Tuesday, June 23, 2015

sahur dan berbuka

ini photos juadah sahur dan berbuka semalam.
harini bangun pagi ai is pening dari malam semalam, jadinya goreng ayam bbq frozen dari fridge aje.. makan dengan nasi panas. sodap jugak. hehe
(tapi tak snap photo pun sebab simple je)

sahur semalam sempatlah masak daging kicap berkuah bersama kentang dan carrot.
macam biasa, masak tengah malam tu selepas terjaga daripada tidur. haha
sy ni tidur awal bulan puasa.
kang tengah malam baru bangun balik nak masak.
sebab lepas isyak tu memang penat sungguh.
so kita tidur dulu.
kadang lepas maghrib pun tidur dah.
nanti bangun balik sambung solat isyak/terawih at home.


simple je sahur kita. lauk sejenis tapi campak sayur-sayur sekali dalam tu. ahaha. kurma tak tinggal. xD



daging kicap. letak cili api sikit kasi pedas.

time sahur, kalau boleh memang nak makan lauk yang richness.
means berat sikit la macam berkuah and ada bawang-bawang semua tu.
sebab lagi rich lagi lambat lapar kot. boleh pakai ke teori ni haha
kalau boleh lauk berdaging la. tak kisah ayam ke beef.
kalau ikan cepat sangat hadamnya, nanti akan lapar tak sampai beberapa jam. lolx
itu cara sy la. orang lain nak makan kurma dengan air je pun apa ada hal :)


ariana enjoyed her bubur lambuk.
gambar kat atas ni dah nak dekat buka puasa semalam.
bubur lambuk beli kat presint 15.
memang hari tu ingat nak cari port lain membeli juadah berbuka, selain daripada bazar putrajaya yang forever cramped tu.
so jumpalah kita kat kafe bakeri ikhwan.
kedainya kat area-area dominos and pizza hut.
macam-macam ada la, murtabak, tau fu fa, lauk, bakar, kuih etc.
harga tak de la murah mana tapi beli berpada la konsep dia. ikiki
mana ada kedai harga murah kat putrajaya ni.
diorang ni bajet rakyat putrajaya ni kerja semua CEO agaknya. hadoi.

so berjayalah membeli tiga ketul ayam bakar percik yang memang rasa macam home made punya, sate ayam seringgit secucuk sebab satenya besar and panjang.. banyak rempah ratus puak tu.
bubur lambuk untuk ariana.
kuih onde-onde comel. kecik betul. 7biji dalam 1 plastik. tapi sy lagi prefer yang saiz kecik daripada onde-onde gigantic. yang besar macam tu doughy sangat.
then kangkung goreng.
ada jugak puding roti dibekalkan oleh mama dari shah alam. hehe





sate and ayam bakar. yums!



kangkung goreng.



puding roti my mom. :)



bubur lambuk dan onde-onde.






orange juice saya.



husband buat iced chocolate.


simple je kan?
memang makin lama makin simple lah juadah bersahur dan berbuka kita. ekeke
may be mengambil konsep kesederhaan aicewah.
kecuali kalau makan kat luar la.
kalau makan kat luar kena enjoy the food. wihihi

today dah hari keenam kita berpuasa.. insyaAllah.
my hope that sy boleh completekan puasa sy tanpa ada kesukaran apa-apa.
sebab semalam pi check HB sy low ok.
nak kena makan sayur lebih ni. bayam to be exact. and few selected food.
tu yang pening semalam bawak ke hari ni tu.
bahaya jugak HB low ni.
(tapi tak sebahaya hypertension kot. but still kena berjaga)

eh dah pukul 5 petang ni.
hari ni berbuka kat alamanda je.
nak pergi bazar memang tak larat haha.

kbai!

No comments: