hah asalnya nak cari baju kaler macam di atas untuk tema color block dinner ofis (gala nite).
lawa kan!
warna pastel, yet 'blocking' tu nampak.
tapi macam susah nak jumpa kimono turquoise serupa gitu.
lepas tu ai iz bizi, tak de banyak masa sangat nak attire hunting ni. hahah
last-last jumpa la jugak bajunya.
walaupun tak serupa langsung dengan idea asal.
bolehlah daripada tak de.
snap gambar dulu sebelum pergi dinner. ariana muncol. lolx! |
dress ni comel sebenarnya. sebab dia kembang kot. ahax |
dress, jaket, seluar, tudung, kasut, purse; semua beli asing-asing.
dengan talent mematching-matching baju yang tak berapa nak ada ni,
akhirnya berjaya jugak jumpa colour block attire yang boleh diterima akal la. haha
tu pun selepas mengaplikasikan *whatttt* teori warna kontra yang dipelajari kat kelas seni time sekolah dulu. bahaha
sy kan biasa main pakai je kalau hari-hari biasa.
kisah apa lawa ke tak kan :PP
kali ni gala nite ofis dibuat kat picc.
ni first time jugak experience dinner macam ni punya happy.
dan first time experience dinner kat ofis baru.
(ye lah boleh consider as ofis baru sebab tak sampai setahun pun kerja kat ofis baru ni).
memang berbeza dengan pengalaman dinner kat ofis lama.
sebab ofis lama kan macam serius habis.
dinner pun serius-serius macam tu. haha
yang ini tak.
semua orang bergelak tawa, bertepuk tangan, bersorak, menteri semua siap naik atas pentas, punyalah sporting.
if ada yang nyanyi kat atas pentas, yang kat bawah pun nyanyi sama macam konsertlah pulak.
memang lain la.
lain padang lain belalang kan.
dua-dua tempat pun ada specialties masing-masing. hihi
taraa! ku dipenuhi belon-belon. |
kira macam kat red carpet la, orang yang datang akan snap gambar kat sini dulu.
then habis majlis nanti boleh ambik gambar masing-masing yang dah diprint.
tp sy tak sempat nak snap dengan photog ofis;
sampai lambat sebab solat maghrib kat rumah dulu.
time sampai tu orang beratur panjang nak register dan juga queue untuk ambik gambar kat belon-belon ni.
VVIP pulak dah sampai.
so kita masuk je la dewan. ahaha
later baru snap gambar sdn bhd :P
lawa kan! pandai gile orang gubah belon sampai jadi macam ni! |
hola! |
macam rupa olive, wife poppeye je kan! haha |
orang yang pakai baju tak ikut tema,
mesin ni akan berbunyi.
punya la kuat.
tet! tet! tet!
macam bunyi lori treler pun ada HAHAHA
siap ada bouncer yang pegang scanner macam kat airport mat salleh tu.
konon-konon dia scan baju orang yang masuk la.. ikut tema ke tak. lolx
suasana di dalam hall. colourful kan! |
dalam belon-belon tu semua rupanya ada nombor2 cabutan bertuah ok.
last-last baru tau.
itu untuk cabutan bertuah grand final punya.
meriah! |
so sementara dengar ucapan and everything.
sempat la snap sikit-sikit.
then majlis dimulakan dengan tarian poco-poco, kau!
dah lah ai ni lupa habis step poco-poco.
time berkursus PTD dulu bolehlah ingat kan.
semua orang pun main taram aje la menari HAHA
menu is nasi arab, yaww. |
haa gitu rupanya menu dia.
bukak dome, terus ada ayam and kambing golek-golek atas nasi.
kaut je macam tu.
lepas tu ambik sendiri sambal tomato dengan acar dia kat atas meja.
sup, ada waiter hidangkan.
kuih dengan buah semua pun atas meja.
sy tak makan banyak pun sebab baru lepas makan ayam bakar kat rumah.
memang saja makan kat rumah dulu takut kelaparan menunggu.
rupanya tak yah tunggu lama.. terus dapat makan.
haha
then lepas ucapan menteri,
kitorang makan disertai oleh performance by kombo MBSJ.
ada aris ariwatan and sorang lagi female artist diorang.
memang best la.
dah habis makan and kombo,
maka bermulalah persembahan untuk setiap bahagian.
ni pertandingan ok.
ada hadiah bagai.
kitorang masuk suka-suka aje.
plus KSU memang nak semua orang participate.
hatta bos sekalipun.
so memang meriah la.
yang kelakar tu,
kata MC, persiapan dah dibuat sebulan lamanya.
yelah memang ada bahagian yang berbulan buat persiapan.
kitorang ni seminggu je kot!
memang dasar last minute aje kerjanya hahaha
tapi ada reason ok,
sebab sebelum tu kitorang bizi dengan program bahagian.
time tu musim CNY kan. lagilah semorang mood cuti.
tak pe yang penting seminggu pun, sempat! ahaha
kitorang punya cue nombor 5.
so bersiap-siaplah semuanya di belakang stage.
kitorang buat sketsa mimik.
sketsa mimik ni macam..
pelakon act kat atas pentas,
tapi dialognya dibaca oleh narrators kat bawah.
idea asal cerita by en. yusrie, konsep by me.
skrip asal sy buat, and tolong si imah yang jadi director.
imah and faizul polish skrip jugak.
and others berlakon atau jadi narrator.
memang teringat time DPA la.
sebab kitorang pun dulu ada buat drama-drama jugak.
time tu p.ramlee drama la lebih kurang.
tu pun sy in charge buat skrip untuk nujum pak belalang. AHAHA
hantam saja la labu.
yang ini memang nak kena buat skrip yang ada punch line.
lepas tu imah and faizul tolong polish lagi la bertambah punch linenya.
sebab nak buat cerita untuk gelak-gelak kan.
alhamdulillah audience memang gelak gembira ria la.
yang penting semua terhibur. hahaha
watak utama ni.. matt. |
sempat snap gambar sebelum kitorang punya turn. |
sempat lagi tu selfshot dengan imah and boss sebelum start. |
have fun aje.
lepas habis kitorang, turn bahagian lain pulak.
sebelum tu ada cabutan bertuah 1.
memang tak naik nombornya macam biasa. ahahahaadjdgeldqwkfwdg
zapin fusion. |
nasyid. best ni, dapat no.2. |
then ada pertandingan kilauan kwp,
finalist karaoke hari tu berentap gitu.
last sekali barulah penyampaian hadiah and anugerah anddd cabutan bertuah paling paling final.
ada anugerah untuk selfie ok.
nah tengoklah sendiri. xD
anugerah pakaian paling glamour (wanita). |
time datang tu kena cari badut yang pegang monopod ni and ambik gambar dengan dia.
untung-untung terpilih and menang.
gitu. :D
anugerah pakaian wanita feminin. |
anugerah pakaian paling glamour (lelaki). dia pakai macam pak arab fadang fasir gitu. |
anugerah pakaian lelaki maskulin. |
and ada jugak 5 pemenang untuk anugerah selfie syok sendiri.. ahaha.
yang best tu KSU johan ok!
selamba je kan rupanya hihihi
KSU wins! |
cabutannnnnnn
(which sy tak menang la kan)
KAHAHA
uhukhuk
then diorang umumkan pemenang untuk persembahan bahagian.
surprisingly kitorang menang no. 3!
hahaha.
main-main macam gitu pun menang.
alhamdulillah.
boss pun nampak sangat happy.
walaupun at first boss cakap tak yah expect nak menang ke apa yang penting buat aje.
dapat piala and duit RM800.
boss as wakil naik atas ambik. |
kitorang suh boss pi la sebab penaung kan. hihi
kita ni belakang tabir aje. :D
sempat snap sekali dengan piala. bahahaha |
majlis habis around 12.30am macam tu.
mengantuknya jangan cakap la.
tapi sampai rumah tu tak tidur terus pun.
lapar balik kottt.
masak roti paratha dengan sardin hancur. hahaha
pukul 2am makan lagi :P
lepas tu baru tidur.
tertidur sebenarnya while tengok movie 'into the woods'.
tak habis tengok lagi dah tertidur.
hahaha
k lah tu je kisah dinner kitorang.
sekiannnnnn!! XD
No comments:
Post a Comment