biasanya kat ofis-ofis mesti ada kelab kebajikan dan sukan kan.
ofis sy tak terkecuali.
dan minggu ni adalah hari mesyuarat agung kelab kebajikan dan sukan kitorang.
bezanya kat ofis sy, apa-apa event pun mesti ada cabutan bertuah. ha ha
(dan macam selalu, sy tak de menang apa pun kecuali goodies (door gift) stoking lelaki 3 pasang yang sy pilih sendiri daripada few items. lolx!)
budak-budak bahagian sy memang semangat waja.
meeting pukul 3.
5 minit before 3 dah kosong ofis.
semua pergi dewan untuk mesyuarat agung.
antara yang diusulkan adalah untuk kutip yuran sebab termaktub dalam peraturan persatuan ke macam mana.
sebelum ni free of charge je keahlian.
so untuk buat cukup syarat, diorang cadang la buat kutipan RM1 seumur hidup katanya.
tu cadangan asal.
sy macam.. whattttt murahnya keahlian!
ni kalau kat ofis lama, tiap-tiap bulan kot diorang kutip yuran!
kelab kat bahagian kutip, kelab kat sektor pun kutip.
tapi kat ofis ni......
lepas tu masing-masing setuju pulak tu!
dengan kelab ni bagi goodies free semua.
ramai-ramai nak RM1.
lepas tu up jadi RM1 setahun.
at least bolehlah tampung perbelanjaan kelab *boleh lah HAHA*
RM1 tu pun macam sikit kan.
siap ada dengar orang cakap ok lah yuran RM1 sebab nanti GST.. semua mahal.
jadi memang patut yuran RM1 je. *tepuk dahi*
then ada cadangan yuran RM12 setahun.
fair la kan sebab kira macam sebulan RM1. setahun RM12.
tu pun ada yang mencadangkan lagi supaya bayaran dibuat pada bulan april.
bulan jan - mac tu tak payah bayar sebab baru dicadangkan.
then undi.
ada yang angkat tangan untuk RM12..
masalahnya yang angkat tangan RM1 pun ada!
dahlah dengan cabutan bertuah 60 barang macam-macam.
time raya dapat bubur lambuk 3 kali la dengan kain, sejadah apa semua dapat.
kiranya kelab ni pemurah la banyak memberi.
so apa salahnya ahli-ahli ni contribute sikit.
tak pe la yang penting majoriti nak bayar RM12. haha
starbucks coffee pun dah RM15 kan sekali minum ;P
then usul lain.
ada yang cadangkan untuk buat lawatan ke luar negara.
so jawatankuasa suh ahli cadangkan nak ke mana.
sorang ni angkat tangan.
"ni cadangan daripada kawan-kawan saya sebab diorang semua ni malu nak bangun."
budak ni memang outspoken sikit.
"bali dengan jepun."
semua like.. whoaaa tepuk-tepuk tangan.
jawatankuasa pun tanya "ni untuk AJK ke untuk semua ahli ni?"
"untuk kita ahli la sebab kan dah bayar 12 ringgit."
HaAHAHAHHAHAH selok kitorang gelak.
dengan bayar RM12 dah boleh pergi jepun ha.. mana nak dapat tu?? :P
dah habis meeting, baru cabutan bertuah.
dari sekecik-kecik hadiah macam pedometer (ye ke nama dia macam tu?) sampai ke paling besar tv LED.
pedometer tu memang kecik gila lagi kecik daripada tapak tangan.
macam kotak mentol lampu pun ada hahahaha
(elok la dapat tu daripada tak menang apa-apa langsung macam ai T_T)
then ada benda-benda aneh jugak la (tapi berfungsi) macam beberapa papan pemotong yang banyak dimenangi oleh ahli lelaki.. setiausaha kelab kata boleh buat jadi mouse pad tu HAHA
ada bantal la, mesin buat ais krim, mesin steam muka, bekas simpan beras, beras moghul and banyak lagi. kata 60 hadiah kan.
then habis meeting, makan laksa penang. lolx
sekian kisah ke meeting kelab sukan.
tata!! :P
No comments:
Post a Comment