Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, January 28, 2013

macam-macam hari ahad

cuba teka kitorang makan kat mana?

ye, tepat sekali!
mana lagi tempat makan yang ada sos peri-peri kalau bukan di nando's! xD
we ate here yesterday (sunday) at subang parade.
sebab husband cakap lama tak makan nando's.
lepas habis makan,
we both agreed yang makanan di nando's berperisa masin. haha
bukanlah salah nando's pun. memang style masakan dia masam and masin yang banyak.
sos dia pun ala-ala masin pedas kan.
cuma tak masuk di tekak asiaku ini. lolx
walaupun begitu, makan tetap makan! :D


the stars in the sky.



husband ai yang baru download game baru kat handphone.



me.



our drinks.



sy punya chicken breast burger.



husband punya quarter chicken.



side dish semangkuk salad.



our lunch.


kitorang pergi subang parade sebab nak jalan-jalan and tengok wayang.
husband nak tengok 'Hansel & Gretel witch hunters' yang baru keluar.
cerita ni 18SG rasanya.. haha.
sy gamble je tengok ni.
part-part keluar witch-witch tu semua sy paling muka terus. lolx


kitorang tengok yang 2D.

masa jalan-jalan tu kitorang singgah kedai elektrik elektronik.
nampak samsung galaxy S3 mini dah keluar.
cute, ok! (or should i say.. gorrgeous??)
dia sebijik je macam S3.. cumanya it's smaller. smaller, but not small. just nice.
skrin lawa woih macam iphone.
processor tak sehebat S3 but still, dengan harga lebih kurang 1200+, memang berbaloi.
bila slidekan jari, smooth je.
now who's willing to donate a new S3 mini for me?? tee hee hee.

so malam tu pulak kita masak-masak kat rumah.
pastu makan depan tv.
parents tak de, balik kampung kat terengganu.
so ada me, husband and faliq. faliq pun keluar gi main badminton.
then apa ada hal kita piknik-piknik depan tv kan. hahaha


our dinner.



ikan bawal hitam masak sweet sour. ikan ni seekor RM6.20 kat kedai. so kalau jual balik, kena jual dalam RM20 untuk mengaut keuntungan.. kehkeh. (jual apanya.. masuk dalam perut sendiri kan :P)



then masak tomyam ayam dengan sayur.

dah lepas tu tengok tv..
nasib baik jadual tv waktu lain-lain.
husband tengok merlin finale pukul 8malam..
pukul 9 pulak ada cerita 'bila cinta berzikir' kat tv1. lakonan sharifah amani, beto khusyairy, azizah mahzan, tamimie seregar, zamarul hisham.. semua pelakon hebat-hebat la.
kita ni pun sangat jarang tengok tv, apatah lagi cerita melayu sekarang ni.
semalam dapat pulak tengok.
slot untuk tribute p.ramlee. tak sure adapt daripada cerita p.ramlee yang mana satu.
tapi kisah percintaan terhalang la. bapak amani ni halang sebab orang kaya eksyen kan. abang dia pun eksyen habis. mak amani tu je yang relax.
then sampai diorang lari kahwin kat thailand.
kena bomb.
amani kudung kaki semua. memang tragik la.
dah kudung tu time dia berkerusi roda cari husband dia kat pasar, jumpa orang jahat, rogol pulak dia.
last beto rasa tak dapat jaga dia and call mak amani suruh datang ambik amani bawak balik ke malaysia (ye, diorang tinggal kat thailand).
stress je ok cerita tragik macam ni.
*sape suruh ko tengok pun, wani. haha*

lepas tu pukul 11 husband tengok movie immortal..
cerita zaman-zaman hercules. haha
suka betul dia tengok movie zaman tu. selain daripada sci-fi and fantasi.

dah lepas tu lights off. tido.
krohh.
end.

0 comments: