Wednesday, May 07, 2014

thai chilli crab

sebenarnya dah lama nak try buat ketam bercili ala thai (thai chilli crab) ni.
hari ni baru la dapat.
ye lah sebelum ni, asal beli ketam je masak lemak cili api.
tak de menu lain kot.
tapi tak kisah sebab kitorang suka makan. akaka

resipi, bahan main campak
and sukatan main letak suka hati je.
ketam guna dua ekor, berat hampir sekilo.
ketam ni rm27 sekilo beli kat pasar.
ye mahal yang amat.
tapi sebab saiz besar and isi penuh,
makan pun puas hati. xD

mula-mula ketuk sepit-sepit ketam, kalau tak nanti susah nak makan. boleh mendatangkan cedera. lolx

first step adalah goreng ketam dulu.
tapi kalau korang tak suka goreng,
nak rebus ke, stim ke, ikut suka suki korang haha.

bahannya; telur dipukul.
celup ketam dalam telur.
lepas tu bahan lain; tepung jagung, serbuk pati ayam knorr, serbuk kunyit sikit, garam sikit. gaul semua.
ketam yang dicelup dengan telur tadi,
golek-golekkan pulak atas tepung tu.
dah, tunggu minyak cukup panas.
goreng.
ni goreng deep fried ye.
jangan kedekut minyak :P

silalah golekkan ketam-ketam itu dengan tepung.



lepas tu goreng. currr. bunyi kena ada :DD



dan seterusnyalah. yang ni sepit pulak. their turn.







jangan jugak kedekut masa.
punya nak jimat masa sampai masukkan semua ketam penuh-penuh dalam kuali.
JANGAN.
nanti akan turunkan suhu minyak.
nanti berminyak-minyak ketamnya sebab serap minyak yang tak cukup panas. hehe


ok, ketam sekalian dah siap digoreng!

letak tepi sat.

now nak siapkan sos dia pulak.
sos dia simple aje.
bawang merah, bawang putih, halia, cili merah hidup (nak pedas, guna cili api merah pun ok).
bawang putih tu cincang. bawang merah dengan halia hiris macam biasa.
cili pun cincang kasar.
yang hijau tu daun kucai.
patut guna daun bawang tapi daun bawang tak beli. skip! :P

ni je lah yang perlu dipotong.

lepas tu tumis bawang-bawang and cili.
masukkan air sikit.
sos cili thai, sos cili biasa, sos tomato, sos ikan. hah masukkan.
kacau-kacau
lepas tu letak garam secukup rasa.
ada yang letak gula tapi sy tak letak,
sebab sos cili thai tu memang dah sedia manis.
kalau nampak kering, tambahlah air.
untuk pekatkan sos, tambah adunan tepung jagung yang dicampur dengan air sikit.

nampak dah bloop bloop sos tu,
masukkan ketam.
ikut sukalah,
ada yang suka tuang terus sos di atas ketam.
sy suka masukkan ketam dalam kuali and gaul-gaulkan dulu.
biar sebati rasa. wah haha

dah, siap untuk dihidangkan!
makan bersama nasi panas. fuhh!

(oi wani, jangan lupa tabur daun kucai masa kacau-kacau dalam kuali tu..)

hait! ;)











rasanya memang sedap super sedap.
silakan try! ^^

2 comments:

syira said...

yess, nak buat jugak mcm nih

wani ezryl * said...

sila buat lepas tu post gambar! sedap wehh