Saturday, June 27, 2015

kegilaan hari semalam

heylo!

entry ni tak de upload gambar makanan..
sebab malas nak transfer gambar. hahha
phone tinggal kat bilik, ni kat living room.
punyalah malas nak gerak tu kan :P

typed this at 1am saturday, jadi masih terasa macam hari ni hari jumaat.
so siang tadi agak rush la.
dah la nak buat meeting pukul 3.15,
beria nak siapkan work stuff untuk meeting..
tengok-tengok dah time rehat.
siap-siap save file dalam thumbdrive, ingat nak balik sambung buat kat rumah je.
rupanya sampai-sampai rumah tak bawak thumbdrive tu, boleh tak!!
still tercucuk kat CPU ofis *cries*

buat file baru kat laptop rumah, ingat nak combine je sampai ofis nanti.
tengah-tengah buat tu boleh pulak komputer ni nak buat updates dia hoiii (restart computer)
salah timing betul.
dengan updates tu ambik masa berzaman.
siap dah masuk waktu zohor.
siap dah solat zohor, updates tak siap-siap lagi.
nak restart apa semua tak boleh.
last-last ku tinggal aje laptop tu mengupdate dirinya while balik ke ofis semula walaupun masih waktu rehat.
sambung buat kerja kat ofis T_T
nasib baik sempat siap before meeting hoii.
ku buat kerja serupa the flash je.
nasib baik la tak tunggu updates tu siap.
nyampah :P

and petang pun agak over jugak la harini.
super penat.
pergi pasar beli barang dapur.
then nak ke bazar kat location lagi satu.
2x pusing tak de parking.
time nak keluar tu jalan punya sempit, kereta park kiri kanan.
ada van ni super besar nak lalu. waaaa kejadah ko nak lalu lorong sempit niii.
sy siap berenti nak bagi dia lalu.
pun dia geser jugak kereta sy dan berlalu tanpa rasa bersalah!!
nak turun kereta tak de guna sebab kereta lain semua queue depan belakang and jalan adalah super sempit. nak bukak pintu pun tak boleh hoi
screw you, bazar putrajaya. *menangis di satu sudut*

ended up pergi taman warisan beli sate dengan otak-otak je.
rezeki ini hari. xD

btw.
sy dah download new game from azfanizam, developer game kegemaran sy! hah haha
nama game dia 'satay club'. game ni pixel style, soo tiut!

ambik daripada internet. cute kan!

now dah level 18.
main sehari pun dah level 18. kakaka
level dia berpuluh-puluh.
tapi nak sambung level ni kena purchase full game.
esok pagi nak purchase. :DDD
alah RM7.70 je pun.
lepas tu dah boleh main forever and ever.
tukar phone pun boleh main balik (tak yah beli dah).
just guna google account yang korang pakai time nak purchase tu and log in.

ye sy memang suka main game berunsur makanan ni. forgive meeee :DD

hope tomorrow (sabtu) will be much better.
because my jumaat is kinda disastrous. lolx

till then!! :)

No comments: