Sunday, June 28, 2015

break fast with dear family

ni cerita semalam.
tapi sebab semalam super penat, masuk tidur pun awal, jadi tak sempat blogging.
semalam hari kemas rumah.
vakum dan mop dan kemas sana sini dengan husband.
ariana pun nak kemas jugak, dia konon-konon vakum lantai guna vakum yang dah off. lolx
memang super clean la rumah tu dan tak sepah tiba-tiba. kahkah

then basuh baju 3 round sambil-sambil kemas tu.
lipat baju 2 round from sebelum ni punya.
sabtu yang super produktif la kot.
kalau hari bekerja memang tak larat la.
nasib baik ni weekend.
so boleh rest in between kalau tiba-tiba rasa penat tu.

then family from shah alam cakap nak datang berbuka kat rumah kitorang semalam.
sebab nak solat terawih di masjid putrajaya (asalnya nak ke masjid putra, then tukar plan ke masjid besi).
diorang bawak jugak makanan masing-masing,
dan kitorang pun siap belikan lauk and masak nasi.
yang makan nasi pun sy, husband and mama. orang lain tak makan.

so diorang sampai dalam jam 7pm.
sempatlah snap gambar semua orang. xD

abah.



harith terkelepek. hahah



my husband. suka betul. haha



faliq muka control :'DD



mama.



ariana bariana. heheh
basikal tu neneknya hadiahkan sempena birthday dia yang kedua hari tu.
sy pun tak beli hadiah lagi hahahaa
tapi selama ni pun banyak belikan dia baju and toys tak mengira hari.
so kira lump sum ke macam mana tu? :P


nah hambik juadah berbuka kitorang.
meriah hoii.
makan kat atas tikar je. kampung style ;)





satu-satunya lauk yang dimasak; kangkung goreng. hehe



ayam percik bazar putrajaya. sedapp macam home made. tapi ayam medium rare sikit. kena bakar balik.



kerutub ayam kampung yang mama bawak dari shah alam. kuah pekat dan penuh rempah. lazat!



gulai ayam bazar putrajaya.



kerang bakar bazar putrajaya.



ikan cencaru sumbat bazar putrajaya.



cucur udang yang diorang bawak dari shah alam. tiap-tiap tahun everyday memang wajib beli ni time bulan puasa :D



tembikai dari fridge rumah kitorang :D manis! beli kat pasar hari tu.

tips beli tembikai manis; beli yang merah kot. kahkah


kuih-muih pun banyak diorang bawak dari shah alam.



selamat berbuka! hihu


time meriah adalah berkumpul and berbuka puasa ramai-ramai dengan family.
kalau hari biasa, lauk pun sejenis dua je. tapi tetap kenyang.
tahun ni memang konsep makan berpada je kita. haha
next untuk meriah, adalah makan buffet! jyeah. entah bila tu.
ok lah till then!! :D

2 comments:

GTR said...

Meriah btol makan2. syukurr malaysia aman. lolx

wani ezryl * said...

haha kitorang bab makan memang tak berkira :D