Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Friday, December 11, 2015

makan wishlist

wahh kemain.
just because i saw a friend on her confinement buat list makanan yang dia nak makan lepas habis confinement; and i somewhat have my own list too.. why not put it in here just for fun kan. lolx

makan wishlist yang akan didapatkan sooner or later :
(gambar courtesy of google. thanks!)

1. NASI BERIYANI INSAF
aaaa memang akhir-akhir pregnancy dulu dah teringin nak nasi beriyani insaf ni, tapi tak sempat nak pergi. tapi tak de air liur baby drools ke apa ye sebab sebelum tu dah pergi makan dah. cuma lepas tu nak lagi. haha
Image result for nasi briyani insaf


2. MAGGI KARI
nak maggi kari bodoh sesaja je macam ni. tak yah udang ke sayur ke apa (telur tu boleh la! haha) sebab recently ada orang-orang dalam rumah ni masak maggi ok. kalau tak, tak de la teringin sangat :P mama, abah, husband. semua masak maggi. lolx
Image result for maggi kari


3. SANGKAYA
lepas tengok majalah 3 episod pasal ais krim tu lah, teringin nak makan sangkaya ni. sebab nampak sedap sangat hoih. kita ni dah la suka air kelapa & coconut shake. harus ais krim kelapa thai ni sedap jugak kan. wahhhh *drools* tapi dah terbaca yang kena pantang ais selama setahun. means no ice cream for me??? tihdakkkkkkkk.
Image result for sangkaya


4. CHURROS
tau kewujudkan spanish 'cakoi' ni sejak sebelum dia famous lagi. sebab suka tengok food channel kan.. nampak kat situ la hahaha. tapi sampai la ni tak pernah makan churros ok! nanti kalau jumpa kat mana-mana memang nak beli, nak makan. nak buat sendiri tu macam tak sampai seru lagi :P
Image result for churros


5. TELUR MASAK KICAP W/ NASI PANAS-PANAS
aaaaa sedap sangat ni!! nampaknya inilah makanan terhampir yang boleh direalisasikan dalam masa terdekat hahaha. pecah telur dalam kuali, angkat, tumis bawang cili dalam kuali, air, garam sikit, masuk telur balik, tuang kicap. voila! tazabar nak makannnn :P
Image result for telur kicap




dah tu je lah lima.
tak ada la crave nak udang ke nak ketam ke. tak de pun.
nak benda-benda simple seperti di atas je, yang tak tau dapat ke tak makan ni (especially ais krim tu tak tau bila. may be akan ada ice-cream-cheat-day.. who knows? hihi)

my pantang 44 hari will be over in two days.
TWO freakin' DAYS!! yiiiehhhhh!
sama-samalah kita menjayakannya. xD

0 comments: