Sunday, May 04, 2014

makan oi oi

apa-apa je la tajuk, kan. lolx

ni adalah koleksi photos makanan yang latest.
(akaka siap ada koleksi. hampagas! :B)
biasanya sy upload kat instagram.
kalau rajin tu yang kumpul letak kat blog pulak.

nah silakan menjamu tengok.
nak menjamu makan dah habis daa. ;P

nasi goreng cili api dengan udang, sotong dan cendawan tiram.
ni adalah breakfast pagi tadi.
korek-korek fridge tengok ada cendawan.
kang tak dimasak, layu pulak.
hangkut sekali masuk dalam kuali.. haha

bahan-bahan : nasi putih semalam punya (dalam setengah cawan), bawang merah 2, bawang putih 1, cili api 7 biji, serbuk ikan bilis knorr (saja nak try sebab tengok ramai pakai ni. biasa sy pakai ikan bilis tumbuk-tumbuk), udang, sotong, cendawan tiram yang digoreng kunyit dulu, telur, garam.


memang best makan dengan kepok keping made in terengganu ;)

lewat malam semalam pulak masak ikan bawal masam manis dengan kangkung goreng.
makan lewat sikit dalam 10.30pm sebab balik lambat dari kampung banting.
so sampai rumah dah malam.
keluarkan ikan tunggu defroze.
masak kangkung ni pun sebab tengok dah lama dok dalam fridge.
kang lagi lama lagi layu.
baik digoreng aje :P




ikan bawal upclose.

ikan bawal sweet sour.
bahan-bahan :
ikan bawal (salut dengan garam, lepas tu salutan kedua dengan tepung jagung+kunyit sikit+garam+serbuk pati ayam. goreng garing dengan minyak penuh),
blend cili kering+bawang merah+bawang putih+halia & tumis,
bahan lain sos cili, sos tomato, buah tomato air asam jawa, bawang holland potong, cili hidup potong, air sikit, garam, gula sikit.


ni pulak breakfast semalam.

puyuh goreng berempah dengan mee goreng.
sayur sawi tak de, so pakai carrot dengan kobis bunga.
resipi mee goreng tak yah la ye.
sama je. wahaha

lauk-pauk hari-hari yang lepas :

ketam masak lemak & kerang rebus. jumaat malam.



kari ayam, bendi goreng, ikan goreng.



ayam kicap, terung berlada dan tempe goreng garing.

biasanya pagi hari sy jarang masak sebab terkejar-kejar.
minggu ni ada la sekali goreng cucur.
lain tu makan kat ofis je.
kalau weekend baru nak menyempat.
tu je lah.
sekian. :D

No comments: