Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, June 23, 2015

panggilan telefon

biasa kan orang call nak promote macam-macam via phone.
ni baru-baru ni dapat dua panggilan;
satu nak promote prudential (insurans).
satu lagi nak promote upgrading TM unifi.

sy memang tak faham kenapa yang tukang call tu kalau kita dah kata tak nak, dia tetap nak tanya "KENAPA?"
i mean usaha dan kesungguhan dia tu memang la harus dipuji.
tapi agak annoying la pulak.
ko promote barang/service, orang dah tak nak, tetap nak mintak orang tu justify.
ini bukan benda wajib kan.
kalau orang tak nak tu maknanya tak nak la.

yang jual insurans kalau kita dah kata tak nak.
"kenapa?"
"sebab sy dah ada insurans' plan lain." (dah bagi jawapan ni)
"boleh sy tau cik pakai insurans apa?"
sy memang tak nak jawablah ni sebab for sure diorang akan menceritakan keburukan insurans yang kita dah ambik tu.
ingat senang-senang ke nak terminate insurans sedia ada then nak ambik pulak insurans ko?
affect nilai insurans kita by time, ok!
ingat macam beli kasut agaknya boleh tukar-tukar macam tu je.

yang unifi ni dah 2x kot call. orang berlainan.
dah kita cakap tak nak upgrade (kena tambah lagi RM20 dan dapat speed lagi laju)
"kenapa?"
"sebab sy bukan pakai berat sangat pun internet ni. sy pakai biasa-biasa je." (means i tak download yang heavy-heavy.. tak perlu kot nak upgrade bagai)
lagipun hari biasa kita kerja kan. pakai wifi kat ofis. yang kat rumah tu malam je guna.
"tapi cik, satu hari nanti cik kena upgrade jugak. time tu cik tak akan dapat dah harga macam ni. rugi cik."
"maksud awak, nanti plan vip 5 ni dah tak de ke and ada vip 10 je?" (dia suh upgrade ke vip 10)
"tak cik. tapi pengguna semakin ramai. nanti line internet cik akan semakin slow. nak tak nak cik kena upgrade jugak nanti." (pandai-pandai je mamat ni)
"oo kalau macam tu tak pe la sy tak berminat."
still jugak dia nak pertahankan nanti line akan slow dan kena upgrade jugak.
adoii.
ko tau tak walaupun extra charge tu tambah RM20 sebulan je, itu dah menambah bil bulanan sedia ada.
banyak benda lagi nak guna untuk belanja weh selain nak internet laju sangat.
kalau sy kerja IT ke perisik ke nak connection laju-laju ni make sense la.
ni pakai pun waktu malam je on normal days.
nanti rugi sebab tak guna sangat tapi kena bayar lebih.
ngerti?
lepas sy dah cakap banyak kali tak nak tu, akhirnya tanpa ucap terima kasih ke apa terus dia "ok" and hung up phone.
tengok tu.
mentang-mentang kita tak nak.
hilang terus budi bahasa.
aiyo. nasib baik i tak upgrade.
kang sia-sia je bagi komisyen kat orang macam tu. lolx

apapun jangan nak terus grab promo-promo via phone ni.
anything, kena check dulu.
takut kena tipu atau tak menyebelahi kita sebagai pengguna.
aight.
jadilah pengguna bijak.

till then.

0 comments: