pergi banyak-banyak kali.

then musim panas kan.
kita pergi cari cendol banting pulak. xD


lepak kat kedai cendol. tak ramai orang pun. sebab raya kot.



puas hati dapat makan cendol panas-panas macam ni. nampak tu sengih punya lebar. lolx



nah gambar cendol upclose untuk tatapan korang. kihkih


then the next day tu baliklah kitorang ke putrajaya pada malam harinya.
lepak kejap, kemas rumah. sempat la vakum mop lantai malam tu.
tapau KFC je sebab gas habis. haha

ok tu je kisah trip hari raya.
alhamdulillah sampai dah rumah kan.
tata!!

Wednesday, July 22, 2015

restoran tursina seafood, tanjung lumpur, kuantan

still on our 3rd day of raya.
petang tu ke tanjung lumpur untuk mencicip snek petang.
pergi warong paksu & maksu; tutup.
pergi mokna; ramai orang hoih.
last-last kitorang decide untuk terus makan malam je la (walaupun belum malam.. hihi).
lalu di sepanjang jalan tanjung lumpur tu, nampak restoran tursina seafood.
dari luar nampak macam menarik.
orang agak ramai jugak.
so let's singgah! xD

husband, before we started eating.

asalnya kitorang ambik meja kat luar.
tapi lepas tu nampak macam nak hujan,
so berpindah ke dalam.
datang sini sebab ada bakar-bakar.
husband kata nak makan ikan, sotong bakar.
nampak diorang tulis situ, 'ikan bakar gajus'.
macam mana agaknya ikan bakar gajus ni.

then kitorang pilih ikan aji-aji seekor, ketam seekor, sotong.
semua bakar kecuali ketam tu masak telur masin.
asalnya ketam tu nak disuruh goreng kunyit je, tapi diorang tak masak.
telur masin pun ok je, ai no hal.

tapi sebab ramai orang, lauk sampai lambat sikit.
tak pe sabar menanti.


ni diaa ketam masak telur masin.

bestlah ketam dia.
dahlah besar, isi banyak. puas hati makan.
memang sy ketuk-ketuk pun ketam tu time pilih. nak isi banyak. lolx
harga RM27 ni seekor, jadi sila bertabah untuk membayar :P




lampu dalam restoran kaler hijau.
so sila tengok gambar-gambar semua dalam ton hijau ye.


kangkung goreng.



sotong bakar dah sampai! :)



begitu juga dengan ikan bakar! yeah!

pes bakar dia memang sedap sangat wehh.
yang ikan bakar gajus tu.
patut pun nampak macam ada kekacang kat pes dia.
rupanya tu gajus hancur.
rasa adalah superb. boleh ulang makan kalau datang kuantan lain kali *bila la agaknya tu* :D
highly recommended. worth a wait.


lauk-pauk keseluruhan. alhamdulillah kenyang.

bagi yang berada di sekitar kuantan dan nak try makan ikan bakar super sedap (dan lain-lain bakar),
boleh cuba di tursina seafood.
ai dah siap tag location, senang nak cari.
tapi kalau tak pun boleh nampak kedai ni di sepanjang jalan tanjung lumpur. satu deret belah-belah mokna.

koordinat tursina seafood :
3.791673, 103.329895

or

3°47'30.0N  103°19'47.6"E

wani ezryl's 3rd day of raya

oh helo!

sambungan kepada cerita hari raya kita. ahahah. xD

on the 3rd day tu dah ada kat KTcity, bermalam kat sana.
so pagi-pagi tu sebelum breakfast kat hotel, kita self-service laundry dulu!
kedai ni dekat je dengan hotel.. satu block.
pi lintas jalan beli sabun basuh baju kat 7e.
siap mintak adik 7e guntingkan paket sabun tu sekali. haha

laundry ni memang penuh sejak dari tengah malam sampai ke pagi.
semua orang gigih membasuh baju raya-raya ni. :P

tu diaa husband mithali membasuh baju hihi

husband pakai sampai separuh paket sabun ok.
memang semerbak la baju-baju lepas basuh tu haha
"pakai 1 scoop je la!" kata wani ezryl.
"oo ye ke. alamak dah terbubuh separuh." hahaha comel je.


customers lain sedang seronok membasuh baju *seronok ke? haha*


sementara tunggu baju siap basuh dalam 26 minit, kita pi breakfast dulu.
kat ming star ni tak de buffet, kita pilih je set breakfast apa yang nak makan.
may be sebab hotel kecik je and tak ramai orang.
better buat macam ni la senang.

ariana kena paksa buat peace. kihkih



waiting for my breakfast.



snap 1 kali lagiiii.



staff hotel siap bagi kuih raya lagi. hoho



kita order set nasi goreng. yum yum.

lepas tu before tengah hari, check out hotel dan gerak ke simpang tok ku untuk beraya ke rumah usop. rumah in laws dia sebenarnya hihi


dua beranak kamceng. selalu gaduh sama tapi kamceng. :DDD



hidangan hari tu; nasi planta, daging masak merah dan ada ayam goreng jugak. memang mervelous.



daging masak merah yang sedapp hoi. bila makan rasa macam makan masakan di rumah sendiri pun ada. hihih



ariana yang tadi makan nasi goreng, makan nasi planta pulak. bagus punya appetite. lolx



husband catchin up cerita dengan usop.

lepas tu ke pasar payang or kedai payang untuk beli stok kepok keping dan rempah.

tak ramai sangat. parking pun ada. ni gambar kitorang bertiga.



duriannn duriannn.

teringat zaman single dulu selalu jugak ke sini makan durian.
malam-malam pun boleh keluar makan durian lagi.
kadang tapaukan untuk husband (time tu kitorang kawan-kawan je haha) sebab tau dia suka durian.

ok lepas tu kitorang gerak ke kuantan pulak.
plannya nak overnight kat sana.
carilah mana-mana hotel murah yang ok dan berada di tengah-tengah bandar.
then husband book satu bilik kat rocana hotel.
hotel ni memang dekat dengan malls semua.


staff hotel dan mood aidilfitri di hotel ^^



si pomel ai yang usung botol air ke hulu ke hilir.



husband tengah nak check in.

this is the bilik :























sini iron dengan ironboard je tak de.
kalau nak kena mintak.
at least untuk bilik kitorang yang biasa ni la.
bilik lagi mahal mungkin ada :P
tapi so far semua ok and bilik pun cantik.
we enjoy our stay dan boleh berehat-rehat kat kuantan then pi beraya lagi esoknya :D

(sambung kisah raya nanti)