Monday, June 22, 2015

buka puasa sambut birthday

yoshh happy birthday to me!! (semalam ye, 21 jun. ahaks)
thanks kepada yang wish diiringi oleh doa kudus daripadamu. aicewah.

so semalam pi buka puasa kat mana lagi kalau bukannnn *drum rolls*..
serai, restoran kegemaran kami sekeluarga! ahaks.

tak letak banyak gambar dalam blog ni.
mana yang ada je la ye.
gambar faliq dengan harith pun lupa nak letak sini (tapi diorang ada tu haha)
kelupaan.
nak masukkan gambar diorang, nak kena transfer balik pulak.. tapi ai is pemalas.
jadi tengoklah gambar yang sikit ni. hihihu

ariana and i. the kesayanganness.



husband and i.



lauk berbuka, tak semua sampai lagi.

ada gambar lauk yang dah complete.. tapi tak tertransfer pulak! adeih.
tabahlah.
tapi basically yang kitorang makan semalam :
kudap-kudapan (kacang dan keropok udang),
kurma sorang sebiji,
air laici 2 jug,
nasi putih,
mi hun goreng thai (faliq),
ikan kerapu tiga rasa,
tomyam udang,
blackpepper chicken,
sotong tepung,
daging dengan dried chilli,
terung goreng (yum yum!).

harga tak tahu sebab mama yang belanja. lolx
thanks, ma! :D


selamat hari bapa, abah!

ye semalam jugak adalah hari bapa.
a special day for my husband, my abah and my fil.
wish aje, hadiah tak jumpa and tak tahu nak beli apa. haha
tanya-tanya husband nak apa, dia cakap tak nak. ok fine :P
abah pulak tak tahu abah memerlukan apa lagi. dia macam dah cukup je semua hahaha
nak beli baju tak de yang design lawa pun.
karang beli yang bukan-bukan, jadi hiasan je la kat rumah nanti.
so better tunggu kemudian-kemudian kalau ada benda best baru kita beli. :P


every day is mother's day. aicewah.



ala mutup pomel aiiii. (abaikan bahasa alien)

dan.. cangg!!
ada jugakk yang belikan hadiah kepada si wani e yang dah menginjak tua (setahun aje!) ni.
wihihi
yes tahun ni sy dah 31.
apa nak malu umur 31. bangga lagi ada.
banyak experience dah 31 tahun ok. akakaa
(walaupun begitu masih banyak yang perlu belajar lagi)

tu dia.. dapat bantal bamboo best gile kepala tenggelam luxurious abes (abah bagi. thanks abah!) and dalam balutan tu adalah telekung yang memang sy nak beli pun alih2 mama hadiahkan pulak hahaa (thanks, mama!)


husband nanti nak belikan jam tangan tapi kitorang tak sempat nak ke kedai jam.
ai is cerewet beli jam ni. sebab nak pakai lama.
so tunggu seketika pun tak pe. kikiki
lagi yang diperlukan adalah power bank, sebab power bank dah maut secara mengejut (tak boleh nak charge dah BOO HOO)
yang tu tak pe, akan beli sendiri. korang jangan mandai-mandai nak belikan. :D

so far tu je la sambutan birthday pada bulan puasa.
ok la. makan kenyang. even terlebih kenyang lagi. astaghfirullah~

eh before that sebenarnya dah ke jakel petang tu beli baju raya.
beli time gaji and bonus rakyat jelata belum keluar ni lebih convenient.
tak payah nak sesak-sesak.
nanti lepas 25 jun tengoklah kesesakannya macam mana. hoh tidakkk.
husband pun dah siap beli baju melayu. ariana je belum sebab tak de saiz.
nanti kita cari kat kedai lain la pulak.
tapi yang penting baju raya hari pertama dah settle! hoho
(baju raya hari2 seterusnya, pakai baju kasual aje)

sy ni makin men-tua ni makin dah tak kisah baju glamourous ke tak untuk raya.
(even masa zaman single dulu pun bukanlah seorang yang mementingkan gaya baju baju ni sangat haha. pakai mana yang masuk je :P)
yang penting ada baju raya baru sebab sunat ok beli baju baru.
tapi beli ikut kemampuan la. tak payah nak beli ribu riban kalau duit tak mencukupi. nanti in the end ko makan megi.. nak? :B *ryhmes ok!*

ok till then.
happy birthday again to me.
ucapan kepada diri sendiri, sila la upkan lagi amalan-amalan ko yang tak seberapa tu.
usia dah makin men-tua. sila keinsafan sikit. hehe
(insyaAllah~~)

baiklah. jumpa lagi di episod akan datang! babai!

No comments: