Thursday, August 28, 2014

the KTcity weekend

helo, thursday peeps!

thursday yang awesome sebab dapat cuti (CTR) since dari malam semalam sampai ke pagi buat enforcement p*usat j*udi h*aram kat KL.
pukul 5pagi baru balik rumah, kau.
apa nak jadi ni wani -_-" heheh
but it was a great experience; penat tapi best.
the perk of working at the new office.

so balik kepada topik asal!
weekend lepas kitorang jalan-jalan ke KTcity.
sebab ada jemputan daripada big boss lama sempena majlis persaraan beliau.
he's one of my bosses yang memang super baik hati, penyabar, humble dan tak pernah marah.
a good person like this should be celebrated remarkably. :)
i picked a book at MPH as a token of appreciation for him. kad DIY aje.
tapi lupa nak snap gambar hahah *busy katanya* :P

kitorang gerak ke KLIA naik ERL (train).
saja nak bagi ariana experience naik ERL.
sekejap je dari putrajaya sentral ke KLIA.
dalam 15 minit kot macam tu.
kalau naik cab atau kereta, lagi lama. lagi mahal kos.
cuma tabahlah sikit menapak dari parking putrajaya sentral tu sebab parking banyak penuh, lagi-lagi yang berhampiran dengan lif. ekeke


dalam ERL.

ni pun kira first time ariana naik flight.
JADI INGAT NI, ARIANA. TARIKH PERTAMA KALI ARIANA NAIK FLIGHT ADALAH PADA 23 OGOS 2014 OKEH *awat huruf besaq semua ni. lolx*
flight KL-KT.


with boyfriend.



with girlfriend.



with both of em.

nasib baik si ariana ni time kapal terbang dah naik tu dia tidur.
dua-dua flight (pergi balik) macam tu.
cuma sebelum berlepas tu je la dia sibuk nak ke sana sini.
walhal dah pakai seatbelt bagai.
tetap la nak 'travel' dari peha babah ke peha mama & sebaliknya. lolx


with astronaut's suit. ;)

sampai sana dalam pukul 3 petang.
usop dengan abang dia greet us at the airport,
dia bawakkan kereta untuk kitorang. *tq banyak, sop!*

kitorang terus ke area ICT *ikan celup tepung*
macam biasa, ke warung pok mang di kawasan belakang airport.
sebab kedai yang depan pantai tu mahal sikit and kedekut seafood.
yang ni banyak. haha

korang boleh cari warung ni kat area jalan belakang airport.



makan sikit je, snek petang. heheh



ketam celup tepung. hari tu datang tak dapat makan kan, sebab ketam habis. la ni makan habis-habisan.

ni time bukan musim hari raya atau cuti..
so tak ramai orang la macam time raya hari tu.
dapat la makan dengan tenang dan ada ketam. tu yang penting. HAHA


sotong celup tepung. tengok tu punya banyak dia letak sepinggan. ni baru RM5.



ikan pari and ikan kembung.

lepas tu check in hotel puteri pacific.
malam tu ke taman tamadun islam (TTI) untuk sambutan majlis persaraan tuan haji, former boss kami merangkap former housemate husband. hehe

purple theme. bukan tema kitorang, tapi memang tema untuk malam tu. ramai pakai purple.

jenuh la mencari gaun purple untuk ariana.
tak banyak choice kat parkson.
so pakai je la baju mana yang ada ye, nak :P


them with tuan haji. selamat bersara, tuan haji! enjoy your retirement days!! :)

ye la tuan haji ni family dia kat KL,
dia duduk sorang-sorang kat KTcity.
lepas bersara ni dapat la dia unite balik dengan family dia. hihi
siap anak-anak buat surprise atas stage bagi dia hadiah handphone.


dengan ani, kak ija, kak sha.



husband and ariana with the 'gang' xD

ramai muka-muka baru jugak kat ofis.
ada yang tak kenal.
tapi masih ada lagi kawan-kawan lama kat sana.
kebanyakan kawan-kawan perempuan ramai dah pindah;
macam haze, hajar, syiro, khalida, fie, scha, fifa pergi D*PA etc.
itu yang pindah negeri.
yang pindah ofis lain kat terengganu ni pun ramai.
like my staff, tinggal berapa kerat je orang lama.
lain ada yang dah tukar ofis.

lagi satu
kat terengganu ni cepat betul development dia!
tengok-tengok jalan kat area primula dah ada simpang baru.
sampai confuse sebab jalan dia dah nampak lain.
then kedai kepok tok beng dah renovate.. kelas kau.
kedainya tertutup sikit la sebab ada dinding konkrit. hehe

so time balik on the way ke airport,
singgah kejap beli keropok goreng. yum yum.
siap beli yang frozen punya untuk bawak balik.


kedai kepok tok beng berwajah baru.



dari corner jalan tu boleh nampak kedai kepok tok beng. macam ni rupa bentuknya sekarang.

ohohh sebab lambat lagi flight kitorang,
singgah kat pantai teluk ketapang kejap.. piknik.
piknik la sangat kan.
walhal beli sate ikan dengan air kelapa kat tepi tu je hahaha
crave sate ikan ok.
sedapp.

tak dapatnya harga macam ni kat putrajaya -_-"

ni pun first time bawak ariana ke pantai.
tak de pantai mana pun, pantai jauh lagi ke depan.
ni bagi dia rasa pasir tu je macam mana. ahaha

mula-mula tu dia pijak jingkit-jingkit.. tak biasa kan. lepas tu dah boleh join dengan pasir. lolx

tu kat tangan dia tu kepok lekor tok beng.
so terengganu-ish. :D


ada jugak 2-3 kereta yang berpiknik macam kitorang.



melukis di atas pasir. ecehh.



ini kereta yang dicarikan oleh usop untuk kitorang. :) thanks banyak!! ada serupa iklan kereta tak? bahaha



love this photo!!

dah lepas tu naik flight balik KLIA.
flight delay sikit so sampai lewat.
sampai rumah pun dah malam.
nasib baik isnin selasa tu cuti kan.
haa yang tu cerita dalam next entry.

till we meet again!
toodles!

both with bags. haha

No comments: