Friday, November 22, 2013

how rude

tak tau la rude,
atau sy sentap lebih.
ah anyways.

dua hari lebih ni (sejak rabu petang),
sy tak ada di ofis.
ada bengkel di genting. genting ye, jangan main-main! lolx
macam biasa, jadi faci.
transport ke hotel, naik fortuner ofis.
balik pulak, tak ada kenderaan.
semua pilot ofis ramai-ramai pergi langkawi, ada meeting bos-bos.
jadinya balik tu sy menumpang serena kementerian yang buat bengkel ni la.

driver ofis sy ni agak baru jugak la.
sebab tak pernah nampak dia or naik dengan dia sebelum ni.
persamaan driver ofis baru dengan driver kementerian yang sy tumpang kenderaannya ni; dua-dua pernah bawak menteri.
jadi maaflah ye korang kena bawak marhaen ni pulak tiba-tiba. hihi
driver ofis baru ni boleh dibawa borak.
dari ofis sampai genting, kitorang borak je.
and macam biasa, akan tolong angkatkan beg etc.
(beg super berat!)

so alkisahnya sy pun nak tumpang la balik dengan driver kementerian ni kan.
bengkel habis tengah hari.
tengah hari jumaat.
tapi depa saja lengah-lengah nak balik lambat sikit.
bila officer dia yang naik sama dengan sy tu tanya driver tu, (time tu kat coffee house tengah lunch)
rupanya dia dengan sorang lagi staff yang akan naik serena tu (lelaki) memang sengaja buat lambat sebab tak nak sampai putrajaya awal.
nak skip solat jumaat ok.
keji gile korang ni.
sy pun dah start dalam hati 'berkatilah perjalananku ni ya Allah walaupun dibawak oleh orang yang sengaja nak skip solat jumaat.' kan.
again, beg-beg sy super berat.
tapi diorang tak de nak tolong angkatkan masuk kereta pun.
biasanya kan orang akan tolong kalau nampak super berat.
ni diorang point je kat serena tu, "ha boleh letak kat belakang sana." tak de perasaan nak bantu-membantu sesama manusia pun ok!
sy pun gigih la masukkan sendiri beg tu.

ok gerak la kami dalam pukul 1.15 petang macam tu.
punyalah laju bawak. sejam je kot dah sampai putrajaya! :O
on the way masa jalan turun dari genting, ada accident tengah jalan.
motor kot.
mangsa lelaki. dah tertiarap atas jalan, muka berdarah. darah dari muka macam memanjang atas jalan. sah terseret.
tak tau la dah arwah ke tak.
tapi orang sekeliling berdiri je tengok.

so dah sampai putrajaya tu,
diorang hantarkan ke ofis.
masuk dalam, pakai pas sy.
sy mintak hantarkan ke parking.
parking sy basement level atas.
so beritahu la, yang kat atas tingkat 2 tu.
then driver tu banyak kali tanya, "nak naik atas ke?"
tanya dengan intonasi macam.. 'kau turun kat sini je la, perlu ke aku naik atas?'
kalau beg-beg sy tu tak super berat, dengan laptop bagai, tak de la sy mintak diorang hantar sampai ke kereta kat belah parking tingkat atas tu.
fine sebab dia macam tak nak naik,
sy suruh berhenti je kat situ. biar sy naik tangga.
dah berhenti tu, again, tak ada pun tolong angkatkan beg ke apa.
sy sendiri angkat.
sy sendiri panjat tangga and pergi kat kereta.
dengan 2 beg berat and 1 beg cenderahati. dengan baju kurung.

balik rumah pun ada accident lagi.
mungkin sebab musim hujan kot.
jadi hati-hati la memandu.

sekian cerita sy dengan driver yang rude.

nasib baik la driver ofis tak ada yang macam tu.
harap nama je pernah bawak menteri. puih.

2 comments:

Mama said...

So bad experience. Kesiannya dapat layanan macam tu. Mari kita doakan orang-orang sebegitu dilembutkan hatinya untuk lebih mendekati Allah dan seterusnya akan lebih berperikemanusiaan.

Anonymous said...

Kementerian manalah tu... cer tny dulu bwk menteri sekarang xbwk menteri sebab ape ye? Hahahahah