Saturday, May 31, 2014

fuel shack, ayer@8

hey hey! :)

berjumpa lagi dalam rancangan yummy! bersama wani e. wahaha

semalam waktu lunch kan panjang,
so kitorang pergi cari makan kat area komersial baru di presint 8, putrajaya; ayer@8.
walaupun ejaannya begitu,
tapi sy diberitahu yang sebutannya adalah AI at EIGHT. macam ejaan AYE. haa macam tu ;)

tempat ni baru sangat,
kedai pun tak banyak lagi,
tapi bangunannya cantik.
esok-esok kalau dah membangun ni serupa macam kat cyberjaya.
hot stuff. :D

bergambar kenangan di mercu tanda ayer@8. hihi



ni izzati yang ikut sekali.



macam ni lah lebih kurang keadaannya. tapi ni sebahagian je. bangunannya agak panjang ke tepi.



ni pulak dari bahagian belakang.



ada kawasan yang mengadap tasik :) macam penghujung kapal titanic. lolx

nice kan mengadap tasik.
angin pun sepoi-sepoi je kat sini.
and ada kawasan perumahan (landed) dibina berhampiran kawasan ni.
besar rumahnya.
sah harga juta-jutaan.
sebelah tu pulak ada jugak kawasan apartment yang baru nak naik.
tamara residence.
if tak silap, harga lot apartment dia dah sampai 400k.
sekian lah. haha


ni kawasan di tengah-tengah. so kiri kanan tu semua kedai. banyaknya kedai makan.

kedai karpet dengan baju pun ada.
tapi yang sy nampak semalam,
kedai baju yang bukak adalah omar ali. tu je.
kalau ada kedai jual blouse and tudung best jugak kan. hee.


yang dah ada; kedai pakaian omar ali, kedai hot&relax (cawangan hot&roll).



ayer cafe, fuel shack.



restoran serabei.

nama serabei, tapi sebenarnya jual makanan melayu.
nasi kerabu dan lain-lain.
kedai thai pun ada tapi tak snap gambarnya.


suasana.
suasana kat sini macam kat cyberjaya.
nampak international sikit la.
so harga makanan harus la up.
up maknanya nasi sepinggan paling-paling RM9. lolx


laluan kereta di antara buildings.

cari punya cari,
kitorang pun tergerak hati nak cuba makan kat fuel shack.
by the time kitorang sampai, dah ramai orang.
lepas-lepas tu berbondon-bondon lagi orang datang.
meja semua penuh.
nasib baik la kitorang dapat meja.
pekerja fuel shack (entah-entah owner or manager, tak tau la. sebab dia tak pakai uniform pun) sangat baik dan tolong set upkan meja untuk kitorang.
set up meja maksudnya tolong angkatkan meja dan kerusi ke luar.


kaunter bersekali dengan kitchen.

tapi kitchen dia memang kecik la.
tak tau la macam mana diorang semua cramped kat dalam tu.
but magic happens there.
makanan memang serious sedap.


antara menu. tak banyak, menyebabkan tak payah nak pening-pening fikir.

pasta pun ada, tapi time tu ada sejenis pasta je.
pasta-pasta lain tak available. mungkin sebab masih baru.

oh.
lupa nak cerita.
seperti yang dilihat di dalam gambar,
kedai ni jual burger, hotdog, fries, pasta, dan bubble tea.

suasana di dapur yang kita boleh nampak dari depan kaunter.



team makan; sy, kak fazidah dan izzati. xD

hari tu izzati belanja.
semoga murah rezeki dia.. aamiin.

taraah!! the food is here!



cheese fries dia.. wallah! memang terbaik. tak de muak pun. sedap gile weh!!



sy pesan cheese & bolognese dawg.

sy ni bukan pemakan hotdog ok,
tapi tengok dalam gambar macam menarik,
why not try kan.
turned out memang sedap.
macam mat salleh kan suka makan hotdog dengan topping macam ni.
kalau hotdog malaysia biasa letak sos je. hihi

so kira ko makan, tak payah letak sos dah memang sedia sedap.
(sebab dah ada sos bolognese kat atas tu!) ^^


itu tower burger izzati dan dory fish burger kak fazidah.

beef patty dia (bakar) adalah sangat sedap!
serupa makan burger bakar abang burn yang famous itu. hehe
fish patty pulak crispy and delish.
hah cakap banyak tak guna.
bila-bila korang free nanti sila la singgah sini.





air dia bertutup macam style coolblog. kotak dia pun nice.

secara overall sy bagi 5 sudu kepada fuel shack!
*ye wani e tak banyak songeh, kalau sedap dia akan bagi full mark* :D


next time nak try restoran lain pulak kat sini.
tapi sebelum tu nak ajak husband makan kat fuel shack.. mesti dia suka!

till then.

10 comments:

Anonymous said...

just came cross to your blog. rupanya jiran sec19 juga... i know awin... dia my classmate sekolah rendah....


haiiiii.....

Fiza said...

Terima kasih dari kami di Fuel Shack Ayer@8.
Alhamdulillah kerana suka makanan kami dan beri rate yang sangat baik.
Memang hasrat kami menyediakan makanan sedap, berkualiti dengan harga patut.
Mungkin hari tu Jumaat,, tak dapat ambil order pasta sebab cook semua lelaki dan nak pergi solat Jumaat.
Kena stop order pasta.
Datang lah lagi, boleh cuba pasta pulak. . :)
Terima kasih sekali lagi dan mohon doa semua.
`Come Hungry Leave Happy`

Fiza said...

Terima kasih dari kami di Fuel Shack. Alhamdulillah, kerana suka dengan makanan kami. :)
Memang azam kami untuk menyediakan makanan sedap, berkualiti dengan harga patut. ( sbg cth. kami guna 100% Australian Beef untuk patty)
Dari yang saya lihat, Wani datang hari Jumaat, pasta stop order masa tu, sebab cook nak solat Jumaat, datang lagi ye di hari lain boleh cuba pasta pula.
Terima kasih sekali lagi untuk rating.
Maaf jika ada kekurangan.
`Come Hungry Leave Happy` @ Fuel Shack

wani ezryl * said...

epa zarifa^ oo kawan awin ke? hai!! *wave* awin tu dah macam adik-beradik sendiri. hihi

fiza^ seronok makan di fuel shack. hospitality tip top!

Anonymous said...

sedappnya nmpk..utk ramadhan nie ada special menu lain tak?brapa no telefon yer kalau nk booking tempat?

Izza Jay said...

Semalam pusing-pusing kat Ayer@8 n nmpk kedai ni. Memang ramai orang walaupun kedai dia kecik je. Teringin gak nak cuba tapi sebab xpernah jumpa kedai ni kat tmpt lain, so xtau ada pengiktirafan Halal ke x. Tapi kalau ownernya Melayu mungkin next time datang nak cuba juga lah...huhu

Adzlin Athirah said...

The cheese fries is just too awesome! Memang addicted ah 👍

elyyys said...

ahaks...tgh browse psl fuelshack ayer@8 skali terjumpe blogger neh...mcm kenal je..ghupe2 wani daa...hehe :D

wani ezryl * said...

anon^ sorry baru dapat reply. sy pun tak ada no telefonnya. menu dia sama je time ramadhan.


izza^ ha a malays je semua yang kerja, insyaAllah halal.


alyn^ i love love love the cheese fries too!! :D


elis^ kak elis!! lama tak ketemu!! *hugs*

[MizZue] said...

Hi I pernah tanya fuel shack ni halal ke and diorng kata belum dapat certified jakim halal. I tgk dlm jakim pun fuel shack xde sijil halal. So I takut nak makan. Mcm dah jadi habit cek halal cert dulu sebelum nak makan sebab belajar kat uk dulu. Takut tak halal. .Harap cik fiza kat atas tu boleh clarify. Minta pencerahan...