Saturday, May 10, 2014

unplanned saturday



ye budak kecik ni dah boleh bawak kereta masa dia umur 11 bulan.
baby lain tak de ok. HAHA
sama ada dia main wiper, lampu signal, atau hon.
bagus, ariana. bagus. :DD
tapi kalau dapat stering kereta tu memang excited lebih la.

btw patutnya weekend ni kitorang pergi bercuti.
tapi semalam kitorang terlepas flight.
jalan jam gile.
jumaat. hujan. putrajaya. shah alam. subang.
what do you expect.
dan kitorang tak ambik pun flight seterusnya.
sebab kalau nak, kena bayar RM800+.
erk. tak pe lah kalau 800.
next time je la.
kira tiket flight tu burn la kan.

so hari ni plan bertukar.
pergi beli kabel USB, adaptor netbook.
husband pergi survey ultrabook.

lepas tu ingatnya nak ke vandeur festival kat stadium malawati, shah alam.
ini adalah festival jualan baju-baju, tudung, ada makanan semua la.
memang khusus untuk hijabsters kot. akaka
tapi bila tengok gambar kat instagram,
punyalah sesak.. sesak macam, dah la lorong antara booths tu sempit kan,
pastu orang berpusu.
macam ekspo baby, ekspo buku, etc etc
tapi ni lagi gila la.
i read the comments and ada yang cakap tak dapat nak beli dengan comfy pun sebab kalau nak singgah tak dapat nak lama.
terpaksa terus berjalan ke depan sebab orang kat belakang dia dah sesak-sesak nak ke depan.
durra pulak cakap jalan ke sana jam.
so dia pun tak pergi.
last-last sy pun malas nak pergi hari ni.
(i know how 'needy' buyers act. they're ruthless ya know. kemungkinan ko akan ditolak dan sebagainya.)
pergi ekspo baby pun dah tau macam mana.
parents yang tolak stroller tak kan bagi ko jalan.
padahal ko bagi jalan kat semua orang.
(i thought parents with babies should have empathy or something?? lolx)
tak. sama je.
needy buyers semua macam tu.
tapi kalau korang berminat nak beli tudung, baju, skirt etc daripada penjual-penjual online yang famous, bolehlah ke festival ni.
tapi sama ada pergi super awal atau super lewat la.
dia 10am-10pm. today and tomorrow.
kalau pergi time tengah-tengah tu mungkin akan bersesak sikit.
tapi kalau korang tabah nak bersesak, boleh je. ahaha

petang pulak pergi pasar malam.
hujan.
bawak pulak payung rosak. lolx
rosak tu, bila nak tutup tak boleh.
so bayangkan bila singgah kat gerai nak beli makanan.
tak boleh nak tutup payung. great.
nasi kerabu yang biasa pun tak ada. cuti kot depa.
nasi kerabu gerai kedua dah habis.
last-last beli nasi ayam percik. nasi ayam percik pun sedappp :)

sekian hari sabtu sy.

ohohh it's saturday oredy?


p/s : pada masa sama, parents sy pulak pergi bercuti. kat KB okeh. order serunding la kita! wee~

No comments: