Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, November 29, 2014

lipas yang langsung tak awesome

recently pemalas lipas sungguh nak snap gambar.
may be i've been too busy,
may be i've been buat-buat busy. AHAHA

cakap pasal lipas,
kat rumah ni anak-anak lipas sudah berleluasa dengan hebat.

stress sungguh laa :P

actually time kitorang mula-mula masuk rumah ni memang dah nampak lipas-lipas kecik ni.
saiz dia memang tak besar. kecik aje.
dua tiga ekor macam tu, tak banyak.
ditambah dengan sikap ignorantku, tak ambik langkah pencegahan. *grin*
just bila nampak tu drainkan diorang dalam sink atau picit dengan tisu. haha

nak pakai penyembur lipas, ada budak kecik.
baru-baru ni nampak koloni they all dah produktif sangat.
asal pergi dapur nak buat air ke apa mesti nampak lipas melintas jalan tak bagi signal
ada la beli ubat lipas daripada bahan-bahan semulajadi yang dalam bekas tu.
tapi tak jalan.

so baru-baru ni beli ubat lipas lain.
yang bentuk kristal tu and daripada bahan semulajadi jugak.
tapi yang ni mahal bak hang.
yang ubat sebelum ni dalam 5 ringgit je. yang ni 25 ringgit macam tu.
tapi tak pe lah, janji yang ni berkesan.
malam tadi sapu kat dapur, nampak massacre lipas-lipas. wuahaha
berderet-deret mati tergolek.
rupanya diorang ni lagi banyak daripada sangkaan.
mana yang kita nampak melitas tu dalam 10 ekor lebih je kan.
rupanya berpuluh! pengsan ai!!
yang besar yang kecik semua ada.
karnival lipas sangat! :'DDD

dapatlah hidup aman sementara waktu ni.
nanti kalau dia membiak lagi, kita tabur itu ubat lipas kristal. lolx

moral of the story,
if dah nampak tanda-tanda lipas kat rumah,
terus hapuskan. jangan tunggu dia beranak-pinak macam kat rumah kitorang ni. rofl.

the end.

2 comments:

Nuratika Aziz says:
at: November 30, 2014 at 2:56 PM said...

Karnival lipas hahaha

wani ezryl * says:
at: December 15, 2014 at 10:51 PM said...

sampai dalam kereta ok diorang ikut! takutttt