Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, June 28, 2016

pau cendawan viral bazar ramadhan putrajaya 2016

baru-baru ni memang viral pasal cerita pau cendawan yang dijual di bazar ramadhan putrajaya 2016.
bentuknya macam cendawan,
dan (orang kata) rasanya macam sos carbonara cendawan.
sy sampai sekarang tak dapat rasa lagi.
sebab tak tergamak nak beratur. panjang gile kot queue. haha

kat bawah ni la facebook wallpost pasal pau cendawan yang viral tu :

(screenshot from facebook)

ada hari-harinya sy singgah ke bazar.
dah hujung-hujung ni rajin la singgah. haha
sebab ada jual buah tembikai kat bazar. buah tembikai dia sedap kot.

berbalik kepada pau cendawan tadi,
sambil round-round bazar tu, memang akan nampak queue yang super panjang.
kalau tanya kat orang yang jual dekat-dekat situ, katanya beratur sejak pukul 2 petang.
ada kawan cakap pulak sejak pukul 1 petang.
gila tak gila kuasa internet viral ni kan :P

lantas sy pun menyusup ke depan hahaha
bukan nak potong queue *queue pun tidak!* :D tapi nak tengok apa ada di depan.

ada tu ha nombor telefon kat banner dia.
lain kali kalau teringin nak try, bolehlah contact.



kalau gambar kecik sangat, situ dia tulis:

PAU ROHANI ENTERPRISE
Hassan - 019-390 4554
Alamatnya: S454, Kg. Sri Langkas, Batu 13, Jln Klang, 47100 Puchong, Selangor.


harga. ada juga jual yang frozen.

nak beli frozen pun sila queue ya.
tak boleh potong queue.
(cakap pasal queue, semalam masa tukar duit kat bank, ada orang ni potong queue kat belakang sy. sabarkan je la. orang lain queue panjang dari pukul 8.30 pagi pun ada, dia senang-senang menyelit. berkat ke duit raya yang ko tukar tu, bang?)

dan nah ni dia, queue pembeli pau cendawan viral.. :D


kalau gerai pau cendawan kat row ketiga, orang boleh queue sampai ke hujung row satu ok. betapa panjangnya.

jadi memang tak tergamaklah sy nak beratur sekali. hahaha
ada kawan tu beli daripada agen katanya. kat puchong.
so tak yah beratur :P

pemandangan setahun sekali di bazar ramadhan :D

selain gerai pau, yang ada queue sendiri jugak adalah gerai nasi kerabu wan atik.
dia kat belah hujung-hujung sikit yang mengadap dekat-dekat parking terbuka.
itu tak sepanjang gerai pau, tapi ada macam 4 barisan kot queue depan gerai. haha
walaupun banyak lagi gerai nasi kerabu kat bazar tu,
orang masih setia membeli dengan wan atik.

oklah tu je.
entry diakhiri dengan gambar yang tak de kena mengena dengan pau cendawan viral,
tapi sy nak letak jugak ni.
gerai yang jual laksa johor sedap.
nak rekod kat sini nombor telefon dia.
apa-apa hal lain kali senang nak contact. hihi
(ada katering tu)


CITARASA WARISAN
Laksa Johor & Penang, Soto, Laksam, Mee Rebus
013-938 8686 / 013-9317000

0 comments: