"ok."
ye, ariana memang suka berjalan.
pantang nampak kitorang bersiap-siap, dressed up pakai tudung ke apa
mesti laju je dia pergi kat pintu rumah, nak keluar.
siap ambik selipar siap-siap.
"bukak. bukak." hamboi siap suruh bukak pintu lagi. lolx
so last thursday on her birthday,
ingat nak bawak dia ke kidz paradise; tempat yang paling dia enjoy kalau pergi.
neneknya pun cuti nak datang putrajaya sambut birthday ariana.
but before that they all nak pergi floria.
so kitorang pun nak join jugaklah pi floria pagi tu.
ingat hari bekerja tak jam la apa.
tak jam lah sangatttt. cuti sekolah ok!
dua kali pusing tak de parking.
kalau ada pun jauh la kot.
tak mungkin wani e nak menapak sejauh itu dengan si ariana bariana ni ahahah
ni yang malas event kat putrajaya ni.
orang packed gile, lepas tu susah nak parking.
kena ada stadium kot putrajaya ni.
apa-apa event besar ko buat kat stadium.
parking senang. boleh cater ramai orang.
tak gitu ke. kihkih
jadinya kitorang patah balik rumah.
nenek, atuk, harith and durra (harith's gf) je la yang pergi floria.
tak pe la tak de rezeki nak masuk.
(sebab wani e kurang berusaha di situ :P)
sementara tunggu nenek atuk ke floria,
kita makan & napping kejap la kat rumah.
then diorang sampai rumah, tumpang solat, baru kitorang ke the mines.
pi lunch and bawak ariana ke kidz paradise, tempat fave dia. haha
ariana kalau pi sana memang senyuman tak lekang punya.
ai pun pelik. haha
kakak kawasan nak lalu. tepi! tepi! |
hambik ko, achievement unlock; kickflip. |
myself yang awesome (kakaka) and ariana. |
best pun bawak dia ke kidz paradise.
satu; sebab dia enjoy gile main kat sana.
dua; peralatan mainan semua selamat. insyaAllah selamat. tapi kena ada orang dewasa supervise jugak ye.
tiga; orang dewasa yang supervise tak penat sangat nak menjaga (tak sepenat menjaga kat rumah la) since kawasan permukaan lembut. so kalau lompat ke apa kurang risiko la. kita pun tak de nak terkejar-kejar sangat kalau dia lari. lolx
satu lagi sebab on weekdays, bayaran masuk murah sikit. RM28 saja berbanding weekend. RM40 tak silap. cuma bawaklah stoking sendiri, or else ko kena beli RM4.90.
nak masuk cuma bayar harga untuk kanak-kanak je. dewasa free, minimum 2 orang untuk supervise.
kalau nak masuk lebih daripada 2 orang, orang ketiga tu extra charge RM5 saja.
cool kan.
neneknya yang memang manjakan ariana (tak macam mama dia yang garang sikit HAHAHA) |
jongkang-jongkit. |
tetiba datang mamat ni duduk nak main jugak. ai ada video bukti ok. lolx |
budak lelaki chinese ni pun umur 2 tahun jugak macam ariana.
mak dia cakap lagi seminggu umur 2 tahun.
yang kelakar tu dia ada abang besar sikit la dari dia.. tetiba datang kat ariana cakap apa ntah dalam bahasa kantonis. confuse jugak ai tu. hahaha
ko ingat anak auntie chinese ke apa, nak :')))
nak bagi relax sikit, bawak dia main 'pasir'. |
nampak tu budak lelaki yang main sebelah dia.
memula elok la main kan.
lepas tu ariana kaut pasir (tang datang akal dia memang macam tu kihkih) ditaburnya satu planet.
terus budak lelaki tu lari. haha
memang kak yong kawasan laaaa. sabar je la.
semangat main tu ha. |
happy birthday, bariana! ;) |
lepas tu atuk datang, bayar RM10. dapat stoking sekali. masuk tukar shift jaga. ai nak pi solat asar. |
penat jugaklah seharian tu tapi happy.
badan rasa refresh la sekali sekala keluar jalan.
tq to family yang susah-susah datang dari shah alam nak celeb birthday ariana ya.
faliq je tak de sebab kerja.
babahnya pun tak de sebab kerja.
husband tanya bos dia nak balik rumah sat tengah hari sebab in laws datang, bosnya berlawak cakap "ehhh tak berkat tau pakai masa pejabat untuk urusan peribadi."
walaupun lawak, yo yo an la bos.
terus husband tak jadi nak balik rumah kejap.
tak pe la. nanti kita celebrate dengan babah pulak ye. hihi
k till then!
mereka-mereka yang datang. thanks! |
2 comments:
happy birthday ariana,semoga membesar dengan sehat dan menjadi anak yang soleh
insyaAllah. amiin. thanks banyak for the wish and doa, bawangputeh! :)
Post a Comment