Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, December 16, 2014

trip to istana and penang

ok kali ni entry pasal ofis pulak.
tapi tak de lah nak ceritakan pasal di dalam ofis, literally.
itu boring. ahax.
ini cerita trips di luar ofis.
satu, ke istana negara yang baru.
dua, ke pulau pinang.
tapi sy sekali kan aje ye dalam satu entry ^^

so on 8th december, sy ke istana negara untuk mengikuti kursus istiadat.
basically kitorang akan bertugas kat istana tahun depan.
jadi kena belajar selok belok istana la kiranya. lolx (muka ini tak de rupa protokol langsung :P)


tengok tangga kat istana punya la besar. pintu pun ada tiga kalau nak lalu. siap ada escalator lif semua.



ni kat luar istana. macam tempat perhimpunan pun ye. basically ada la kadang buat event kat luar ni.



flags tu memang super besar!! *mulut lopong*

menurut pegawai istadat istana *yang mungkin weekend pun tak dapat nak cuti*,
bendera yang di tengah tu indicate.. if Agong ada dalam negara, akan dipasang.
if Agong bertolak ke luar negara misalnya, bendera akan diturunkan tepat-tepat on time.
kalau flight tu terbang pukul 1 pagi, 1 pagi la bendera akan diturunkan.
diorang akan contact dengan airport untuk tau exact time. hebat tak hebat.


what a view!



with raja anddd the view. :)



panjang tak meja? hahah



nak tunjuk betapa gorgeousnya lampu chandelier kat atas tu! xD

habis cerita kat istana negara.
weekend lepas pulak ke penang, ada retreat SKT.
sebagai officer yang in charge SKT bahagian, sy pun pergilah. lolx

view atas penang bridge no. 2 dari dalam bas.

first day tu tak de apa sangat,
sebab ahli-ahli MBJ ada meeting.
so kitorang sampai petang, free and easy.
malam tu pulak dinner bbq sekali dengan santai-santai. ada karaoke semua.
bos-bos, KSU semua menyanyi.

menikmati hidangan bbq.



kambing golek pun ada.
ofis sy ni kan,
sy perasan kalau ada event ofis mesti ada hidangan kambing.
kambing dan ofis tak dapat dipisahkan. lolx


plate di malam bbq lagi. hahaha. makan sampai full.



malam tu jugak ada match piala suzuki antara malaysia dengan vietnam. match yang kedua when malaysia menang 4-2 tu. the guys pun sambil berbbq sambil tengok bola kat meja. siap jerit-jerit lagi macam kat mamak. lolx



bos-bos semak slide ebook lepas habis bbq.

the next day, baru la presentation SKT daripada semua bahagian.

aizat tengah gigih bekerja. jangan main-main. haha

malam tu dah plan nak ke pasar malam batu feringghi yang sepanjang 2 km.
lenguh kaki jalan balik ke hotel.
pergi sana naik cab. hehe
ada la beli beberapa items.
tapi yang selebihnya tu jalan-jalan tengok pasar je :D

suasana di pasar malam. start dalam 7-8malam sampai tengah malam. tapi diorang cakap pukul 10.30 baru alive tempatnya.



geng pasar malam ai malam tu.



sampai ke kedai lampu yang lawa-lawa lampunya!!!

balik tu memang dahaga gile, sakit kaki semua ada.
sebelum sampai hotel,
singgah ke kedai makan depan hard rock hotel.
hard rock hotel ni sebelah je dengan hotel tempat kitorang stay; bayview beach resort.
so mari kita pekena char kwey teow sepinggan!! xD

nik and aini.



puan yash and i.



char kwey teow slow rock yang sedap gile hoihs!

the 3rd day siap-siap gerak nak balik.
singgah georgetown, beli apa-apa nak beli. makan apa-apa nak makan.
tapi sy tak sempat nak ke cendol teo chew yang famous itu. tak pe la.
naik bas nampak orang tengah kerumun gerai cendol, makan penuh bersemangat. sobs. :P


singgah beli jeruk, walaupun sendiri tak makan jeruk.



view balik.

sampai putrajaya dah petang.. hihu.
sekian.

0 comments: