Monday, June 22, 2015

buka puasa 3rd day of ramadhan : hotel de palma, shah alam

hey everyone!! *wave*

sabtu lepas husband belanja buka puasa kat hotel de palma, shah alam.
dekat je dengan rumah parents sy; belakang tu je. haha
thanks, hun!

tahun ni buat kat diorang punya grand ballroom.
last time (entah tahun berapa, tak ingat. tapi time tu masih single).. de palma buat buka puasa dia kat hotel building. mungkin a bit smaller than the ballroom, tapi time tu punya la meriah.
kali ni ramai jugak orang, tapi masih ada meja-meja kosong.
mungkin sebab awal-awal ramadhan ni tak ramai lagi nak makan di luar.

may be sebab kitorang book agak lewat, so dapat meja kat foyer ballroom.. bukan kat dalam ballroom.
whatdaa.
yang orang hotel tu bukan nak beritahu time kita call.
bayaran sama, tapi dok luar.
kat luar mana boleh nampak persembahan nasyid semua. aircond pun lagi laju kat dalam ballroom.. haha
tapi kami redha airways saja dan meneruskan niat murni kami untuk makan :D

seperti biasa, model berbuka puasa kita (yang obviously tak puasa.. cough cough) ariana bariana. hohho (jaga kulit, makan buah) :P



plate sy yang terdiri daripada lauk-pauk.

mama cakap biasanya lauk-pauk awal puasa ni tak semeriah time mid or nak end of ramadhan.
may be betul sebab sy tengok tak de sangat seafood macam udang ketam sotong tak ada.
may be menu harian diorang lain-lain. and kebetulan this time tak ada udang semua tu.
tapi kambing panggang tu memang ada. xD


nasi goreng, kambing golek dan cucur. cucur dia sedap! nasi goreng kurang rasa and kambing golek ok-ok aje :)



ada ruangan biskut kering dan air panas untuk dicicah. haha



tu diaaa plates husband punya. xD



keadaan stalls di luar ballroom (foyer).



ni kat dalam ballroom. lebih meriah la, dengan model rumah kampungnya, lampu rayanya etc.



ni gambar clear sikit. tadi gegar. haha



nombor meja. :)



oh, hai!



ambik ketupat daun palas, rendang ayam and serunding ayam. rendang rasa maung bawang. not recommended.



sup power (memang tulis nama tu kat menu dia) and roti untuk mencicah.



last but not least.. pisang goreng cheese + coklat. hihi

macam-macam lagi ada; nasi ayam, ikan keli goreng (ada station khas untuk ikan keli sahaja. siap ada ikan keli berenang-renang di dalam aquarium woohoo), roti john, rojak, nasi tomato, lauk-pauk, gulai kawah, ais krim, roti jala etc etc.
dengan harga RM60 something untuk dewasa, bolehlah try (dengan harapan next time ada la lauk seafood pulak kan haha).

tu je lah kot.
nanti kita cari tempat berbuka puasa lain pulak yang best.
aighttt.
sampai jumpa lagi! :D

No comments: