Monday, September 28, 2015

isnin = cuti

yoshh hari ni sy cuti.
kira sambung cuti raya hari tu.. haha
tapi more to nak rehat-rehat sebenarnya.
and dapatlah basuh baju, lipat baju semua hari ni.
walaupun jerebu dan sekolah kat putrajaya semua tutup hari ni, taska ariana buka.
just tak hantar dia lah.
biasa kalau sy cuti memang tak hantar ariana pi taska.

so harini bawak dia pi alamanda kejap pagi sampai noon.
sebab hari ni 28hb kan.. if shopping kat aeon big dapatlah diskaun member 5%.
walaupun tak banyak 5%,
tapi kalau beli banyak-banyak tu, did save a lot.

bawak ariana main kat toys r us jugak.
and belikan dia mainan.
sukalah dia tu main dengan mainan animals semua ni hahaha
gigih dia main.
most of the animals pun dia kenal nama.

banyak je idea dia ni time main.

nak cerita lagi
tapi kemalasan menaip merajai diri hahaha
esok kerja dah.
tapi pagi-pagi nak pergi meeting kat KL.
so tak de tuesday blues ke apa ye.. lolx

till then!!

Sunday, September 27, 2015

weekend kita yang berjerebu

assalamualaikum and selamat hari ahad. xD

haze gets worsen.
ni sekarang ada kat shah alam, rumah parents sebab balik beraya and semalam ada first check up kat SALAM.
dah transfer daripada check up kat kerajaan ke swasta sebab nak bersalin kat SALAM, insyaAllah.
kat sana kalau check up just ambik BP, timbang berat, urine and scan.
so far semua ok and harini dah masuk 33 weeks.

tadi pun dah kemas-kemas sikit bilik,
buang mana barang yang tak nak sebab nanti nak letak barang baby pulak.

today tak keluar ke mana sebab kejerebuan yang melampaui batas. ahahah

pagi tadi lapar, masak nasi goreng daging.



nasi goreng daging awesomeness.

semalam ada la keluar kejap petang ke klang.
husband jumpa kawan dia kat kedai kucing..
sambil dia tanya tips penjagaan kucing.
sebab kawannya and kedai tu pernah masuk tv.. kena interview semua.
so kita tanya pada yang pakar :D


ariana seronok main kat kedai kucing.

kucing banyak situ.. gebu-gebu pulak tu.
tu yang ariana seronok siap lompat pusing-pusing semua.
tapi kat luar memang jerebu teruk la.

lepas tu kitorang pergi jalan ke AEON bukit tinggi kejap.
tengok apa lagi barang baby yang boleh dibeli.
tak banyak mana la, just beli baju dua pasang dengan barang lain.
lepas tu makan, then baru gerak balik shah alam.


vain snapshot kat fitting room. hahaha. now dah 8 months pregnant.

memang agak jarang snap gambar sendiri.
sebab malas kot. lolx
boleh kira la kot berapa kali snap gambar sendiri time pregnant ni.

balik rumah tu ariana penat, tidur dia sampai keesokan harinya.
12 jam kot tidur! wuahhh.

and kat bawah ni gambar yang lepas..
time raya kedua haritu masak, tapi tak post entry lagi.
tepek terus je la kat sini kan. xD

sebenarnya dah lama plan nak buat nasi minyak.
tin-tin susu sejat, minyak sapi, tomato puri semua dah lama ada kat dapur tu.
ariana siap hangkut ke hulu ke hilir buat main susun-susun la apa.
berbulan kot. ahahah
raya ni baru la sempat nak buat.
ai is tak tau and tak pernah buat nasi minyak ok.
google je resipi.
tapi resipi ni tak letak garam.
jadi macam tawar la pulak kan.
bila balik shah alam ni (bawak balik sikit) mama cakap eh ada lah letak garam.
resipi mana wani ambik ni? hahaha
ntah kita try and error je kan.
tak berapa jadi pun kita bedalkan aje :PP


cangg!! nasi minyak tak masin. hahaha


dan di-accompany oleh ayam masak merah.
ni first time masak ayam merah tak guna sos.
ai guna tomato puri dengan bahan-bahan biasa yang lain.
husband tolong gorengkan ayam (macam biasalah kitchen helper sy yang awesomeness itu).
turn out super sedap ok.
lain kali boleh la guna lagi tomato puri tu.
asalnya pakai pun sebab nak menghabiskan tomato puri dalam tin tu.


ayam masak merah sedap. tak pe lah nak puji masakan sendiri pun hahaha



buat acar mentah jugak.

lauk-pauk tu masak petang.
ingat memang nak masak gulai daging sekali, tapi hari tu kepenatan sungguh.
so makan dulu nasi minyak dengan ayam merah je.
nak masuk malam tu baru masak gulai daging pulak.
kita repeat makan la nasi minyak sebab masak banyak, 3 cawan beras.

gulai daging guna rempah gulai dan rempah masak cap ros.

so memang repeat la makan,
sampai ke shah alam pun makan nasi minyak lagi haha

everything in one plate. tambah rendang ayam pencen sekali.

begitulah kisah raya and weekend kita.
esok isnin sy cuti lagi.
eloklah tu, jerebu-jerebu ni malas sungguh la nak keluar.
sekolah pun banyak tutup kan esok sebab bacaan jerebu teruk sangat.
bilalahhh tukang bakar-bakar ni nak insaf.
peluh-peluh ni ha, bukak aircond pun lepas keluar bilik boleh peluh lagi. haha
camtu sekali dia punya panas.

oklah sampai jumpa lagi.
sat lagi lepas asar nak balik putrajaya.

toodles!!

Friday, September 25, 2015

raya haji 2015

gambar raya yang decent sikit. hahah


selamat hari raya aidiladha, everyone!!

raya tahun ni macam simple je.
sebab beraya kat rumah je pun,
lepas tengok korban tu petang sikit baru gerak ke rumah in laws.
rumah in laws pun dekat je kat banting.
husband cakap nak tengok korban kat putrajaya then baru balik.
ada gotong-royong komuniti sini.
esoknya husband kerja, so tak de la balik kampung tok kat terengganu tahun ni.
mama pun kerja jugak jumaat, dia bitau yang family kat shah alam just balik kejap ke n9 tengah hari. balik hari.
so not much of a working break there.
tapi orang lain may be la ada yang ambil cuti panjang,
especially yang kampung jauh kan.
sy continue cuti hari jumaat,
taska ariana tutup pun.
so may be lepak rumah je la kita. haha

walaupun pagi raya tu beraya kat putrajaya je instead of kat kampung yang berhalaman *rumah kitorang obviously tak de halaman hahah*,
hidangan wajib rendang ayam haruslah ada :D
ni first time try guna ayam pencen.
kesimpulannya next time gunalah ayam biasa or ayam kampung je kalau nak masak seekor.
sebab dagingnya liatlah sikit walaupun rempah semua sedap. lolx
so malam before raya tu around 11pm plus nak dekat pukul 12 baru start masak.
sebab sebelum tu macam flat sikitlah penat gile, tidur dulu kita.
dah bangun balik tu baru gain energy.

sebab ayam seekor je pun kan,
so masak tak de la lama mana.
around one hour or so je.
lepas tu kering dah rendangnya haha.

ni masa mula-mula masak, lepas dah masukkan santan semua.



rendang tengah nak mengering.

jangan main-main, ai ada kitchen helper ok haha
sambil masak tu siap pi shower lagi sebab panas.
so minta tolong husband kacau-kacaukan takut berkerak kuali.
dah habis mandi tu pun husband bangun jugak tolong kacaukan once in a while. tq hun!

tu diaaa. aksi mengacau. lolx


dalam pukul 12 lebih tu siap kering dah rendang dia.

ok dah kering! ni kalau panaskan esok paginya ni mesti lagi kering.


juadah raya kitorang tu je la pun; rendang ayam pencen.
then malam before raya tu minta husband pi kedai sate belikan nasi impit and kuah kacang.
dasar malas wani ni nak rebus nasi impit sendiri pun malas kahkah
anggap la ai ni macam orang tua yang tak berkederat.
nak berdiri lama kat dapur tu pun sakit belakang dah.
so mana yang boleh jimat tenaga tu, kita beli je la :DDD


pagi raya tu kita panaskan balik je kuah kacang. sedap dan mudah! xD



juadah simple pagi raya.

ye lah simple sebab pagi tu tinggal nak panaskan je semua makanan.
tak de masak-masak dah.
kalau kat kampung tu mungkin lagi meriah la macam-macam jenis lauk-pauk ada dengan ketupat lemang segala.
ni pun kitorang makan dua orang kat rumah.
nak berjenis-jenis juadah kang melampau la pulak dua orang makan.
siapa nak habiskan tu. hahah

then after solat raya, kitorang pi tengok lembu korban.

babah dan ariana.



suka dia tengok lembu secara 'live'. haha


nah video ariana tengok lembu.
a short one.




selfshot bertiga. duduk tepi je.

sy la tu yang duduk tepi.
sebab nak bangun berdiri kat sana macam agak kepenatan di situ.
so duduk je la.
panas jugaklah time tu walaupun matahari redup je.
berpoluh-poluh makcik ni ha :P


diorang pergi tengok up close.

ada 2 ekor je lembu.
dengar tadi diorang borak macam ada lagi lembunya weekend ni.
lepas habis sembelih tu melapah semua.
time tu sy baliklah sebab penat.
kalau dah panas peluh-peluh tu memang penatnya lebih sikit.
balik baring tidur kejap, lepas tu baru balik rumah in laws.
yang ada kat rumah time tu mak dengan ayah je.
yang lain balik kampung in laws jugak kot yang berdekatan.
kitorang sini semua dekat-dekat je.

kat rumah sana ada laksa penang.
sedaplah, kuah pekat.
ada ketupat palas jugak tapi tak sempat makan tadi sebab kenyang.

lepas tu on the way balik ke putrajaya dari kampung,
singgah beli lemang sebatang.
balik dinner lemang je la kita.
panaskan rendang siang tadi. jyeah.

wani e yang cintakan rendang.


so malam raya mengadap tv tengok 'america's next top model cycle 22'.. boleh?
tak de feeling raya sungguh laa.. haha.
lepas solat isyak tu dah pengsan depan tv.
ni bangun balik, mandi-manda semua baru blogging.

entry ni diakhiri dengan resipi rendang mak lang untuk ayam pencen seekor ni.
(bahan je, cara-cara tak letak sini sebab rasa pernah buat entry resipi dulu untuk rendang ni).
nak letak untuk rujukan sendiri di hari muka.


RESIPI RENDANG AYAM MAK LANG 2015 - improvised bahan

ayam pencen seekor - potong kecik

cili kering 12 tangkai - blend

bawang besar sebiji - hiris
bawang merah 7 ulas - hiris
bawang putih 3 ulas - hiris

halia 2 inci - ketuk
lengkuas 2 inci - ketuk
kunyit kurus 2 inci - ketuk
serai 4 batang - ketuk hujung ke hujung

rempah 4 beradik :
kayu manis - 2
bunga lawang - 3
buah pelaga - 4
bunga cengkih - 4

asam keping besar - 1

santan 1 kg - or santan from kelapa 3 biji

rempah rendang 4 sudu besar (nisbah 3:1) - orang lain boleh guna rempah masing-masing ikut kesukaan. nak adabi ke babas ke mak siti ke.. ahax. ni rempah ai buat sendiri je.

garam sesedap rasa - tak ingatlah ni 5-6 sudu garam kot. sudu kecik macam sudu dadih tu.

Wednesday, September 23, 2015

cerita sehari sebelum raya aidiladha

kasut super comfy untuk ofis - baru beli minggu lepas.

tu gambar selingan je. haha

since hari ni sehari sebelum raya kan,
separuh ofis dah kosong.
ramai jugak yang belum cuti, tapi ada yang pergi site visit atau yang half day sebab tak nak menempuh jam gila pada waktu petang. lolx

sy masih setia kat ofis,
pagi settlekan kerja mana yang ada walaupun mood kerja tu a bit off. haha
brought my ultrabook with me, so bila kerja dah settle tu kita boleh tengok movie kat ultrabook. *mode wayang on*
dahlah big boss kerap jengah (agaknya sebab bilik orang lain dah gelap - cuti kan)
time jengah tu la pulak tengah tengok movie hahahaa
tak pe asalkan kerja settle.

lenguh belakang macam biasa.
tak larat mak cik hoih.

husband cuti hari ni.
so tanya dia tak pergi tengok wayang ke? *hobi ultimate dia*
dia cakap tak de cerita best.
tapi dia pi alamanda jalan-jalan petang tadi.
kirim belikan nasi beriyani udang galah, kononnya untuk sajian buka puasa.
tapi katanya kedai tu dah tutup la pulakk.

sempat pulak tu google kat mana nak cari nasi beriyani kat putrajaya ni.
yang dekat.
hah ada!
balik ofis pusing ke ayer @8, pi restoran serabei.
ada ok nasi beriyani ayam (ayam masak merah rasanya, melihatkan rupa paras ayam tersebut lolx)
tapau nasi beriyani ayam then headed home.
ni tengah tunggu waktu berbuka la ni.
sat lagi nak pergi tengok drama pukul 7. boleh? hahaha

ok nanti ai update lagi.
selamat ber-prepare untuk raya semua!!
xoxo.

Tuesday, September 22, 2015

various food photos

wani ni tak de kerja lain, kan.
asyik nak mengupload gambar makaanannn je kerjanya. haha

today i was pretty tired. sebab ada OBB workshop kat ofis.
biasanya if pergi workshop ke seminar ke kena duduk lama.
duduk lama = backache. ye wani, please live with it for the next 1+++ months. hee
*zomg lagi sebulan lebih je lagi nak bersalin??! tak prepare beg apa pun lagi!*

ok abaikan.
so petang tadi balik dari ofis sempatlah singgah pasar.
memikirkan lusa nak raya.
bila lagi nak pergi pasar beli bahan kan.
hari ni je lah.
penat-penat pun kugagahkan jua. wihihi *i enjoy going to pasar actually*
beli ayam pencen seekor nak masak rendang malam esok.
dahlah harga ayam naik seringgit. minyak dah turun harga kottt *nak raya kot, wani* :P
what is raya without rendang kan.
lagi-lagi rendang resipi mak lang yang memang tak dapat dah kat mana-mana.
(melainkan dimasak sendiri. hahah)

tu cerita sampingan je.

btw esok adalah disunatkan berpuasa sunat hari arafah (hari orang buat haji pi wukuf).
sesiapa yang berkesempatan dan berkemampuan bolehlah berpuasa sunat esok ^^
mengikut hadis sahih, fadhilatnya adalah menghapuskan dosa-dosa setahun lalu and setahun yang akan datang. wallahualam. :)

now to the food photos!! jyeah!


cucur jagung jalan tang lin yang super sedap sangat tu. thanks ma sebab ingat kat anakanda and belikan ^^ leviu!



once upon a time sy masak nasi goreng dan goreng ayam panggang lebihan. kunyitkan dia and goreng balik.



cheat food untuk ariana yang memilih makan lolx. carrot soup! (chinese style)



ada satu hari tu jugak sy masak ikan bilis goreng tumis cili bawang dengan sayur kubis masak lemak. sedapnya tak terkata. lolx



ni ikan siakap masak pedas. from my kitchen.



mac n cheese yang digemari oleh ariana. kalau masak ni, biasanya dia akan makan habis.



ada one day tu teringin makan ketam goreng. hehe



try beli nasi minyak for breakfast kat stall baru kat kafe ofis. rasa so-so.



ada jugak time crave nak makan kek. terus malam tu pergi secret recipe. haha



produk secret recipe jugak ni. deep fried wantan. sedap ni! ariana suka.



ni hasnah belikan nasi kerabu sedap. siap hantarkan ke rumah lagi. gila baik hasnah tu. xD



last but not least; cempedak goreng, goreng sendiri. cempedak beli kat pasar.


sekianlah sudah photos makanan.
bertemu lagi kita. hehe

bye!!

Monday, September 21, 2015

some people should really get a life

yes, this is internet.
dan kita tak boleh percaya 100% apa yang ada kat internet.. kecuali daripada sumber yang sahih.

semalam durra sent me a tweet,
sebab dia stumbled upon this tweet (yang kitorang tak kenal pun!)
dan mamat ni menggunakan gambar kucing kitorang yang diambil oleh husband.
he made it looked like his.
i want to say 'how pathetic',
gunakan gambar orang lain untuk create your so-called 'life' online,
but then it's more to a pity.
well may be he's bored.

kes-kes orang guna gambar orang lain,
guna identiti orang lain ni dah berlambak kat internet.
may be cause internet is an escapism for them.
from the reality. ye kot. haha
that's why i said it was a pity.

funny thing that tweet dapat retweet beribu kot.
sebab gambar kucing-kucing tu je.
siap ada yang tanya harga kucing tu kat mamat ni.
and mamat ni siap beritahu.
ko bayangkan la kalau ada penipu kat internet guna gambar kucing,
jual kucing and pembeli yang tak tau apa-apa terus transfer duit.
tak ke satu hal pulak tu.

so everyone, be careful ok.

ni antara tweets dia :
(nama dan gambar dikaburkan untuk menjaga privacy. tengok! even i thought about his privacy ok. doink)

that's the photo that he stole.

you might be wondering, mana dia dapat gambar tu kan?
husband sy adalah sorang peminat kucing dan dia join this cat group in facebook.
so banyaklah kot gambar dia post situ, dan beribu members kat group tu.
malangnya ada yang salah guna.
i told my husband, next time better letak watermark untuk safety.
bukan apa, kita takut ada orang yang tertipu.

and now here's the photo of the room in our house;
sama kan dengan yang kat dalam tweet tu?
sebab ni memanglah gambar kat RUMAH KITORANG!! *bukan rumah mamat tu ye* lolx

i even watermarked it.
and that was my peace sign :P




jadi kepada yang terfikir-fikir nak buat bukan-bukan kat internet ni,
fikirkanlah balik.
kita ada PDRM, SKMM semua.
even ada kes budak kat ofis kena tipu peniaga online,
dah kena tangkap dah peniaga tu. tipu ramai orang.
lepas tu merayu-rayu anak kecik lagi la yadayada.
dah tau anak kecik, ko nak tunjuk contoh tak baik ke kat anak ko?!
jangan ingat polis tak boleh trace kalau nak buat penipuan ye.
once ada orang dah report, senang-senang ko kena tangkap and masuk lokap ok.

tu je nak pesan.

be good, be gentle and be kind.

bye2 :)

Saturday, September 19, 2015

ariana : 2 tahun 3 bulan plus

updates on ariana bariana. hahah


hari tu ada husband upload video ariana teka-teka colour. lolx
since tak boleh upload kat blogger, sy letak link je lah. xD

https://facebook.com/video.php?v=1167240426625683


dear ariana,
if you read this, one fine day (once you know how to read kot hihi), things about you and that you learned up till now adalah :

1. boleh recognize warna-warna asas (but those were in english. we try to work out in BM later eh hehe). warna tak asas macam pink purple pun ariana tahu. so, good job, precious!

2. knows her ABC dan boleh recognize few alphabets. kadang nampak dia menyebut-nyebut huruf bila nampak kat kotak mainan la etc. rajin menelaah budak ni. haha. tak de belajar mana pun, kita nyanyikan kat dia masa baby then dia belajar from youtube selebihnya hahaha

3. 1 to 10 both in english and BM. tu dah lama dia mastered haha. congrats. (10 bintang untuk you! :D)

4. faham apa kita cakap and dia pun boleh converse with cute pelat thingy. cuma tak full phrase la. contoh if dia tunjuk bantal kan. dia cakap "tal! mama nye." or "ni mama. ni mama nye." (means bantal tu mama punya haha). or naik kereta dia akan cakap kat babah dia "kai. ghang!" (suruh pakai tali pinggang). most of the words adalah yang hujung-hujung disebutnya. lolx

but most funny thing yang dia sebut adalah kalau dengar bunyi kentut. "kentut! puit puitt" HAHAHAA bunyi puit puit tu yang tak boleh blah :'DDD


5. makan memilih tapi pencinta buah-buahan. (memilih tu mostly nasi la. dia tak berapa suka nasi ok)

ni tengah makan buah delima. dia ambik ai punya delima!! wuu~



ni anggur dia mintak. but biasanya dia suka mintak tembikai la. "kai kai!" so tembikai memang wajib ada dalam fridge.

6. so when we talk about food, memang dia tau la apa tu nasi, apa tu ikan, chicken, tembikai, coklat semua. senang dia nak mintak makan apa. oh oh dia jugak pandai cakap "no, tak nak." so kalau tak nak makan tu lahai senangnya dia cakap tak nak. tungkus-lumus mak ekau masak ni ha.

7. buang air masih di pampers. belum mengajar membuang kat toilet lagi. tapi dah habaq kat dia toilet tu apa. hahaha

8. animals. memang berjuta animals dalam planet ni. tapi yang basic tu dia tau la. cat, bear, panda, giraffe, elephant, monkey yadayada. tiada kuasa sy mahu menyenaraikannya lolx.

9. habit mengemas tu tak de la sangat haha. typical kids. tapi dah berjaya ajar dia kemas sikit lepas mandi. tu pun kalau dia ingat :P ni ada sekali dia kemas sendiri lepas mandi. dia buangkan air dari dalam baldi and bath tub semua dan susun kat tepi. kelass kau jah. haha. semoga menjadi pengemas, tidak seperti mama kamu yang penyepah ini ;)


pandai sabun sendiri and gosok gigi jugak.

buang sampah pun dalam bakul sampah. kira ok la.


10. tak tau ayat-ayat, but she knows what is doa. so kalau nak makan/minum tu kita bacakan doa, dia tolong aminkan je. hahaha. sambil sambung kat hujung-hujung "naa.. naa.. naa.." doa makan kan banyak na na kan. na=kami.

11. boleh mengikut kalau solat. not everytime la tapi kalau dia masuk bilik and time tu kebetulan tengah solat, sibuklah dia di tepi (kadang di tengah sejadah punnn T_T) bangun rukuk sujud segala. kadang dengan pampers je pun mengikut jugak lolx. lahai tak khusyuk solat aku. rofl. and she knows what is al-Quran. "quran" katanya. nanti dah sampai time kita ajar dia alif ba ta. bila la tu mama nak rajin mengajar. teehee. dan pandai sebut "Allah." and "Allahuakbar." (ada sekali tu kononnya dia nak meng-azan. lolx) Allahuakbar. kipidap, budak kecik :) *i dunno kenapa kena spell 'kipidap'. alright. keep it up!*



oklah nanti sambung lagi updates. semasa ke semasa kalau rajin.
entry is not meant to brag about kid tapi nak buat rekod untuk diri sendiri.
perkembangan anak-anak berbeza kan. so of what pace ariana is in right now, tak tau la too fast, too slow or just ok, i'm still proud to have her as my daughter and love her unconditionally. haha
and kitorang bukan jenis parents yang paksa anak belajar, ni kan musim main. so mainlah dia sesungguhnya (cuma dia jenis minat nak tau benda di sekeliling. semangat inkuiri yang tinggi. guess normal for other kids too). jadi dalam main-main tu dia pun belajar jugak daripada sekeliling.
may we all blessed with a good life :)

till then!

resipi mee goreng basah yang sangat sedap




hahaha tajuk tak boleh hadam kan *crying out laughing* :D
tapi sy kena jugak buat entry ni untuk rujukan sendiri di kemudian hari.
sebab kita kadang terlupa resipi kan.
if ada yang good one, eloklah kita berpegang teguh kepada resipi tersebut dan tidak berpaling lagi. fuahaha
serius mi goreng ni adalah sangat sedap ok. for me la.
(ye ejaan yang betul adalah 'mi', bukan 'mee'. sy type 'mee' biar senang nak google esok-esok) :P
jika orang lain kata tak sedap tidaklah dikisahkan. lolx

now here goes, resipi untuk 2 orang makan :


MEE GORENG BASAH SUPER SEDAP

Bahan-bahan (2 orang makan) :

1/2 paket mee cap Laksamana (cap apa-apa korang nak pakai pun boleh)

*3 tangkai cili kering (nak pedas, 4 tangkai or more. but 3 is sufficient)
*2 ulas bawang merah saiz sedang
*1 ulas bawang putih
(BLENDKAN YANG BERTANDA *)

ayam potong kecil-kecil dalam segenggam
udang besar 7 ekor
(NAK LETAK SOTONG, FISHBALL ETC SILAKAN IKUT KEGEMARAN SENDIRI. KUANTITI PUN SDN BHD.. HOHO)

sayur sawi

4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 or 4 sudu besar kicap manis (ikut nak hitam takat mana)

air

minyak untuk menggoreng


BAHAN OPTIONAL YANG SAYA TAK GUNA DALAM NI (sebab kalau tak de pun tak apa) :
tomato sebiji potong 4
hirisan cili merah
potongan daun bawang
kicap mee cap Tamin - pekat gile kicap ni. best tapi susah nak jumpa kat sini lolx (Mydin ada)


Cara Memasak :

1. blendkan bahan-bahan bertanda * di atas.

2. panaskan minyak dan tumis bahan-bahan * yang dah diblend tadi.

tumis sampai naik minyak hokey


3. masukkan potongan ayam dan goreng seketika.




nak goreng sambil menyanyi pun boleh. lalala hahaha. pastikan bunyi dentingan kuali over sikit :'D


4. then masukkan air sikit.

halamak dah 'berkerak' tepi sebab sibuk snap gambar. lolx! don't try this at home, kids.


5. tunggu kejap biar ayam tu empuk dan masak.

blub blub blub. kata si kuali.


6. lepas tu baru masukkan udang, sebab udang cepat masak kan.

udang ni sy dah buang kulit dan urat hitam belakang dia. najis tu. hihi


7. then kacau seketika.




8. kemudian masukkan pulak segala bala sos yang dimention di atas tadi. xD




9. kacau and biarkan kejap sos tu masak bersama bahan-bahan.




10. time ni sy masukkan batang sayur sawi, sebab batang lambat sikit masak daripada daun kan. (tapi ada juga daun yang tersesat bersama batang sawi.. hoho)




11. lepas tu barulah masukkan mee.




12. kacau dan sebatikan mee bersama-sama bahan-bahan yang lain. kalau nampak kering dan nak basah lagi, tambah air sikit sikit. tak perlukan garam sebab mee tu dah masin dan sos-sos tu pun dah ada seasoning.




yum yum.



13. last sekali masukkanlah daun sayur sawi (dan tomato jika ada. time ni dapur rumah kami tak de tomato haha)




14. kacaulah sehingga masak semuanya.




CANGG! DAH SIAP!! :)



then senduklah masuk ke dalam mangkuk untuk menghidang.

mee goreng basah yang kaya dengan bahan-bahan. sedap dimakan panas-panas (mahupun tak panas, sedap jugak!)


makanlah bersama keropok keping terengganu, lebih awesome *thumbs up* :DDD

selamat mencuba!



p/s : untuk hidangan yang lebih banyak, just gandakan bahan-bahan di atas.

p/p/s : untuk mee goreng yang kering, boleh kurangkan kuantiti sos kepada 2 sudu besar sahaja. dan kurangkan air.