Friday, June 19, 2015

my first day of ramadhan

ya Allah, dah bersarang labah-labah dah blog ni.
kulapuk juga kuman dan hama bertebaran di dinding-dinding blog. akaka

hey hey semua.
bersiaran lagi kita bersama wani e yang pemalas nak update ni. lol
selamat menyambut bulan ramadhan, selamat berpuasa and selamat meng-up-kan amal ibadah kepada yang berkenaan :D

khamis adalah first day of ramadhan.
so far so good *kalau first day dah terkelepek tu, tak tau la nak cakap apa* haha
plan bulan ramadhan kali ni adalah nak masak untuk sahur je.
buka puasa kita beli je la lauk, lepas tu nasi masak di rumah.
ai is nak jimatkan tenaga. punyalah sayang kat tenaga tu. lolx

so hari sebelum puasa tu, kira nak sambut ramadhan la.
masak lauk tiga jenis. (biasa sejenis je atau yang simple-simple atau beli kat luar aje).
masak lebih so boleh bawak ke sahur esoknya.
nah ni dia gambar.


udang masak tomato, ikan goreng garing and sayur campur.

ada pulak kederat nak memasak tu kan hahaha
semangat nak menyambut puasa kot.


udang tu goreng tepung garing-garing dulu baru dimasakkan dengan fresh tomato.



ikan ni marinate semalaman. rajin benar nak simpan semalaman kan :P



lama tak makan.

sy sakit gigi sebenarnya.
ye yang sakit gigi hari tu menyerang kembali.
tapi masih mild la. boleh bertahan lagi.
tak sabar nak tunggu 30 jun ni appointment dengan doktor gigi nak cabut akar mati katanya.
hopefully hilanglah sakit gigiku itu.

so sahur on the first day,
sy makan reheated daging dendeng yang dibeli daripada kawan (homemade).
memang every year pun dia jual.
resipi nenek katanya.
memang sedaplah.
sebekas tu 1/2kilo harga RM32.
naik RM2, tahun lepas RM30 je. lolx
mahal tak pe janji sedap.
i'll pay for a good food. so.

and buka puasa hari ni seperti yang dirancang, ai pergi ke bazar ramadhan putrajaya untuk membeli lauk dengan jayanya.
tak de la jaya sangat.
bulan ni sy balik awal pukul 4.30 petang.
ingat nak elak jam.
punnnnn jam hambik kau.
berpusing jauh cari parking.
last-last dapat jugak parking berdekatan tangga bazar. alhamdulillah.
husband kata nak ayam percik.
ok nice.
sy pun beli yang sama je.
tawaf habis satu bazar cari ayam percik yang nampak sedap.
and memang berbaloi la sebab sedap sungguh nyeeee *menjilat jari*
ni ayam percik kuah oren.
so memang tak silap la beli. hihi

kebetulan PM dengan KSN dengan big boss ai semua ada kat bazar tu.
lagi bertambah penuh orang.
dengan reporters semua mengekori PM.
lalu pulak berdekatan laluan sy nak berjalan.
terpaksa lari ke lorong lain untuk elak 'jam' diserbu reporter. ahaha

nah lauk buka puasa sy untuk hari pertama :


sedap wei ayam percik diaaaaaaaaa.

mencari jugak la lauk sayur kat bazar.
tak de orang jual sayur ke hoiii.
nasib baik hari tu ada beli kacang botol kat pasar.. simpan dalam fridge.
dapat la jugak makan ulam.
balance la kononnya kahkah

then my big boss (SUB en. hamid) belanja semua orang murtabak ini hari.
i chose murtabak ayam.
murtabak uniten ok. memang sedap.
besar pulak tu.
tak terhabis makan dua orang dengan husband.
simpan dalam fridge.. esoknya boleh perangat balik makan. gitu.

murtabak ayam sedap yang bos belanja. thanks, en. hamid! :)

malam ni pulak baru tadi masak kari ayam untuk reheat sahur nanti pukul 5.
ye sy bangun pukul 5pagi.
bukan jenis bangun awal pukul 4 nak sahur hahaha

tu je la kot kisah my first day of ramadhan.
semoga ramadhan kita kali ni mendapat berkatNya dan sama-sama upgrade diri ok.

till then.
take care!! :)

No comments: