Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, May 13, 2014

makan-makan hari mama


haa pilih, dik. pilih dik :P
siang tadi kitorang pergi sunway.
lama tak pergi sunway.
pergi seawal pukul 10pagi gerak dari rumah.
sebab kalau lambat, tak dapat parking dowh.
pulak tu time-time public holiday macam ni.
lagipun dah plan nak makan kat serai lepas tu.
serai tutup pukul 3petang.
so nak kena cepat lah. :)


tengok, semorang tengah makan nasi. ariana je makan pinggan. HAHA
ini makan-makan celebrate mother's day.
cakaplah celebration apa pun.
hari ibu, hari bapa, birthdays, bulan puasa, lepas raya,
semuanya kitorang makan kat sini.. haha


selfshot dua beranak.


orang kedai bagi ariana pinggan, sudu dengan garfu plastik. memang dia buat main je la kekdahnya.


tapi usaha untuk imitasi itu harus dipuji :P

betul la tu,
budak-budak kecik ni akan perhati and ikut apa yang orang dewasa buat.
macam ariana la,
dia nampak kita sikat rambut dia, dia pun ambik sikat nak sikat sendiri.
(sikat la, tapi entah ke mana-mana jambulnya pergi HAHA)
dia tengok kita bagi dia minum dengan cawan plastik,
dia pun ambik sendiri cawan and minum.
hari tu lepak rumah makcik husband dengan cousins dia ramai-ramai kan,
ada air oren sapa ntah atas meja.
ariana laju je pergi situ ambik cawan plastik tu, pastu minum!
what the-- :'DD
jadi kena hati-hati la buat apa-apa.
tak boleh bagi anak ikut yang tak elok.
(sebab tu la tak boleh smoke depan anak hoih! contohnya...)


ni la lauk-pauk biasa yang kitorang order :







terung deep fried ni memang sedap sungguh la woih.
tak tau la apa dia letak, (tapi nampak je serbuk ajinomoto atas tu.. ekeke)
and puas google, tak jumpa resipi.
may be ni dish restoran ni sendiri.
tak pe nanti sy try version sy pulak.
tengoklah bila rajin.
itu yang tak tau bila tu. hahaha

ok nak tengok chopped canada.
bye!

0 comments: