Tuesday, August 05, 2014

jalan-jalan terengganu

selain daripada beraya,
misi kitorang ke KTcity adalah untuk bershopping dan makan ICT (ikan celup tepung)
huahaha

time kat kampung tok tu mencari hotel,
tapi banyak yang penuh.
raya kan.
last-last call hotel grand puteri.
ok ada 21 bilik lagi katanya,
tapi boleh walk in je.
hotel grand puteri ni hotel under yayasan waqaf malaysia (ada yang panggil hotel wakaf nama glamour)
kitorang dapat 1 malam RM158 je bilik superior.
kalau deluxe RM168 kot.
puas hati la dengan harga tu,
sebab semua lengkap dalam bilik.
iron board, kettle, peti sejuk, flat tv dengan astro, wifi semua ada.
yang penting water heater untuk mandi berespons dengan baik. lolx


view bilik. luas jugak la.



these wonderful people.. ahax

rush jugak la.
samapi-sampai KT terus pergi beraya.
lepas check in tu,
mandi and solat.
lepas tu cadang nak pergi pasar payang, shopping.
hari tu hari khamis.
risau la pasar tutup hari jumaat.
dengan plan nak makan ICT lagi.
tengok-tengok dah lewat petang.
aaa sempat ke.
mama sempat ke pasar payang khamis tu.
dia cakap jumaat bukak.
ok nice, esok je la kita pergi pasar payang.
terus bergegas ke area airport.. which takes forever!!
jam tak gerak, kau!
jam dah nak pukul 7. hahaha

sampai-sampai redha je la..
mama sampai dulu area ICT depan pantai tu.
dia cakap ikan dah habis.
boleh pulak kedai-kedai ICT yang selama ni tak ramai orang tu,
hari tu penuh gile.
yang kedai famous jangan cakap la.
awal-awal dah habis ikannya.

so i said to husband,
let's go to pok mang.
dulu masa kerja kat KTcity,
orang ofis kitorang selalu makan sini je.
kalau orang KL datang pun kita jamu kat situ je.
and kedai tu biasa bukak sampai malam. stok pun banyak.
kedai ni belakang jalan airport.
kena ke depan sikit.

sampai-sampai tu..
alhamdulillah ada lagi stoknya. huahaha
tapi sini lain sikit,
kita kena cakap nak makan apa, baru dia gorengkan.
kedai lain tu dia siap goreng, orang rebut ambik.
tapi kat pok mang pun since ramai orang,
tak layan la kalau ko duduk kat meja tunggu..
sila pergi ke kaunter dan dapatkan sendiri ye. haha


mi familia.



ariana memang suka duduk dengan uncle mid dia.



budak lapar, dapat-dapat udang terus makan. haha

asalnya nak order ketam.
ketam habis.
terus order udang, sotong, ikan.


hoi haruslah sempat snap kan. :P

tengok meja-meja di belakangku..
semua penuh!
kedai pok mang ni kecik je kalau nak banding dengan kedai lain kat pantai tu.
jadi sila bayangkan kedai yang besar packnya macam mana.

husband memang buat macam kedai sendiri. lolx

ye, ramah betul dia dengan pok mang & wife.
siap pergi belakang kaunter ambik ICT ok. kelakar je.
tapi memang terbaik la husband.
cepat je kitorang dapat makan and minum hasil keramahan beliau :P
makanan semua dia tolong ambikkan,
meja tolong kemaskan and siap tolong lap lagi.
sebab pok mang nak kemas tak sempat kan.
husband siapalah ni hahaha


baru angkat dari kuali je terus kena serbu!



udang celup tepung.



ikan pari.



sotong. kalau kat kedai pok mang sepinggan memang dapat banyak gile. kedai depan pantai tu dapat sikit je. harga sama.



ikan kembong.



alhamdulillah.. sated. hihi

jangan main-main.
malam tu sambung beraya lagi.
terus pergi rumah kawan husband kat gong tok nasek.
kawan dia ni ada catering, tapi husband cakap dah stop sebab tak de helper katanya.
tapi dia business produk sendiri la.
kawannya cakap, adik dia yang masak nasi minyak sebab dia tak sempat nak masak.
sedap gile ok nasi minyak dia!
kuah gulai dia superb and ayam rempah dia memang awesome macam kat kedai yang sedap!!
(husband cakap sambal belacan dia best tapi since sy tak makan sambal belacan, nak komen pun tak tau HAHA)

sempat ok tangkap gambar nasi minyak sedap! :P

sy suka area rumah kawan husband ni..
sebab macam rumah-rumah dalam satu bulatan.
and rumah kayu comel-comel je semua.
yang jiran-jiran dia pun semua sepupu sepapat. haha

lepas makan tu terus balik hotel.
tengah raya kan, bukak astro ria. lolx
ariana tidur bukan main style. :D

tidur style bertongkat dagu. hahaha

pagi ada breakfast kat hotel.
biasalah hotel kat terengganu,
sure ada nasi dagang.
menu buffet dia pun banyak la.
cuma chef kat egg station tu kurang rajin sikit.
mula-mula nampak dia tumis bawang, cili, mushroom semua baru letak telur (buat omelette)..
dah lepas-lepas tu dia campur je bawang cili (mushroom tak de) dalam mangkuk telur,
dia tuang terus dalam kuali.
masalahnya memang sikit la 'inti' dia.
mushroom pun tak de. huuu T_T
macam sambil lewa je buat.
ok fine.

dania ariana yang awesome. aktif gile budak ni.



kalau bagi dia duduk, baiklah bagi dia sudu sekali. biar dia main dengan sudu tu. kalau tak jenuh nak bergerak, memanjat etc.



my precious. :)



good morning!!

lepas check out,
terus ke pasar payang.
kita shopping batikkk jyeah!!

gambar bukti di pasar payang HAHA



mau dia duduk diam.. lolx

berjaya la beli batik, kepok, sudip tembaga, makan durian.
mission accomplished.
rempah je lupa nak beli.
ingat dah, tapi time tu dah kat depan pintu keluar.
malas nak patah balik ke kedai rempah. haha

then terus balik heading to putrajaya.
on the way salah lalu jalan sebab ikut signboard LPT baru.
katanya pergi KT-KL,
sampai sana jalan ke KT je bukak, jalan ke KL tutup.
berpusing kami.
tapi sempat singgah beli sata and otak-otak sedap kat cherating.
before that terbeli yang tak sedap kat area marang.. haha
so yang sedap tu beli untuk mama sekali.
kitorang sampai putrajaya lebih kurang jam 2.30pagi lebih.
sebab singgah sejam setengah kat genting sempah,
husband mengantuk, tidur sat dalam kereta.

balik tu sempat la basuh baju 3 round.
sabtu esoknya, petang balik raya kat shah alam pulak.
before that sempat la masak rendang cili api untuk bawak balik ke shah alam.
on the way beli lemang.
malam sempat la tengok 'guardians of the galaxy' kat subang.
best gile cerita dia!
wani e yang jarang tengok cerita fantasy outer space ni pun suka ok.
lagi best sebab nanti akan ada sequel dia.
sebab dia cakap.. 'we will return!' yiahooo

ok la panjang pulak cerita.
tabah je la ye baca.
kihkih

ok till then!

No comments: