wuahh banyaknya benda nak recap!!
kebizian mengatasi segalanyaaaa *lempang se-das sebab bizi*
tak pe tak pe.
kita update sikit-sikit sampai jadi bukuit. lolx
cerita dalam entry ni bermacam-macam.
so gambar pun macam-macam. enjoys!
belikan ariana bariana mega blocks untuk dia sepah-sepahkan. bahah. |
that other weekend *tak ingat weekend bila haha betapa----*
pergi ke karaoke amal, kawan husband yang anjur.
pergi as penonton je, tak nyanyi. tapi bayar jugak sambil menderma.
selain singing comp, ada jugak cabutan bertuah dan game.
so dapatlah jugak hadiah cabutan bertuah dengan menang game tu. HAHA wani e ni competitor ok jangan men-men *sapu habuk invisible kat tepi bahu sambil gelak memetir* :DD
husband nyanyi cover from hazami-tekad. lagu ni memang best, sesuai untuk anak-anak. |
lepas habis aktiviti karakokke semua tu,
mari kita pergi makan nasi beriyani insaf jalan TAR.
mi favorito! xD
lamanya tak makan!! rinduuuu!!! (ayam goreng dia paling 'win') |
hah gambar bukti menjejakkan kasut ke restoran insaf ;) kemain suka yang di belakang tu. lolx |
lepas tu dapat jemputan ke ofis lama.
ada majlis jamuan meraikan orang ofis yang bertukar keluar, naik pangkat, bersalin dan macam-macam lagi.
so sy dengan raja antara yang terlibat.
siap ada theme comel-comel gitu. kawaii!
(ai tak sangka akan kecomelan itu. ofis lama kan biasanya serius aje. maklum la dok mengapit pejabat PM. haha)
comel kan. habaq dah! :P |
kitorang sempat jugak la bergambar dengan props semua. tapi tak letak semua gambar kat sini. |
ni jugak comelness!! |
moms and their kids. excuse my jeans and blouse. baru balik dari hospital check up ariana setahun 6 bulan. |
budak-budak ni memang tak duduk diam! haha |
neighbourhood rumah baru azra. lawa kan! |
rumah pun lawa-lawa. harga? 400k plus dengan CSRU ^^ |
bagi yang tak tau, CSRU ni adalah civil servant reserved unit.
apply je, and kalau ada rumah yang available, korang boleh beli dengan diskaun 25%.
tapi untuk sivil servant sahaja ye. :)
boleh tengok kat website JPM.
last week, pergi wedding family kepada nenek and tok angkat ai kat taman melawati.
lawaaaa. makanan sedap gilssss!
wani e muka puas hati dapat makan sedap. haha |
ariana and her fave uncle. eh no. now harith pun jadi fave dia sebab mainkan dia lagu dengan gitar. haha |
my beloved parents. |
operation membuang tumor di kepala sudah berjaya.
tinggal tumor di paru-paru je yang doc cakap tak boleh operate sebab risiko.
may be kita cari jalan lain. alternatif should be good :)
and nak tunggu jugak result sama ada tumor dia tu cancerous ke tak.
kalau cancerous dia boleh merebak kan. kalau tak, dok diam situ je tumornya.
apapun result, sy doakan abah cepat sembuh and tak de penyakit yang tak de ubatnya kecuali meeting up kembali dengan Pencipta. :)
now abah nampak ok cuma kadang-kadang ke hospital check.
harith, my bro. geng pasar malam ai. bahaha |
semalam (ahad) pulak wedding azyan.
azyan ni geng kat ofis lama jugak.
macam adik sy. dia pun panggil sy kak wani. hihi
kitorang close jugaklah kat ofis tu. so harus pergi wedding dia.
ariana dah siap-siap pakai kurung.
anakku yang happynya, masya Allah. :D |
belikan dia belon. kesian dia demam. so kasi happy banyak-banyak. happiness tu ubat. |
hamboi happy dah tu. lolx |
"kat sana je kendurinya. jom, geng!" (dialog) HAHA |
sempat bergambar dengan azyan and husband. selamat pengantin baru, azyan & riduan!! ^^ |
sebenarnya weekend yang ini memang sesibuk-sibuknya.
sabtu tu baru balik dari penang, outstation (tu nanti cerita).
ahad je yang ada break sikit. tu pun tak de lah duduk rumah baring. tak ok. lolx
ni hari ni (isnin) pergi bengkel sampai esok. tapi boleh balik rumahlah.
yang tak sampai hati tu kalau kena pergi outstation and tak balik rumah 3 hari.
kesian kat family kena tinggal. ariana especially. harap tak banyak outstation la lepas ni.
kbai!
No comments:
Post a Comment