Thursday, August 14, 2014

buffet steamboat di d'kayangan

hey, all! *wave*

jumaat lepas sy balik shah alam kejap,
ada barang nak ambik.
malam tu ajak family pergi makan steamboat kat seksyen 13 sempena anniversary parents.
restoran d'kayangan.. agak famous jugak la restoran ni.
located kat depan restoran tupai-tupai.
kat area situ ada la few restaurants lagi.
memang best makan sini, bahan-bahan meriah banget.. hihi
boleh makan sampai pengsan for about three hours.
3 jam tu dah cukup, ok.
kitorang makan kat situ lebih kurang 2 jam je pun dah kenyang.
now mari tengok photos.


ni kat depan restoran.
dia ada bahagian dalam dan luar.
yang nak ambik angin malam tu boleh la makan kat luar.
kitorang makan kat dalam je.

time sampai tu ariana dah tidur.
semangat la nenek dia memangku, sy tolong ambikkan makanan sikit.
lepas dah kenyang sikit, take over pangku ariana pulak.

memang banyak gile choice bahan-bahan untuk steamboat/grill..
ada yang jenis balls, fingers, tauhu, seafood, meat, sayur, noodles macam-macam jenis, sos pun banyak jenis.


bahan-bahan steamboat! xD



tempat favourite harith.. bahan-bahan untuk grill. mostly dia ambik udang la yang banyak HAHA



menyepit ayam yang dimarinate dengan blackpepper untuk digrill.



other seafood there. pepahat pun ada! :)



our steamboat amd grill pot/plate.

sebenarnya pot/plate dia tu macam tak cukup, ok! :P
bila sampai-sampai tu..
"eh apsal kecik sangat?" kita dah la berlima kan. wahaha
piring pun comel aje.
berulang-aliklah kita pi back and forth ambik bahan-bahan untuk disteamboatkan. wahaha
sebab kecik, jadi platenya penuh selalu.
tapi memang puas hati la makan.
boleh ambik and makan sampai kenyang.
walaupun ulang alik banyak kali nak ambik tu kan.. kihkih
kira exercise la tu bakar lems :P


meja pun comel aje. penuh piring kitorang je kat atas tu :P






mi favouritos.. ketam grill. ahaha



harith yang tak jemu-jemu menggrill udang dan ayamnya.



group selfshot!!

memang best.
ni pun first time sebenarnya kitorang satu family makan steamboat/grill macam ni.
next time boleh try lagi ;)


No comments: