Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, December 18, 2014

nasi ayam ipoh and other food

suka hati nya rasa sebab hari ni dapat cuti *akhirnya!*
bukanlah pergi holiday apa pun,
just nak satu hari untuk berehat.
lepas berduyun-duyun kerja 'say hello' setiap hari tanpa henti. lol

maka sempatlah jugak buat satu entry pasal makanan LAGI. kihkih

hari tu (tak berapa recent jugak, tapi baru sempat nak blog) ada la try buat nasi ayam ipoh.
resipi ambik kat internet saja.
memang dah lama sebenarnya nak try buat nasi ayam,
tapi masa tak mengizinkan.
pastu time tu ada masa sikit, ada ayam kampung murah beli kat pasar depan ofis.. maka bolehlah kita try masak nasi ayam :D


mula-mula is buat sup/stock ayam. boilkan ayam-ayam dengan bawang, daun bawang, halia semua.



the ayams and the minyak ayams. lol



then ayam yang direbus tadi dimasukkan ke dalam bekas (in my case; besen pink HAHA) dan dimarinate dengan bawang putih, halia, segala bala kicap. lupa dah exact bahan, tapi lebih kuranglah. hihi




tinggalkan ayam barang seketika. (setengah jam la hoih! or more ;] )



ni nak buat nasinya pulak. tumis semua ni, masukkan sekali minyak bijan,lepas tu baru letak air and nasi. biasanya orang tumis dalam periuk nasi direct. sy tumis dalam kuali then baru transfer ke periuk. takut periuk rosak.



i think yang jadikan nasi tu wangi haruslah daun pandan dengan minyak bijan tu kan. bahan-bahan lain pun sama. xD

sebenarnya masa baca resipi kat internet,
time tumis tu asalnya gunakan minyak daripada lemak ayam.
goreng lemak tu sampai keluar minyak, then minyak tu yang kita pakai untuk tumis buat nasi.
tapi tak pe kot sebab pakai lemak ayam kampung. sihat sikit. ahaha


ni lah hasilnya. taraah! nasi ayam ipoh.



close up nasi. betapa pemalas nak transfer masuk bekas. angkut terus dengan periuk-periuk sekali. lol



ayam yang telah digoreng. sy suka ayam garing-garing gini! ada orang tak suka. jadi boleh goreng garing ikut suka. hihi



ayam lagi. close up. dengan salad-salad.



ni pun buat sendiri. tapi husband cakap cili pedas sangat. biasanya cili nasi ayam pedas manis eh? sy pun tak tau, ikut resipi aje. haha



sup kosong. yang ini pun husband cakap macam sup kat kedai. dia suka sup macam sup ayam biasa yang sy buat tu. ok next time sy buat sup berempah pulak. :) back to this soup, sup ini adalah daripada air stok ayam yang direbus awal-awal tadi. campur bahan lain sikit and tambah daun sup.



again.. my first evah nasi ayam ipoh!! *claps* :'D


dan makanan lain yang sempat di-snap pada hari-hari berlainan..

mi hun goreng seafood.



ikan kembung goreng masak pindang. (goreng tapi pindang.. macam mana tu?? LOL)



ketam blackpepper. ketam banyak, tapi bila makan tu rasa nak lagiii eh dah habis??! macam tu. lolx



asal cerita buat blackpepper ni sebab santan kat rumah tak ada. jadi tak dapat nak buat masak lemak cili api. kihkih. tapi blackpepper pun super sedap jugak! xD


dah tu je yang sempat snap.
sebab dua minggu ni ala-ala busy kononnya outstation dan ke merata tempat *haha pengsan kepenatan*, so memang jarang masak kat rumah.
makan makanan hotel dengan kedai je. lolx
tu je lah.
till then.
jumpa lagi!! *wave*

0 comments: