Wednesday, June 24, 2015

buka puasa hari keenam


hah tu dia menu berbuka puasa kitorang semalam; mc donalds. lolx
mc d tak packed pun semalam (at least kat putrajaya ni. tempat lain tak tau)
mungkin sebab hari gaji dan bonus belum tiba.
sangat convenient kalau nak makan kat luar time-time macam ni.
siap duduk dulu lepak-lepak, pukul 7.15 baru pi order.
dapat yang panas-panas lagi. haha

kalau esok ni jangan berharapan la nak makan luar kalau tak book.
for sure packed di mana-mana.
orang celebrate dapat gaji kan.

then balik rumah lepas tu, lepas urus diri semua, tidur. zzz.
bangun balik pukul 11pm baru sempat nak masak untuk sahur for today.
masak kerutub ayam. pagi tadi panaskan balik before 5am.
lepas tu dah siap-siap marinate ikan tenggiri potong kecik-kecik.
pagi tadi pun tinggal goreng je. makan panas-panas. yum yum.
nothing beats a home meal. ko masak la telur goreng je pun. tetaplah sedap di tekak. hahah

lauk bersahur kitorang. sedap hoii. (memang selera sendiri suka makan kerutub. kihkih)

husband pulak jenis tak kisah.
asal kenyang macam tu.
semua dia makan. lolx
tapi akan kumasak jugak nanti fave dia macam ayam kicap, sardin semua tu.
yang tu sebelum puasa hari tu dah masak.
nanti-nanti kita masak lagi. :D

richness.


dan entry ni diakhiri dengan gambar hadiah bantal bamboo yang abah sy hadiahkan sempena birthday haritu. wihihi (tq, abah!!)

No comments: