Tuesday, May 20, 2014

going to langkawi

jumaat lepas sy dan budak-budak ofis pergi ke langkawi.
sebab ada kursus SPSS.
surprisingly kursus adalah best walaupun a bit technical.
may be i'm a fan of statistics after all.. kihkih. (not!) :P
tak de lah, may be sebab most of the time kitorang buat praktikal,
so tak de lah kelas yang dry dan boring.
malaysian education system should focus more on hands on, too (in my view).
barulah students berminat nak belajar hoih.
kalau asyik masuk kelas salin nota, kerja menghafal je la time nak exam.
apa kao dapat? nada. haha

ok back to langkawi.
kitorang gerak pagi.
first time menjejakkan kaki ke klia2.
this it the view of klia2 :

macam shopping mall kan.

banyak kedai jual murah sebab baru bukak.
nak masuk sampai ke balai pelepasan tak de lah jauh sangat macam KLIA.
tapi masih perlu berjalan.


depan departure board. barulah nampak keairportan. hahaha



view dari tingkap.



view dari tingkp 2.

then ada lalu satu kawasan tu,
berbondon-bodon kapal kat situ.
sy pun tak tau tu area mana.
nak kata search & rescue team MH370, rasanya pencarian dah selesai kan?

ketibaan lunch pack..

disertakan sekali dengan snack box sebab duduk kat hot seat.

hot seat ni kiranya tempat duduk yang mendapat layanan istimewa la.
kalau nak naik flight tak yah beratur panjang,
duduk pun belah-belah depan atau tengah.
makan pun dapat snack box. hihi


nasi putih dan kari ayam hijau.

sebenarnya sy tak order ni pun.
asal-asal sy order nasi goreng dengan sate.
tapi agen yang menempah ni punyalah dengki,
dia book nasi dengan kari ayam hijau untuk semorang.
balik pun sama.
makan nasi dengan kari ayam hijau lagi.
bayangkan punya malas nak tolong tempahkan tu.
at least kalau nak book sama meal satu group pun,
tak de la dua-dua flight makan kari ayam hijau kot.
grr.

group selfshot!!!

sampai-sampai tu bilik belum siap.
so kitorang pun keluarlah kejap.. beli coklat. HAHAHA

si azmi ni menyebok di belakang tatkala sy nak selfshot dengan papan tanda kedai haji ismail group (HiG) haha



longgokan coklat d'aim. yiehha!

sy ni bukanlah pemakan coklat sangat.
so yang banyaknya membeli untuk souvenir ahli keluarga.
sendiri beli kinder bueno, kisses dengan kacang gajus & pistachio.


ni izzati. room mate sy. colleague sy juga.



sorga coklat! xD

lepas tu kitorang tunggu azmi solat jumaat.
baru pergi makan laksa power kat jalan tepi airport.
pehh memang sedap dowh!
semangkuk RM4 je.

aksi makan laksa. (i should make this my ultimate pose everytime i snap a photo at a kedai makan. HAHA)



makan pulak kat tepi pantai. fuh! (ada lagi orang peace2 zaman sekarang ni?! *lempang diri sendiri*)



laksa power. memang power.



selain tu ada jugak rojak. boleh pilih sendiri nak apa.



kelapa besar gile hoih! habis ke tuuuu hahaha



laksa sy ditemani oleh cendol. ye. cendol. best!!



tak lama lepas tu nor & kak fida datang join. flight diorang baru sampai.

lepas tu kitorang pergi seight seeing.
sampai ke hujung datai tu kitorang jalan.
penuh mat salleh je.
senyap sunyi pulak tu.
diorang buat hal masing-masing.
macam musim panas;
berenang, baca buku tepi pool.
tapi memang senyap gile la.

four of us. kak fida pergi bilik ayaq. :P



sy suka photo ni sebab nampak kehijauan tu.

rupanya HiG ni banyak kedainya.
tiga kot kat sana.
satu lagi adalah kat kompleks HiG.
lagi besar kedai dia.
macam mall.
beli pun puas hati.
memang memborong kuali la kat sini. hihi

hari berskirt. dengan izzati and kak ida. tumpang kereta kak ida pulak hari kedua. dirst day tumpang kereta azmi. lolx

so sy berjaya memborong barang-barang berikut :
1. pemanggang ajaib happy call (jumbo grill)
2. dua pan tefal (RM74.90 untuk dua. yoshh penjimatan!)
3. steel strainer (bagus untuk strain spaghetti atau macaroni)
4. the kai knife (belum pakai lagi. sayang. HAHAHA)
5. dua fridge magnets bentuk macaron.

and of course ada singgah idaman suri tapi tak tangkap gambar.
kat sana beli piring plastik 4 ketul.
ye la rumah kita ada budak kecik.
beli plastik je la selamat.
tapi beli yang kaler putih biar nampak macam kat restoran. kahkah

so kelas pada hari sabtu habis malam.
lepas tu depa nak buat meeting bahagian pulak
(boleh, meeting time kursus?? HAHA)
tu yang keluar pukul 11.30malam, kelaparan sebab tak sempat dinner.
pergilah kitorang mencari makanannnn.

nasib baik jumpa kedai goreng-goreng yang bukak.


sate 40 sen je secucuk.



gelas kena ada style, bentuk balang. haha



husband & wife yang belanja makan. xD



inilah makanan kitorang untuk malam tu. tu pun telur dadar, telur bistik dengan sayur campur belum sampai lagi.

overall, sedap and kitorang kekenyangan dan kegembiraan.
balik, happy, tidur. :)

time nak balik putrajaya,
kat airport langkawi nampak pulak tun m.
dia nak balik pi mana ai tak tau.
tapi naik private jet la.
semorang pun bangun meninjau, nak tengok.
tan sri khalid pun ada iringi tun.

sy yang marhaen ni iringi dengan anak mata je la ye. haha

tu ramai-ramai kurumun tu tengah hantar tun mahathir la tu. :)



izzati yang semangat-semangat tangkap gambar.

balik makan nasi putih dengan kari ayam hijau.
(sudah kukatakan tadi kan) :P

sampai klia2,
jalan jauh gile dari tempat landing ke luar.
di pertengahan jalan tak boleh bawak troli pulak tu.
nasib barang hand luggage sy tak berat.
yang hangkut beg besar and berat tu merasa la exercise sambil angkat batu (umpamanya).
memang tak user friendly la.
kesian kalau orang tua kena jalan jauh macam tu.

since ni first time kat klia2,
mencari jugak la jalan keluar tu di mana.
nasib baik la ramai yang kat situ pegang papan tanda 'ASK ME'.
so bolehlah pergi tanya depa.
depa akan tunjukkan jalan yang benar ;)


serupa kat klcc dah.



ask him! haha

sekian kisah pergi langkawi.
minggu depan pergi genting pulak.
kan.
jalan saja.
(padahal kerja. waaaa)

bye!

2 comments:

_nuratikaajiz said...

first : agree sangat pasal education system kat malaysia kena ditambah baik lagi.terutama part hands on mcm yg akak kata tuh.kalau tak, study hanya untuk exam,bukan untuk dipraktikkan dlm daily life.
second : amboi,akak memang minat makanan ek ? weeee
third : memang tol lah agen yg yg menempah makanan masa dlm flight tuh pemalas.keh keh..

wani ezryl * said...

kan. semua benda nk kena belajar. haha

agen tu mmg kemalasan. kalau nak tukar flight time pun beria dia ckp air asia tak bagi tukar. padahal tanya kat air asia, boleh je tukar.