Sunday, June 28, 2015

tak sah kalau tak ada gambar makanan

lolx
ada tak nanti yang cakap "apa laa. bulan ramadhan ni untuk beribadat, bukan untuk makan!"
ye betul. tapi kalau ada orang post gambar "done terawih" sekalipun ada je yang tukang condemn.
so we stick to what we like; posting food photos.
sebab sy akan post photo makanan tak kira la bulan apa pun kan. hehe

ni baru sempat transfer gambar juadah hari-hari sebelum ni.
ada untuk sahur, ada untuk berbuka.
so jemput tengok la ye.
tak payah nak drools sangat.
gambar aje pun.
if puasa, kesabaran kena tahap tertinggi. hee

juadah beli je. ikan keli berlada and sup sayur.
macam tahun sudah,
tahun ni pun kelab ofis buat edaran bubur lambuk kampong baru.
memang sedap bubur dia.
tiap tahun sama je rasanya.
depa pi masjid jamek kg baru, tolong ambikkan and bawa balik ke ofis.
gigih tak gigih tu. tepukan untuk mereka!! :D



serunding daging from ku nan.
menteri kitorang, ku nan pun ada bagi serunding daging.
tahun lepas pun dapat.
satu dapat kat ofis, satu lagi kat rumah. sebab penduduk putrajaya kan. hehe
tahun ni baru sampai yang kat ofis punya.
kat rumah belum tiba lagi. xD
sedap gile serunding ni.
dia ada tambah bawang goreng dengan cili kering.
so different sikit la daripada serunding yang biasa-biasa tu.
bau pun lebih wangi.
thanks, pak menteri! :)


nasi kerabu beli. keropok goreng sendiri.
beli nasi kerabu with ayam percik, kat kedai area p15.
sebab hari-hari balik ofis sy singgah sana ambik ariana.
so terus beli juadah berbuka sekali.
time ni husband pi berbuka nasi arab dengan kawan-kawan.
sy malas nak ikut sebab tak terasa nak makan nasi arab.
so makan nasi kerabulah kita. hehe

lepas tu husband bawak balik durian, dia beli kat dengkil.


merasalah dua ulas pun jadi. hee

then jumaat hari tu kan unfortunate sikit.
ended up beli sate kan sebab bazar putrajaya tu hazabnya jam.
ni lah dia sate tu :



tu yang bentuk lonjong tu adalah kuih cik mek molek.
husband goreng. sedap ok.
makan panas-panas.


sahur semalam; sizzling sardine dengan serunding ku nan bagi :D

alhamdulillah so far makanan semua untuk bersahur dan berbuka cukup dan sedap.
yang penting kurma 3 biji time sahur memang tak lupa.
untuk tenaga sepanjang berpuasa.
ok la tak terasa penat sangat ataupun super dahaga.
mungkin sebab kita pun kerja dalam building.
haritu ada kes few buildings in putrajaya yang 3 hari tak de aircond. dugaan kuat tu.
and alhamdulillah jugak ofis kitorang tak affected. malah aircond macam kat kutub pulak. sejuk gile.
yang bekerja di luar building;
kerja di tapak binaan ke, buat sales jumpa client etc memang kuat la.
semoga dipermudahkan puasa mereka.

oklah tu je nak rant kali ni haha
selamat hari ahad.
hari ni nak relax-relax jeeeee. tata!

No comments: