Friday, September 25, 2015

raya haji 2015

gambar raya yang decent sikit. hahah


selamat hari raya aidiladha, everyone!!

raya tahun ni macam simple je.
sebab beraya kat rumah je pun,
lepas tengok korban tu petang sikit baru gerak ke rumah in laws.
rumah in laws pun dekat je kat banting.
husband cakap nak tengok korban kat putrajaya then baru balik.
ada gotong-royong komuniti sini.
esoknya husband kerja, so tak de la balik kampung tok kat terengganu tahun ni.
mama pun kerja jugak jumaat, dia bitau yang family kat shah alam just balik kejap ke n9 tengah hari. balik hari.
so not much of a working break there.
tapi orang lain may be la ada yang ambil cuti panjang,
especially yang kampung jauh kan.
sy continue cuti hari jumaat,
taska ariana tutup pun.
so may be lepak rumah je la kita. haha

walaupun pagi raya tu beraya kat putrajaya je instead of kat kampung yang berhalaman *rumah kitorang obviously tak de halaman hahah*,
hidangan wajib rendang ayam haruslah ada :D
ni first time try guna ayam pencen.
kesimpulannya next time gunalah ayam biasa or ayam kampung je kalau nak masak seekor.
sebab dagingnya liatlah sikit walaupun rempah semua sedap. lolx
so malam before raya tu around 11pm plus nak dekat pukul 12 baru start masak.
sebab sebelum tu macam flat sikitlah penat gile, tidur dulu kita.
dah bangun balik tu baru gain energy.

sebab ayam seekor je pun kan,
so masak tak de la lama mana.
around one hour or so je.
lepas tu kering dah rendangnya haha.

ni masa mula-mula masak, lepas dah masukkan santan semua.



rendang tengah nak mengering.

jangan main-main, ai ada kitchen helper ok haha
sambil masak tu siap pi shower lagi sebab panas.
so minta tolong husband kacau-kacaukan takut berkerak kuali.
dah habis mandi tu pun husband bangun jugak tolong kacaukan once in a while. tq hun!

tu diaaa. aksi mengacau. lolx


dalam pukul 12 lebih tu siap kering dah rendang dia.

ok dah kering! ni kalau panaskan esok paginya ni mesti lagi kering.


juadah raya kitorang tu je la pun; rendang ayam pencen.
then malam before raya tu minta husband pi kedai sate belikan nasi impit and kuah kacang.
dasar malas wani ni nak rebus nasi impit sendiri pun malas kahkah
anggap la ai ni macam orang tua yang tak berkederat.
nak berdiri lama kat dapur tu pun sakit belakang dah.
so mana yang boleh jimat tenaga tu, kita beli je la :DDD


pagi raya tu kita panaskan balik je kuah kacang. sedap dan mudah! xD



juadah simple pagi raya.

ye lah simple sebab pagi tu tinggal nak panaskan je semua makanan.
tak de masak-masak dah.
kalau kat kampung tu mungkin lagi meriah la macam-macam jenis lauk-pauk ada dengan ketupat lemang segala.
ni pun kitorang makan dua orang kat rumah.
nak berjenis-jenis juadah kang melampau la pulak dua orang makan.
siapa nak habiskan tu. hahah

then after solat raya, kitorang pi tengok lembu korban.

babah dan ariana.



suka dia tengok lembu secara 'live'. haha


nah video ariana tengok lembu.
a short one.




selfshot bertiga. duduk tepi je.

sy la tu yang duduk tepi.
sebab nak bangun berdiri kat sana macam agak kepenatan di situ.
so duduk je la.
panas jugaklah time tu walaupun matahari redup je.
berpoluh-poluh makcik ni ha :P


diorang pergi tengok up close.

ada 2 ekor je lembu.
dengar tadi diorang borak macam ada lagi lembunya weekend ni.
lepas habis sembelih tu melapah semua.
time tu sy baliklah sebab penat.
kalau dah panas peluh-peluh tu memang penatnya lebih sikit.
balik baring tidur kejap, lepas tu baru balik rumah in laws.
yang ada kat rumah time tu mak dengan ayah je.
yang lain balik kampung in laws jugak kot yang berdekatan.
kitorang sini semua dekat-dekat je.

kat rumah sana ada laksa penang.
sedaplah, kuah pekat.
ada ketupat palas jugak tapi tak sempat makan tadi sebab kenyang.

lepas tu on the way balik ke putrajaya dari kampung,
singgah beli lemang sebatang.
balik dinner lemang je la kita.
panaskan rendang siang tadi. jyeah.

wani e yang cintakan rendang.


so malam raya mengadap tv tengok 'america's next top model cycle 22'.. boleh?
tak de feeling raya sungguh laa.. haha.
lepas solat isyak tu dah pengsan depan tv.
ni bangun balik, mandi-manda semua baru blogging.

entry ni diakhiri dengan resipi rendang mak lang untuk ayam pencen seekor ni.
(bahan je, cara-cara tak letak sini sebab rasa pernah buat entry resipi dulu untuk rendang ni).
nak letak untuk rujukan sendiri di hari muka.


RESIPI RENDANG AYAM MAK LANG 2015 - improvised bahan

ayam pencen seekor - potong kecik

cili kering 12 tangkai - blend

bawang besar sebiji - hiris
bawang merah 7 ulas - hiris
bawang putih 3 ulas - hiris

halia 2 inci - ketuk
lengkuas 2 inci - ketuk
kunyit kurus 2 inci - ketuk
serai 4 batang - ketuk hujung ke hujung

rempah 4 beradik :
kayu manis - 2
bunga lawang - 3
buah pelaga - 4
bunga cengkih - 4

asam keping besar - 1

santan 1 kg - or santan from kelapa 3 biji

rempah rendang 4 sudu besar (nisbah 3:1) - orang lain boleh guna rempah masing-masing ikut kesukaan. nak adabi ke babas ke mak siti ke.. ahax. ni rempah ai buat sendiri je.

garam sesedap rasa - tak ingatlah ni 5-6 sudu garam kot. sudu kecik macam sudu dadih tu.

No comments: