Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, January 15, 2013

konvokesyen DP*A

hari ni adalah hari konvokesyen DP*A sy dan kawan-kawan!!
batch DP*A 1/2011.
kebanyakan kitorang dilantik pada tahun 2009..
so boleh kata, ambik masa 2 years untuk konvo dan dapat pengesahan jawatan.
tahniah kepada semua!!

to sum today in a paragraph,
nah sy dah taip semuanya kat fb.. hahaha

yoshh.
hari ni adalah hari yang menyeronokkan.
yang tak berapa seronok tu sebab kena bangun pukul 5.30 pagi untuk bersiap.
katanya pukul 7 pagi dah kena ada kat PICC.
lepas tu pulak bila dah bertolak dengan husband,
boleh pulak tertinggal kad giliran (super penting!!) kat rumah.
patahhh balik. haha
nasib baik tak gerak jauh lagi.. masih dalam kawasan perumahan :P


langit pagi yang cantik.. dalam perjalanan.



lagit pagi yang cantik part 2.

thanks kepada husband, isz yang hantarkan tadi.
dia tak dapat stay, sebab ada meeting.
so dia teman kejap je la.
dalam pukul 9 tu dia balik ofis sebab meeting pukul 9.30pagi.


berbreakfast dengan zaim & wife. shahma (wife zaim) tak ada dalam ini gambar :P (dia berdiri di tepi sy time ni)

gambar ni time breakfast.
memang ramai la orang kat dalam cafe tu..
dengan family semua sekali.
tapi ada jugak yang datang sorang, tak bawak family.
sebab family jauh ataupun sebab bukan hari cuti.


menangkap gambar bersama husband tercinta. ececeh.

time ni sakit perut ok.
sy syak sebab minum sikit susu coklat dutch lady dalam kereta on the way tadi.
time-time ni laaa ko nak sakit perut kan.
sungguh wrong timing di situ.
tapi dah lepas-lepas tu ok dah. haha

lepas makan tu tinggalkan husband.. dia pun balik ke ofisnya.
sy berkumpul kat dewan 6-7 dengan kawan-kawan untuk sesi bergambar.


time ni semua orang tengah berkumpul ramai-ramai.. sambil tunggu giliran nak tangkap gambar ikut sidang.

kitorang catalyst.. sidang C.
so tunggu lama sikit la. biar sidang A dengan B tangkap gambar dulu.
sambil-sambil tu kita borak-borak dan tangkap gambar sendiri, mana yang patut :P


dengan bestie, azra.
bagi korang yang first time nampak azra,
dia ni best friend D*PA sy.
bayangkan DP*A selama 6 bulan..
bersama best friend (atau friends). kan lebih meriah.
so banyak benda kitorang faced sama-sama sepanjang 6 bulan tu.
sampai sekarang la kitorang bestie.
walaupun kadang-kadang je jumpa akibat kesibukan diri sendiri. haha


suasana bila semuanya berhandphone.

ye. masing-masing dengan whatsapp, facebook, messaging.
memang meriah la.
sy pun sibuk bergroup whatsapp dengan kawan-kawan.
sambil baca status semua orang kat fb.
semua letak pasal convo day.
jadi happening dah fb tu. trending jadinya. haha


group photo!! some of the girls.



love this one!! credit to mardia, ambik gambar ni daripada dia. find me! (mesti la yang paling girang tu kan. haha)



hahahaha. ni henry dengan azam. tak tau apa yang ditunjukkan tu :DD



kat sini memang saling tolong-menolong, ye. dari zaman DP*A sampai sekarang.



time ni dah beratur ikut ketinggian sebelum pergi tangkap gambar ramai-ramai dengan VIPs kat bilik sebelah.



sempat lagi tu tangkap gambar sambil beratur.


lepas semua sidang habis tangkap gambar dengan VIPs,
kitorang berarak masuk dewan.
diiringi oleh muzik gamelan live.

lampu di dalam dewan.

tung tang tung tang.
ucapan-ucapan sini dan sana.
ambik sijil. anugerahs.
lepas tu dalam pukul 12 lebih kot.. dekat-dekat pukul 1.. kitorang dah boleh bersurai.
bersurai pun tak bersurai jugaklah.
kena pergi ambik sijil sebenar kat kaunter,
ada yang pergi tangkap gambar (beli ye) kat dewan lain.. makan (makanan habis!)
dan sebagainyalah.

congrats kepada semuaaaa budak-budak batch (legasi) yang berkonvo harini!
congrats kepada yang dalam list cemerlang.
congrats kepada yang menerima anugerah khas! :)

oho sy tak termasuk dalam list cemerlang..
sy kat list kepujian.
walaupun begitu, bangga dengan diri sendiri sebab berjaya tamatkan DP*A dengan awesomenya.
dan belajar macam-macam benda.
perasaan gembira tu sama macam dapat list cemerlang,
sebab dengan kehadiran husband, parents yang datang.
siap dapat bunga lagi.. haha thanks!

(ye husband sy berlarian balik daripada meeting pukul 12 tu.. kembali ke PICC. weehee love youuu)

few photos daripada kamera P&S yang dipegang oleh my mom :
(ada lagi gambar daripada DSLR yang dipegang oleh the dad.. juga gambar daripada handphone husband.. tapi yang dua tu tak transfer lagi).

bunga oleh parents.



sempat jugak mereka menangkap gambar lampu di atas siling dewan yang gemilang ni.. haha



bunga di kanan tu husband yang bagi, bunga di kiri parents bagi. feeling artis kejap. hahaha



jumpa pulak dengan azra. sebab azra dok row lain. so snapsnap gambar dengan bestie ai :)



photo with my beloved parents.



ni husband baru sampai ke PICC. terus snap gambar haha












hah ni dengan raja! :) sebab terserempak dia kat luar ni.



with salmi and harzela.


lepas dah habis urusan semua, kitorang sefamily pergi makan kat umai.
sebab makanan kat picc dah habis. haha

lepas tu balik and rehat. zzz.

4 comments:

kaizenDaGreat says:
at: January 17, 2013 at 8:02 PM said...

Tahniah sama kau wani!!!! hihihi

::zLyNn:: says:
at: January 21, 2013 at 6:36 PM said...

Congrats wandang.. belom apa2 baby ko dh convo dulu.. hebakk hebakkk!!

farizatol huda says:
at: January 22, 2013 at 11:31 AM said...

mana pic dgn aku???

wani ezryl * says:
at: January 22, 2013 at 3:44 PM said...

raja^ tahniah sama ko juga!! ^^

lin^ ahahaha budak2 skrg mmg advance. belum start belajar, tapi dah konvo dulu :DD

atol^ kenapa ko tiada di tempat kejadian??