Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, June 21, 2016

juadah-juadah bulan ramadhan

heylo!

macam biasa, siri photos makanan juadah bersahur dan berbuka muncul kembali! ahax

tak ingat dah hari keberapa masak/makan apa.
tau-tau gambar semua dah pile up dan memanggil "waniiii apsal ko tak update blogggg"
hahah seram tak tu :P

so here goes.
untuk tatapan. lolx

spaghetti untuk ariana. memandangkan dia kurang sikit makan nasi.
ariana kurang sikit makan nasi? kurang banyak ok! :D
recently makanan berat yang dia suka, macam spaghetti, ayam atau meatballs.
nasi memang kena reject awal-awal.

ada one day tu husband sy outstation ke perak.
so membeli lauk je lah kita.
tapau daripada kedai makan dekat-dekat area taska budak-budak.
kedai orang kelantan. hari biasa, biasanya beli nasi kak wok atau nasi berlauk kat situ.
memang sedaplah.
so kali ni beli ketam masak lemak.
tanya harga berapa.. dia cakap RM7.
ingatkan dapat seekor. balik-balik tengok separuh ketam tu je! whatttt. mahal kot.
sayur campur tu goreng sendiri.
memang masak sendiri kat rumah lagi jimat.
tapi kalau dah duduk sorang,
rugi gas hui masak banyak-banyak.
kecualilah ko nak masak telur bodo bodo then jirus kicap je, settle. hahaha

overall dishes. from top; spag for ariana, onde-onde, ketam (separuh) masak lemak, mixed veggies.



kali ni masak chinese style. letak minyak bijan je jadilah chinese style. teehee

memandangkan husband outstation tu,
bersahur pun haruslah lauk simple je.
buat nasi goreng mild (tak pedas).
goreng semangkuk tu, dok depan komputer tengok game of thrones.
macam zaman belajar pulak dok makan sambil tengok komputer :P

nasi goreng simple.

dan hari tu jugak husband balik malam daripada outstationnya.
so lauk berbuka pun lauk beli jugak daripada kedai orang klate.
this time beli keli goreng berlada dengan sayur campur.
nasi masak sendiri.
sedap keli berlada dia. yumyum!

nasi putih, keli goreng berlada dan sayur campur berkuah.

then ada one sahur tu,
masak ayam goreng sambal kering.
keringnya macam kerepek pedas.
pedas-pedas manis. sedap kot.
memang berselera walaupun makan waktu super pagi.

dig this.

bulan ramadhan juga adalah bulan di mana kita akan mendapat macam-macam goodies daripada ramai orang. (murah rezeki korang-korang yang bersedekah ni) ^^
ofis pun rajin jugak bagi.
dapat kurma, serunding, kurma lagi, bubur lambuk..

bubur lambuk kampong bharu mesti ada tiap-tiap tahun. kelab & puspanita bagi.



ni salah satu yang sy suka beli jugak.. tak kira bulan puasa ke tak. tau fu fa. yums!



sate ayam dan sate kambing. beli kat bazar putrajaya.

ye kalau hari pasar menjelma,
kita beli-belah jugak kat bazar.
cuma tahun ni tak kerap ke bazar ramadhan.
dan dah pandai beli berpada-pada. hahaha
hari pasar biasanya hari selasa atau jumaat.
pasar dengan bazar dekat-dekat je lokasi (tapi still kena berkereta).
so lepas singgah bazar, pergi ke pasar.

kat bawah ni gambar mee goreng untuk berbuka.
mee goreng ni tak payah risau rasa seasoning dia sebab tak pernah pakai garam.
pakai sos dengan kicap je. sebab mee tu dah masin sendiri.
kalau masak tak payah fikir-fikir nak rasa cukup masin ke tak.
yang penting tau sukatan sos/kicap.

mee goreng basah. husband suka yang basah macam ni. lepas tu banyak bahan.



bubur lambuk dengan serunding ayam.
kita gunakan sumber apa je yang ada.
contohnya dapat bubur lambuk.
kalau berbuka puasa dah kenyang,
kita simpan bubur untuk sahur.
makan dengan serunding pulak. jimat tak. hahaha


ikan kerapu masak pedas.



pandangan heli (kopter) hahaha.



ni sahur lauk yang husband tapau dari parlimen. ketulan daging dia besar-besar.

staff-staff kat ofis rajin masak memasak ni.
biasanya hari jumaat.




sago gula melaka yang dimasak di ofis, diagih-agih kepada semua penduduk bahagian di ofis. hihi



ni pun dapat sedekah free daripada bos.. nasi arab. tq boh.



lauk simple untuk sahur.. sardin dengan kentang. jyeah. yang atas dia tu bawang goreng. ye rupa bawangnya agak buruk hahaha



dari atas; sardin dan telur dadar. together forever.



last but not least.. lauk sahur semalam. sup daging kicap dengan kentang. slurp! :D

gambar lain kita share lagi di lain masa ok.

tata!! :)

2 comments:

Bawangputehdotcom says:
at: June 21, 2016 at 3:35 PM said...

salam banyak2 ni...sup daging kicap tu paling buat ciklin ngecess..adeh dah laam xbeli daging sebab en.suami kurang sikit daging2 ni..rindunya nk makan daging

syira says:
at: June 23, 2016 at 11:36 AM said...

lama tak makan sardin! nak berbuka sardin la hari ni, hihi