Friday, March 06, 2015

pisang goreng cheese (dan sikit chocolate rice) woha!

hey, everyone!
what's up? xD
berapa lama sy dah biarkan blog ni bersawang? *check*
oo ok. dah dekat seminggu. hoho

sebenarnya deep down tu beria-ia nak blogging,
tapi since kat ofis sekarang ni pun beria block blogger website (even on lunch hour! doink),
and balik rumah je si ariana bariana beria tengok nursery rhymes dia, husband beria main games, sy beria tengok movies..
my laptop and netbook dua-dua pun tak available (retak & rosak),
maka itulah alasan konkrit sy kenapa tak dapat blogging dengan kerap. lolx

baiklah tuan puan makcik pakcik sekalian.
kali ni di dapur auntie wani e,
auntie will show you how to make a pisang goreng cheese *fuahaha auntie la sangat!*

hari selasa lepas goreng ni.
husband request nak pisang goreng cheese.
asalnya husband kirim pisang goreng kat pasar tani aje.
sy kan balik kerja hari selasa & jumaat biasa singgah pasar.
tapi tak jumpa pisang gorengnya.
so beli pisang, tepung and balik rumah buat sendiri je la kita. uhuk.
nasib baiklah kat rumah ada cheese.
kalau tak mana nak cari cheese kat pasar tu?
gerai susu segar??



INGREDIENTS :
4 ulas pisang (pakailah pisang apa pun yang korang suka, saiz sederhana. if pisang tanduk, adjust2 la sendiri. mah haha).
tepung pisang goreng adabi (wahaha express).
air. sikit garam. (untuk bancuh tepung)
butter 3 sudu besar.
susu pekat manis 3 sudu besar.
cheese sesuka hati.
chocolate rice for the kick.


HOW TO :
1. bancuh tepung ikut instruction kat belakang paket. :P

2. potong pisang into half (vertical or serong) dan celup pada adunan tepung. goreng dalam minyak yang penuh sampai keemasan. lepas tu emas tu ko boleh gadai. kahkah xlawak, wani. T_Tv

3. then in a non stick pan (or any pan you like, i don't mind), cairkan butter.

4. dah cair, tutup api dapur and tambah susu pekat manis. mix well. letak cheese sikit. mix well.

5. golekkan pisang-pisang tadi kat atas pan. then angkat.

6. tabur lagi cheese dan chocolate rice di atasnya. (memang makmur!)


and that's how we roll it! ;)

selamat mencoba! chobaannnn~


No comments: