Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, December 21, 2015

stroller hunt

happy monday! (which is not so 'blues' to me. lolx)

ye, disember ni bulan sale.
sale sale sale di mana-mana.
bukanlah semuanya nak beli on december,
cuma kebanyakan barang memang harga akan jual lebih murah daripada asal.
sebab nak ambik stok baru tahun depan.
so penjual banyak nak habiskan stok tahun ni.

we're looking for anaqi's stroller.
yang sekali dengan car seat carrier supaya senang nak hantar dia ke nursery nanti.
nak travel ke mana-mana pun senang.

sy bukan tau sangat kat mana ada sale ni.
so biasa tengok kat online store internet.
memang banyak sales, ok.
even beg storksak yang sy mention sebelum ni pun turun harga (turun pun tak murah jugakk T_T ada la dari 600+ jadi 499 macam tu haha)

kebetulan ternampak promo untuk stroller halford.. sekali dengan carrier.
and kebetulan online store tu ada physical store.

so ingat nak pergi tengok dulu.
besar ke tak.
sebab kereta ai kecik je, kang beli besar-besar mana nak muat kan.
yang stok tayar besar macam quinny ke apa toksah mengada-ngada nak beli. lolx

sabtu siang tu pergi la kedai tu.
belum bukak lagi. rupanya bukak petang.
so pergi kedai lain dulu kat seksyen 11. one baby world.
tak de yang display untuk stroller tu.
kalau nak tengok kena terus beli, baru dia boleh bukak kotak.
ehhh boleh pulak macam tu.
dah la tak de display, kena beli dulu pulak. then macam mana nak tau saiz dia semua macam mana.
ended up tak beli stroller kat situ.
tapi beli barang baby lain la.


strollers oh strollers.



bawak jalan tapi tidur. biasalah tu hahahaaa



yang kiri tu carrier saja.. bukan bersekali dengan stroller.

so postponed dulu hajat nak beli stroller.
tunggu kedai comel baby kat seksyen 7 bukak dulu, baru pergi tengok.

ok ni cerita hari ahad pulak (semalam).
tak de kaitan dengan stroller pun haha
pagi tu teman husband breakfast nasi lemak ciast.
lama kot tak makan ni.
sepanjang confinement mana boleh makan kan.
ni pun asalnya tak nak makan kerang.
tapi datang pun dah lambat pukul 10, ayam dah habis.
yang ada kerang.
roti canai tak jual pulak semalam.
so nak tak nak, orderlah jugak.

sedapnya nasi lemak ciast dengan kerangggg yum2. baru nak pantang seafoood. tihdakkkk.

hahaha.
dah, lepas ni kurangkan seafood.
ni kira makan terpaksa :DDDD

then semalam husband nak pergi outstation ke *******
so dia nak balik putrajaya dulu kemas-kemas beg.
ariana pulak dramatik habis menangis-nangis nak ikut babah dia.
sampai ke pintu lah dia menangis.


pilunya hati iniiiiii. aicewah.

dia memang manja lebih sekarang.
nenek dia nak keluar pun, kalau tak boleh ikut memang dia menangis kesedihan macam tu.
bergenang air mata. lolx


then mama and harith pergi la kedai baby tu lepas breakfast.
sy call dulu kedai, tanya ada display ke tak sebab nak tengok dulu.
turned out ada. yes!
time tu sy duduk rumah la jaga ariana and anaqi.
sebab babah diorang dah balik putrajaya kan.
malas la pulak nak bawak semua ramai-ramai pergi kedai.
so bila mama kata ok stroller tu, not so big, saya minta tolong belikan je la.


belum pasang lagi. nanti dah pasang mungkin kita akan nampak lagi di blog ni. haha

sy ni noob sikit pasal stroller dengan carseat baby.
tak tau mana brand ok mana tak.
sebab banyak kot brand.
even stroller sekarang ni, yang ala-ala imitate pun ada.
macam brand baby zen yoyo.. ada je brand lain macam yuyu lah apa. haha
kira yang lebih murah la daripada original.. but still okay.
harap halford ni ok la kan.

dan entry disudahi dengan gambar anaqi baru lepas mandi.
haha

toodles! :)


oh helo hai!

0 comments: