Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, December 22, 2015

review : spectra 9 plus dan freemie cups



bought a new breast pump sebab fikirkan nak bawak ke hulu ke hilir senang.
sebelum ni pakai spectra 3 (tak silap tu kot nama modelnya).
spectra 3 ni heavy duty tapi besar, tak boleh nak mobile bawak ke mana-mana.
sesuai untuk di rumah.

nak beli pump macam madela tu mahal sangat la pulak.
so haritu sambil-sambil cari freemie cups, terjumpa pulak spectra 9 plus ni. xD

beli kat online store je.
sebab boleh dapat dengan harga lebih murah.
time ni beli combo.. spectra 9 plus sekali dengan freemie cups.
only for RM980.
kalau kat kedai luar, spectra 9 plus harga dalam 900 lebih.
kalau kat online store dapat la dalam 650 macam tu.. harga beza-beza by different stores.
tapi kalau beli dengan freemie cups lagi la berbaloi sebab freemie kat kedai luar harga dalam 400 lebih.




setakat ni dah 2 kali pakai pump ni.
testing-testing aje haha.

apa yang best tentang spectra 9 plus ni berdasarkan view sy :

- ringan. senang nak bawak pergi travel, ofis, balik kampung, etc.
- saiz kecik, boleh digenggam dengan tangan.
- rechargeable macam kita charge smartphones. senang, tak payah berwayar-wayar.
- heavy duty.
- suction bagus. tak sakit.
- ada timer. so senang nak set and tau berapa lama kita dah pump.
- ada massage mode dan expression mode. massage mode ni tak de limited time. bergantung pada kita nak control berapa lama ikut kesesuaian masing-masing. (sebab ada pump yang limitkan masa 2 minit je macam tu)
- compatible dengan freemie cups.


cakap pasal freemie cups,
may be ada yang tau, ada jugak yang tak tau pasal bendalah ni.

freemie cups adalah bekas untuk collect breastmilk bila kita guna pump.
kalau kebiasaannya orang akan guna 'horn' and bekas botol susu tu bila pump.. macam ni :

so susah sikit nak bergerak.. kena pegang dan sebagainya.

kalau pakai freemie, boleh slip dalam baju and biarkan je dia pump sendiri tanpa perlu kita pegang-pegang, peep and etc.
sebab memang bentuk dia macam cup.
kira hands-free la.
time pump bolehlah nak main phone ke baca buku ke or do any activities.
mudah kan.

cuma bila first time dapat tau harga freemie cups,
terkejut jugak la.. kenapa mahal sangat sampai 360+ (harga standard kat online store) (tapi sekarang year end sale boleh dapat lagi murah).
cups je kot!
tu pun dua bijik je dia bagi. lolx

rupanya bila dah try baru tau.
patutlah mahal sebab convenient sangat bila pakai.
kiranya berbaloi la kita beli dengan harga tu and selesa bila pump.


cuma bila beli freemie cups ni,
pastikan compatible dengan breast pump yang kita gunakan.
biasanya single pump (pump sebelah sahaja) tak sesuai dengan freemie sebab suction tak kuat.
kalau double pump, ok.
so kena tengok dulu senarai pumps yang compatible.
tapi banyak je brand pump yang dia boleh support. nanti boleh check.

bila guna kedua-duanya spectra 9 plus with freemie cups,
memang sangat menjimatkan masa.
in 10+ minutes boleh pump and hasilnya sama banyak dengan pump selama 30 minit sebelum ni.
kadang 30 minit pun belum tentu dapat banyak tu.
gila jimat masa ok!

jadi sy recommend kepada sesiapa yang within budget,
untuk try beli dan pakai kedua-duanya ni.
sangat mudah dan jimat masa.
atau kalau rasa mahal sangat,
beli freemie cups with your desired breast pump.
sebab banyak jugak pump brand lain yang ada di pasaran dengan harga yang affordable sekarang ni.

ok. till then! :)

2 comments:

Anonymous
at: April 27, 2016 at 12:57 PM said...

beli kat mana ni?boleh tau

wani ezryl * says:
at: April 27, 2016 at 8:19 PM said...

hi. beli kat in8tagram.. toot8iejoy collection. 8 tu huruf lp8 huruf R. keyboard ro8ak xboleh tekan huruf 8.