Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Wednesday, September 16, 2015

braxton oh braxton

now pukul 2.38 pagi.
*apa, wani tak tido lagi??!*
sebenarnya dah tidur awal lepas solat maghrib tadi.
lepas tu bangun balik, mandi, solat isyak then sambung tidur.
ntah pukul berapa dah time tu.
tapi time tu ariana datang come and go macam tu.
kejap dia masuk bilik, baring kat sebelah, 'borak-borak'.
dia punya style la borak-borak tu haha.
lepas tu dia keluar, masuk balik bawak botol susu, minum susu.
then dah minum, keluar balik main kat luar.
then masuk balik golek-golek ajak borak lagi.
pastu sy buat-buat tidur pejam mata, tepuk dia sikit, baru dia nak tidur.

dalam pukul 12.30am macam tu tiba-tiba perut rasa tak selesa.
baby gerak semangatnya hoih dalam perut ni.
then perut mengeras, rasa kekejangan dalam perut macam tu.
tak pernah lagi kena braxton hicks, ni first time.
masa pregnantkan ariana dulu tak pernah kena kot.
tapi ada baca la jugak pasal BH ni.
now dah kena, ai pi google balik sebab ingat-ingat lupa. hahah

it said there that BH ni macam persediaan untuk bersalin nanti.. kecutkan rahim something like that.
dia macam acah-acah nak bersalin tapi tak pun.
and sakit or perasaan tak selesa tu datang sekejap je.
if nak bersalin betul, sakit tu akan semakin kerap.
ni alhamdulillah dah ok balik and perut dah tak mengeras dah.
tapi kadang tu rasa tak selesa perut jugak.
dia suggest baring mengiring ke kiri and minum air.
so sy tengah mengiring la ni sambil menaip blog entry.. kihkih.
ada air suam segelas kat tepi ni, husband tolong ambikkan.
dia pun tak tidur lagi dok main games haha.

yang bagusnya bangun-bangun tidur tadi, pergi ke depan living room ni tetiba tengok bercahaya je ruang depan ni.
sebab apa?
sebab husband dah kemas susun semua benda, yang plastik2 shopping semua dia dah asingkan and buang. nampak clean la rumah. lolx
nak mengharapkan wani e yang penat dan tertidur ni, memang esok-esok je la mengemas jawabnya.
fuahaha. dasar. :P

oklah tu je.
nak merekodkan kena BH je ni.
first time evah.
lenkali boleh sambut anniversary BH 16 september. kihkih
ok not funny.
tak nak lah, sakit kot.
kbai! :)

0 comments: