Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, January 20, 2013

keju sakit

happy sunday!

haa amacam design blog yang baru ni? ok tak?
hari tu terasa macam nak ubah template design,
sebab dok pakai yang tu je.
yang ni buat simple-simple sudeh.
tulisan pun besar, kasi nampak jelas.
sungguh laa konsep web 2.0 haha
(sekarang dah 3.0 ke hah? betapa tak mengikuti perkembangan teknologi T_T)

banner ni, gambarnya credits to deviantart.
sana memang banyak art stuff boleh dapat. go search.

ok.
ni nak cerita pasal keju the cat.
ye, kucing kitorang, siapa lagi :P

semalam dia balik rumah dengan keadaan mata kanan merah and bersin haaachium! bunyi macam toys budak-budak yang bila pijak tu bunyi.. nyett!
haha so funny bila dia bersin bunyi nyett.
srott srott dia selsema.

datang panjat katil, tidur.

memang habit kucing-kucing ni kalau sakit.
suka betul masuk bilik sy, panjat katil. tido situ.
dulu si biskot time sakit pun datang nak tidur sama atas katil.
agaknya perlukan kasih-sayang lebih haha
kalau sihat, keju ni lepak kat ruang tamu je.
atau keluar bermain-main.

so tengok dia macam nampak teruk je,
petang semalam faliq hantar dia gi klinik vet kat seksyen 13, shah alam.


keju yang sakit.



mata kanan dia merah kena infection. sebab musabab tidak diketahui. skodeng bella kot. ahahah

tapi dia ni kalau keluar rumah selalu kena kejar dengan si kecik (kucing ekor macam raccoon).
dulu masa kecik-kecik, kitorang jaga la si kecik ni.
dah besar, dia lepas bebas je kat luar.
kucing jantan kan. berdikari gitu.
so kecik suka kejar-kejar keju kat luar.. cari gaduh rebut kawasan kot.
tak tau la kot sebab gaduh matanya jadi gitu.

so bagi faliq duit untuk pergi klinik.
dia balik, dengan ubat semua.
yang kelakar tu sebab ni first time hantar kucing sakit pergi klinik kan.
kelakar tengok ada nama keju kat plastik ubat.

macam mana laa perasaan pembantu klinik tu bila tulis nama kucing yang pelik-pelik kat plastik ubat kan. HAHAHA

hahahahahaa
jangan main-main,
kucing pun makan antibiotik ok! :P

lepas tu dah musykil pulak
macam mana nak sumbat ubat telan dua biji kat keju.
ada antibiotik dengan ubat flu.
ubat titik tu tak pe la kan, titik je kat mata dia.

so tweet izyahya pencinta kucing,
tanya dia macam mana.
so dia ajar.
memang berguna betul ajaran tu.
katanya pegang kucing, tarik kulit belakang tengkuk dia,
lepas tu dongakkan muka dia and buka mulut..
masukkan ubat.
and keju memang behave la.
diam je dia mengikut.
senang betul bagi dia makan ubat haha

time pergi klinik pun,
faliq cakap keju diam je bila doktor inject.
bagus sungguh keju. kikiki


gambar selingan : ni tiga ekor kucing yang sepatutnya bukan kucing kitorang pun, tapi tiba-tiba dah bermastautin kat belakang area dapur tu. hari-hari bagi makan.

keluarga bahagia ni.
mak, bapak, anak. lengkap dah tu.
si eveready, bella and capang.
capang tu orang kat rumah ni bagi nama ke anak kucing tu.. tapi sy suka panggil dia mecik (kecik). hahaha
mecikkkkk.


makan dengan khusyuk. ish ish.



get well soon, keju! :)

4 comments:

kaizenDaGreat says:
at: January 20, 2013 at 10:46 AM said...

get well keju!!! kami rindu aksi malas kamu!! ;D

wani ezryl * says:
at: January 20, 2013 at 7:18 PM said...

trimas, raja! doakan dia sembuh cepat! kesian dia sakit.. dah la musim hujan ni.

::zLyNn:: says:
at: January 21, 2013 at 6:39 PM said...

Get well soon keju!! *wish juge walaupon ai takot meow meow* kihkihkih

wani ezryl * says:
at: January 22, 2013 at 3:40 PM said...

haha keju ckp terima kasih dalam hati!! :P