Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, September 22, 2015

various food photos

wani ni tak de kerja lain, kan.
asyik nak mengupload gambar makaanannn je kerjanya. haha

today i was pretty tired. sebab ada OBB workshop kat ofis.
biasanya if pergi workshop ke seminar ke kena duduk lama.
duduk lama = backache. ye wani, please live with it for the next 1+++ months. hee
*zomg lagi sebulan lebih je lagi nak bersalin??! tak prepare beg apa pun lagi!*

ok abaikan.
so petang tadi balik dari ofis sempatlah singgah pasar.
memikirkan lusa nak raya.
bila lagi nak pergi pasar beli bahan kan.
hari ni je lah.
penat-penat pun kugagahkan jua. wihihi *i enjoy going to pasar actually*
beli ayam pencen seekor nak masak rendang malam esok.
dahlah harga ayam naik seringgit. minyak dah turun harga kottt *nak raya kot, wani* :P
what is raya without rendang kan.
lagi-lagi rendang resipi mak lang yang memang tak dapat dah kat mana-mana.
(melainkan dimasak sendiri. hahah)

tu cerita sampingan je.

btw esok adalah disunatkan berpuasa sunat hari arafah (hari orang buat haji pi wukuf).
sesiapa yang berkesempatan dan berkemampuan bolehlah berpuasa sunat esok ^^
mengikut hadis sahih, fadhilatnya adalah menghapuskan dosa-dosa setahun lalu and setahun yang akan datang. wallahualam. :)

now to the food photos!! jyeah!


cucur jagung jalan tang lin yang super sedap sangat tu. thanks ma sebab ingat kat anakanda and belikan ^^ leviu!



once upon a time sy masak nasi goreng dan goreng ayam panggang lebihan. kunyitkan dia and goreng balik.



cheat food untuk ariana yang memilih makan lolx. carrot soup! (chinese style)



ada satu hari tu jugak sy masak ikan bilis goreng tumis cili bawang dengan sayur kubis masak lemak. sedapnya tak terkata. lolx



ni ikan siakap masak pedas. from my kitchen.



mac n cheese yang digemari oleh ariana. kalau masak ni, biasanya dia akan makan habis.



ada one day tu teringin makan ketam goreng. hehe



try beli nasi minyak for breakfast kat stall baru kat kafe ofis. rasa so-so.



ada jugak time crave nak makan kek. terus malam tu pergi secret recipe. haha



produk secret recipe jugak ni. deep fried wantan. sedap ni! ariana suka.



ni hasnah belikan nasi kerabu sedap. siap hantarkan ke rumah lagi. gila baik hasnah tu. xD



last but not least; cempedak goreng, goreng sendiri. cempedak beli kat pasar.


sekianlah sudah photos makanan.
bertemu lagi kita. hehe

bye!!

0 comments: