Saturday, September 19, 2015

ariana : 2 tahun 3 bulan plus

updates on ariana bariana. hahah


hari tu ada husband upload video ariana teka-teka colour. lolx
since tak boleh upload kat blogger, sy letak link je lah. xD

https://facebook.com/video.php?v=1167240426625683


dear ariana,
if you read this, one fine day (once you know how to read kot hihi), things about you and that you learned up till now adalah :

1. boleh recognize warna-warna asas (but those were in english. we try to work out in BM later eh hehe). warna tak asas macam pink purple pun ariana tahu. so, good job, precious!

2. knows her ABC dan boleh recognize few alphabets. kadang nampak dia menyebut-nyebut huruf bila nampak kat kotak mainan la etc. rajin menelaah budak ni. haha. tak de belajar mana pun, kita nyanyikan kat dia masa baby then dia belajar from youtube selebihnya hahaha

3. 1 to 10 both in english and BM. tu dah lama dia mastered haha. congrats. (10 bintang untuk you! :D)

4. faham apa kita cakap and dia pun boleh converse with cute pelat thingy. cuma tak full phrase la. contoh if dia tunjuk bantal kan. dia cakap "tal! mama nye." or "ni mama. ni mama nye." (means bantal tu mama punya haha). or naik kereta dia akan cakap kat babah dia "kai. ghang!" (suruh pakai tali pinggang). most of the words adalah yang hujung-hujung disebutnya. lolx

but most funny thing yang dia sebut adalah kalau dengar bunyi kentut. "kentut! puit puitt" HAHAHAA bunyi puit puit tu yang tak boleh blah :'DDD


5. makan memilih tapi pencinta buah-buahan. (memilih tu mostly nasi la. dia tak berapa suka nasi ok)

ni tengah makan buah delima. dia ambik ai punya delima!! wuu~



ni anggur dia mintak. but biasanya dia suka mintak tembikai la. "kai kai!" so tembikai memang wajib ada dalam fridge.

6. so when we talk about food, memang dia tau la apa tu nasi, apa tu ikan, chicken, tembikai, coklat semua. senang dia nak mintak makan apa. oh oh dia jugak pandai cakap "no, tak nak." so kalau tak nak makan tu lahai senangnya dia cakap tak nak. tungkus-lumus mak ekau masak ni ha.

7. buang air masih di pampers. belum mengajar membuang kat toilet lagi. tapi dah habaq kat dia toilet tu apa. hahaha

8. animals. memang berjuta animals dalam planet ni. tapi yang basic tu dia tau la. cat, bear, panda, giraffe, elephant, monkey yadayada. tiada kuasa sy mahu menyenaraikannya lolx.

9. habit mengemas tu tak de la sangat haha. typical kids. tapi dah berjaya ajar dia kemas sikit lepas mandi. tu pun kalau dia ingat :P ni ada sekali dia kemas sendiri lepas mandi. dia buangkan air dari dalam baldi and bath tub semua dan susun kat tepi. kelass kau jah. haha. semoga menjadi pengemas, tidak seperti mama kamu yang penyepah ini ;)


pandai sabun sendiri and gosok gigi jugak.

buang sampah pun dalam bakul sampah. kira ok la.


10. tak tau ayat-ayat, but she knows what is doa. so kalau nak makan/minum tu kita bacakan doa, dia tolong aminkan je. hahaha. sambil sambung kat hujung-hujung "naa.. naa.. naa.." doa makan kan banyak na na kan. na=kami.

11. boleh mengikut kalau solat. not everytime la tapi kalau dia masuk bilik and time tu kebetulan tengah solat, sibuklah dia di tepi (kadang di tengah sejadah punnn T_T) bangun rukuk sujud segala. kadang dengan pampers je pun mengikut jugak lolx. lahai tak khusyuk solat aku. rofl. and she knows what is al-Quran. "quran" katanya. nanti dah sampai time kita ajar dia alif ba ta. bila la tu mama nak rajin mengajar. teehee. dan pandai sebut "Allah." and "Allahuakbar." (ada sekali tu kononnya dia nak meng-azan. lolx) Allahuakbar. kipidap, budak kecik :) *i dunno kenapa kena spell 'kipidap'. alright. keep it up!*



oklah nanti sambung lagi updates. semasa ke semasa kalau rajin.
entry is not meant to brag about kid tapi nak buat rekod untuk diri sendiri.
perkembangan anak-anak berbeza kan. so of what pace ariana is in right now, tak tau la too fast, too slow or just ok, i'm still proud to have her as my daughter and love her unconditionally. haha
and kitorang bukan jenis parents yang paksa anak belajar, ni kan musim main. so mainlah dia sesungguhnya (cuma dia jenis minat nak tau benda di sekeliling. semangat inkuiri yang tinggi. guess normal for other kids too). jadi dalam main-main tu dia pun belajar jugak daripada sekeliling.
may we all blessed with a good life :)

till then!

No comments: