Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, September 07, 2015

cuaca dan accident

pagi/petang/siang/malam yang panas.
haha.
serius panas sungguhlah.
bukan nak whine dengan cuaca ni,
tapi dah memang panas sebab jerebu.
sebab aktiviti manusia jugak kan.
tangan-tangan manusialah yang merosakkan dunia.
kesian dunia.
kesian sy jugak sebab panas. hahah

just for the record,
hari ni dah ambil kereta dari bengkel.
alah kereta sy yang eksiden hari tu.. hehe.
minta bengkel cat the whole body sekali.
tapi kena bayar sendiri la,
insurans cover mana yang kemek-kemek tu je.
lupa pulak nak snap gambar kereta shiny-shiny tadi.
cat baru lah katakan ahaha aha ha ha :DDD
nanti dah snap gambar sy tepek sini. kalau ingat.

balik dari ofis petang tadi,
ada accident kat area traffic light tempat sy eksiden hari tu.
tempat tu memang risky sikit.
sebab kereta akan berpusu-pusu nak ke kiri.
yang dok kanan sekali pun tak sadar diri..
dah tau nak ke kiri masih lagi dok lane kanan sekali.
nak dekat sampai susur ke kiri baru dia nak pi kiri.
tu yang kereta lagi terberhenti tiba-tiba.
boleh jadi accident.
walaupun dah takdir accident, tapi penyebabnya itulah dia. nak dijadikan cerita.
ok back to accident petang tadi.
ramai betul orang kerumun.
dengan polis trafik semua ada.
rupanya ada yang meninggal dunia.. innalillah..
nampak macam penunggang motosikal.
dah siap-siap tutup dengan plastik atas jalan tadi.
kesiannya.
balik rumah, husband cakap accident kereta proton saga.
langgar motor la kot.
mesej untuk semua termasuk diri sendiri,
hati-hati di jalan raya.

oklah nanti sambung.
nak baring mengadap kipas tower fan ni.
semoga angin kipas akan menyejukkan bilik ni.
hahah.

bye!

0 comments: