Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, December 29, 2015

cuti-cuti di hotel pullman, bangsar, KL

wall deco di meja receptionist.

assalamualaikum.
hai hai!
public holiday beberapa hari lepas, ramai ambik kesempatan cuti yang agak panjang ni untuk berholiday dengan family.
buktinya kat fb wall penuh dengan gambar orang bercuti.. termasuklah sy. haha
sampai hari ni pun ada lagi yang still in holiday mood.
gambar percutian dan makanan ada di mana-mana.
it's so nice to see holiday photos from our friends instead of gambar bekerjaaaa je. kan :P

sy ni dah sememangnya bercuti,
tapi nak kena ikut time husband and my mom yang bekerja.
so masa orang holiday, kita pun holiday lah jugak. tapi dekat je kat KL ahaha.
asalnya nak pergi jauh sikit,
tapi hotel banyak dah penuh.
and mengenangkan jalan super jam dengan orang nak balik kampungnya, nak vacationnya.
so last-last book hotel kat KL je la kita.

kali ni kitorang try sebuah hotel yang agak baru jugak; pullman bangsar, kuala lumpur.
kat KL ni tak silap ada 2 pullman hotel.

time kitorang datang tu, receptionist beritahu hotel agak sibuk sebab time holiday ni bilik penuh.
sy book 2 bilik agak awal la, tapi tak dapat bilik yang bersebelahan. (walaupun dah request)
even baby cot pun tak dapat sebab dah habis katanya. (walaupun dah request awal jugak masa book sebelum tu).
tu je la yang spoilnya.
tapi ok la masih dapat bilik satu floor.


nampak cermin besar kat lif. group photooooo.

haha gambar abah selalu tak de kan.
bukan sebab dia tak ikut,
tapi sebab time orang ambik gambar je mesti abah ada kat area lain.
dia kan suka berjalan-jalan. kadang tak ikut group :P

sy book 2 bilik deluxe.
sempatlah snap panorama view bilik.
ada terpotong sikit gambar husband yang termasuk dalam panorama view tu.. hahaha (kalau perasan la, dalam gambar kat bawah ni)




makanan tu semua kena bayar ye. jangan mengada-ngada nak ambik. mahal. :P (kacang tu RM8)



king sized bed.



ada couch kat corner dengan lampu yang terendaknya tergantung di atas.



meja study. design agak kontemporari.



tv lcd. agak besar la.

channel tv banyak jugak.
tapi la ni sy tak kisah pun tv-tv ni. haha
bukak tv tengok je apa yang ada.


the in-room dining menu.

salah satu yang sy suka kalau pergi hotel adalah baca menu untuk in-room dining dia.
sy suka baca explanation kat bawah setiap makanan tu haha.
sy ni agak suka belajar vocab baru.
baca menu ni lebih kurang dapat belajar vocab tentang makanan la.
weird enough huh :P

(sebab tu kalau download movie, sy suka download subtitle jugak. bukan sebab tak faham. tapi sebab nak tengok vocab dengan ejaan tu. gila, tengok movie pun nak belajar vocab lagi hahaha)



bilik air. lawa jugak bath tub dengan sink dia.



big shower head. macam keluar air hujan. haha



panorama view bilik air punnnn kita ambik. haha

sepatutnya ada cermin and bidal yang memisahkan bilik air ni dengan ruang tidur.
so kalau naikkan bidal tu boleh nampak bilik air dari luar. (peep bathroom window)
tapi bilik kitorang ni tak de. ada dinding je.
kalau bilik yang mama, abah & harith duduk tu boleh tarik bidal.


antara toiletries yang ada.



hi! anaqi dah sampai! xD

baik orangnya anaqi ni. kihkih
kesian dia tak dapat baby cot.
malam tu dia tidur dalam carrier dia ni.
alhamdulillah ok tak de meragam ke apa.

sebab anaqi baik and wani e pun baik *hahahaaa*
apa kata kita selfshot sama-sama :P







selfshot dengan husband jugak.

mana ariana?
dia kat bilik nenek and atuk dia.
kesayangan kan. berkepit je la. ekeke

petang tu main air kat swimming pool.

main kat kolam budak-budak yang cetek.



sy turun la sekejap bawak anaqi.




the pool.

malam tu hajat di hati nak dinner kat suraya seafood, kampong bharu.
penuh kau!
sampai ke luar.
orang yang menunggu sama ramai dengan orang yang duduk. haha
keciwa.
keciwa pun tak keciwa mana la.
lepas tu pergi makan kat kedai sebelah dia.
ada orang jugak, tapi tak sesak.
dapat la park stroller anaqi semua.
ikan tiga rasa pun sedap. so no regret.
harga pun agak murah. around RM64 untuk kitorang yang ramai-ramai ni.

lepas tu balik singgah beli air, cikedis, jagung bakar.
then sampai hotel tidur.

esoknya breakfast kat hotel je.
awal jugak kitorang turun, 8.30 pagi. (8.30 tu kira awal lah hahaha)

ramai jugak orang breakfast situ.




husband.



ariana (sibuk makan), mama & harith.

oh. faliq & ain tak join sebab balik kampung.
sebab tu diorang tak de dalam ini cerita :D


my precious.



being a good boy, dia tidur. kasi chan mama & babah makan. huahaha



wani e dan makanannya. lolx



my plate. sedap!

balik makan tu ariana sibuk nak sorong adik dia.

tak bagi orang lain pegang, ok! :P

then diorang pergi swim lagi.
sy pakat tidur dalam bilik hotel dengan anaqi.. kihkih.
pukul 12, check out.


anaqi ketiduran dalam kereta.

sekian saja kisah kitorang cuti-cuti kat pullman. haha

till then! :)

0 comments: