Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, November 18, 2013

tutorial : letak watermark di gambar

hola!
si bizi ini kembali! lolx.

atas request dell hari tu, entry kali ni sy akan buat tutorial macam mana nak letak watermark kat gambar-gambar korang.
tujuan letak watermark adalah supaya tak de orang sesuka hati nak copy gambar dalam blog atau page korang tanpa kebenaran.
and watermark nak beritahu yang gambar tu adalah kepunyaan korang, secara original.

disclaimer :
gambar-gambar yang digunakan adalah contoh sahaja dan untuk kegunaan tutorial.
gambar-gambar itu bukan sy punya.
jugak bukan ahmad albab yang punya. bahaha

ok let's start! xD


1. software : photoscape
sebenarnya banyak software yang boleh digunakan untuk buat watermark.
ada orang pakai photoshop.
sy suka pakai photoscape, senang.
lagi-lagi kalau korang nak letak watermark untuk multiple pictures atau gambar yang banyak sekaligus.
nak resize, letak frame kat gambar, semua boleh guna photoscape.
tapi kali ni ajar nak buat watermark je la kan. haha
now sila ke www.download.com
search la 'photoscape'.
hasil carian akan keluar. (photoscape ni FREE je!)

klik untuk nampak lebih besar.

ok. jadi sila download dengan klik pada butang Download Now macam gambar kat atas ni.
ikut kalau korang pakai windows, ambik yang atas sekali kaler biru tu.
kalau macOS (apple), ambik yang warna merah tu. sy dah bulat awal-awal dah. haha


then ikutlah langkah-langkah yang ditunjukkan.
alah korang biasa kan download-download ni.
sama je lebih kurang semua. hihi


2. buka perisian photoscape
lepas dah download dalam komputer,
boleh buka photoscape terus la.
macam ni skrin depan dia :

klik untuk lebih besar
ok kemudian klik pada batch editor yang sy dah bulatkan dengan warna biru tu.
batch editor adalah untuk korang edit gambar-gambar secara banyak sekaligus.
nak tukar saiz, nak tambah bingkai (frame), nak jadikan lebih terang, lebih sharp, semua boleh buat kat sini.
atau kalau nak edit 1 gambar saja, boleh pakai editor. yang ni lebih detail la. siap boleh lukis-lukis.
yang lain-lain tu korang explore la nanti ye.
hari ni kita fokus kat batch editor sahaja.



3. pilih gambar
pada belah kiri, korang dapat lihat explorer.
yang ada fail-fail kuning tu.
ha, sila pilih gambar dalam folder komputer korang.
sebagai contoh, kat sini sy pilih dua gambar daripada folder ART.
cuma drag (heret) gambar tu masuk ke bahagian belah atas macam yang ditunjukkan oleh anak panah biru.
kalau nak pilih semua gambar, klik pada gambar dan tekan Ctrl+A. lepas tu drag.
kalau nak pilih beberapa gambar pulak, klik gambar-gambar sambil tekan Ctrl pada keyboard. lepas tu drag.

dua fail gambar didrag ke atas. boleh nampak preview gambar (gambar kasut tu) kalau korang klik nama fail yang berkenaan.
lihat pada tab home, sy ada bulatkan warna biru.
yang itu adalah sy telah setkan saiz gambar kepada 300 megapixel.
jadi, kedua-dua gambar akan jadi sebesar 300 MP bila dah siap nanti.
nak set benda lain pun boleh kat sini.
tapi sy cuma tukar saiz gambar sahaja.



4. pergi ke tab object
sy dah bulatkan pada tab object.
korang kena klik kat situ dan kemudian akan muncul bahagian setting untuk buat watermark.
mana dia?
ha yang belah bawah tu, yang ada anak panah dua ketul tu :P

mula-mula, klik pada kotak di nombor 1.
kemudian klik ikon di nombor 2 untuk set kan tulisan untuk watermark.




5. tetingkap kecil muncul
seperti dalam gambar ye. hehe
kat sini, korang boleh lah set kan jenis tulisan, saiz tulisan, warna, transparency dan sebagainya untuk tulisan watermark korang.
lepas dah siap setting, klik OK.
boleh nampak preview tulisan watermark korang pada fail gambar seperti di bawah ni :




6. rotate (putar) perkataan watermark
haa boleh aje.
selepas korang klik OK tadi,
klik pada perkataan watermark di gambar, gunakan mouse untuk rotate dia ikut suka hati korang.
tak nak rotate pun tak pe.
ikutlah mana yang berkenan di hati.



boleh jugak tengok preview gambar lain yang dipilih.
cuma klik pada fail nama gambar tu.



7. save fail gambar yang sudah diletakkan watermark
lepas semua settle,
bolehlah save semua gambar sekaligus.
cuma klik convert all seperti dalam bulatan biru tu.





di sini boleh pilih folder pilihan untuk save gambar tersebut.
lepas dah pilih, klik Save.

selepas dah siap save,
akan keluar Conversion Completed macam kat bawah ni.
klik je OK.
siap! xD


ni contoh dua gambar yang dah diletakkan watermark tadi :



SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

::zLyNn:: says:
at: November 21, 2013 at 11:21 AM said...

lepas ni sume gambar dell kene ada watermark hihihi

dalilarahmad says:
at: December 10, 2013 at 9:45 AM said...

wahhh..tq wani..tp hari tu donlod photoscape ni, tp ape ntah jadinye sbb mntk husband aku buatkan..mcm tak nampak je laptop..haishhh

Zara Nurhaidah says:
at: April 16, 2014 at 5:15 PM said...

terima kasih share ilmu ! Zara dpt buat watermark daa.. weweee ! =D

wani ezryl * says:
at: April 21, 2014 at 10:36 AM said...

lin^ harus! hahaha. entry ni pun asalnya utk dell ;)

dell^ haa berjaya ke tak? harap berjaya! :)

zara^ sama-sama, zara! hope it helps :)

Mama Cahaya Mataku says:
at: November 13, 2014 at 4:50 PM said...

berjaya... terima kasih

Mama Cahaya Mataku says:
at: November 17, 2014 at 10:04 AM said...

terima kasih.. dah buat.. boleh tengok dalam blog saya.... yang lama2 tak letak watermark....

wani ezryl * says:
at: November 17, 2014 at 8:16 PM said...

sama-sama. semoga memberi manfaat dlm menulis blog ^^

Zaliya Salim says:
at: August 31, 2015 at 6:39 PM said...

Thanks sharing info..

wani ezryl * says:
at: September 1, 2015 at 10:59 AM said...

sama-sama, zaliya :)