haha saja test webcam kat laptop bilik latihan ni.
tiga menandakan sekarang pukul 3 petang. ohok hok.
sesi latihan masih berjalan.
orang lain dah balik, tinggal 2 orang je lagi tengah gigih key in data.
jadi sy selaku faci haruslah menunggu dengan penuh khusyuk dan tawadduk :P
oh.
hari ni abah operation.
lunch hour tadi waktu melawat, shoot ke hospital.
kebetulan time tu abah baru keluar dari operation theater. dah sedar dah pun.
boleh minum, makan.
tapi tak boleh angkat badan lagi for six hours.
sebab ambik epidural kot. nanti pening.
ntah, ai tak faham pasal medical procedure ni. ahax
tapi banyak la yang boleh tambah baik lagi kat hospital putrajaya ni.
macam.. ada maklumat yang tak sampai kat semua staff.
kejap lagi tu ada staff datang tanya operate kat bahagian kaki belah mana.
patut dia tau la kan.
lepas tu diorang jimat ubat.
doktor cakap sehari kena bagi pain killer every eight hours.
depa bagi sekali sehari je.
bila tanya, rupanya cakap tak order ubat lagi masa tu. ubat baru sampai. cis.
xray pulak tak sama result dengan xray time kat shah alam.
so tak tau xray hospital belah mana yang betul hahaha
yang best pasal hospital putrajaya pulak;
hospitalnya macam hospital swasta.
tak de la perasaan gloomy dan menakutkan macam kalau kita pergi kat hospital kerajaan lama.
hospital lama kan kalau datang siap nampak darah menitik-nitik kat laluan masuk la.
wad macam seram etc etc. haha
kafe dia makanan sedap dan banyak hoih!
kedai macam-macam ada kat tingkat bawah, memang macam swasta la.
untuk pesakit luar pulak, selesa la sebab ruang luas and seat banyak.
cuma parking je la susah sikit nak cari.
masalah parking ni kat mana-mana pun sama je.
kecuali kalau next hospital planning, nak buat parking bertingkat kan.
kalau tak memang menonong la ko menapak sebab parking jauh.
lolx
so abah was ok.
cuma tak tau dia masih memory loss atau tak.
harap lama-lama nanti ok la.
tadi dia dah solat semua. habis operate terus solat zohor sambil baring.
esok sy cuti. ambik shift jaga kat hospital.
nanti update lagi.
tata!!
No comments:
Post a Comment