Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, September 19, 2015

resipi mee goreng basah yang sangat sedap




hahaha tajuk tak boleh hadam kan *crying out laughing* :D
tapi sy kena jugak buat entry ni untuk rujukan sendiri di kemudian hari.
sebab kita kadang terlupa resipi kan.
if ada yang good one, eloklah kita berpegang teguh kepada resipi tersebut dan tidak berpaling lagi. fuahaha
serius mi goreng ni adalah sangat sedap ok. for me la.
(ye ejaan yang betul adalah 'mi', bukan 'mee'. sy type 'mee' biar senang nak google esok-esok) :P
jika orang lain kata tak sedap tidaklah dikisahkan. lolx

now here goes, resipi untuk 2 orang makan :


MEE GORENG BASAH SUPER SEDAP

Bahan-bahan (2 orang makan) :

1/2 paket mee cap Laksamana (cap apa-apa korang nak pakai pun boleh)

*3 tangkai cili kering (nak pedas, 4 tangkai or more. but 3 is sufficient)
*2 ulas bawang merah saiz sedang
*1 ulas bawang putih
(BLENDKAN YANG BERTANDA *)

ayam potong kecil-kecil dalam segenggam
udang besar 7 ekor
(NAK LETAK SOTONG, FISHBALL ETC SILAKAN IKUT KEGEMARAN SENDIRI. KUANTITI PUN SDN BHD.. HOHO)

sayur sawi

4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 or 4 sudu besar kicap manis (ikut nak hitam takat mana)

air

minyak untuk menggoreng


BAHAN OPTIONAL YANG SAYA TAK GUNA DALAM NI (sebab kalau tak de pun tak apa) :
tomato sebiji potong 4
hirisan cili merah
potongan daun bawang
kicap mee cap Tamin - pekat gile kicap ni. best tapi susah nak jumpa kat sini lolx (Mydin ada)


Cara Memasak :

1. blendkan bahan-bahan bertanda * di atas.

2. panaskan minyak dan tumis bahan-bahan * yang dah diblend tadi.

tumis sampai naik minyak hokey


3. masukkan potongan ayam dan goreng seketika.




nak goreng sambil menyanyi pun boleh. lalala hahaha. pastikan bunyi dentingan kuali over sikit :'D


4. then masukkan air sikit.

halamak dah 'berkerak' tepi sebab sibuk snap gambar. lolx! don't try this at home, kids.


5. tunggu kejap biar ayam tu empuk dan masak.

blub blub blub. kata si kuali.


6. lepas tu baru masukkan udang, sebab udang cepat masak kan.

udang ni sy dah buang kulit dan urat hitam belakang dia. najis tu. hihi


7. then kacau seketika.




8. kemudian masukkan pulak segala bala sos yang dimention di atas tadi. xD




9. kacau and biarkan kejap sos tu masak bersama bahan-bahan.




10. time ni sy masukkan batang sayur sawi, sebab batang lambat sikit masak daripada daun kan. (tapi ada juga daun yang tersesat bersama batang sawi.. hoho)




11. lepas tu barulah masukkan mee.




12. kacau dan sebatikan mee bersama-sama bahan-bahan yang lain. kalau nampak kering dan nak basah lagi, tambah air sikit sikit. tak perlukan garam sebab mee tu dah masin dan sos-sos tu pun dah ada seasoning.




yum yum.



13. last sekali masukkanlah daun sayur sawi (dan tomato jika ada. time ni dapur rumah kami tak de tomato haha)




14. kacaulah sehingga masak semuanya.




CANGG! DAH SIAP!! :)



then senduklah masuk ke dalam mangkuk untuk menghidang.

mee goreng basah yang kaya dengan bahan-bahan. sedap dimakan panas-panas (mahupun tak panas, sedap jugak!)


makanlah bersama keropok keping terengganu, lebih awesome *thumbs up* :DDD

selamat mencuba!



p/s : untuk hidangan yang lebih banyak, just gandakan bahan-bahan di atas.

p/p/s : untuk mee goreng yang kering, boleh kurangkan kuantiti sos kepada 2 sudu besar sahaja. dan kurangkan air.

0 comments: