Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, June 21, 2016

ariana anaqi

salam and hi hi!

nak cerita pasal ariana & anaqi sebab macam lama dah tak buat entry pasal depa. haha

tapi sebelum tu nak tepek gambar makanan berbuka semalam.
beli kat bazar aje sebab husband berbuka di luar dengan best friendnya.

sy memang suka betul dengan laksa johor.
tapi bukan semua laksa johor sedap.
ada yang kuah termasin la atau tak menepati piawaian laksa kuah johor sebenar. ekeke
tapi yang sy beli kat bazar semalam memang wallah!
sedap sungguh.
kuahnya pekat dan cukup rasa.
harga? RM7 sebekas, which sy rasa berbaloi beli sebab sedap & makan pun kenyang. alhamdulillah ^^

laksa johor sedap kat bazar. patut tanya diorang kedai kat mana kan.

lepas tu satu lagi yang sedap; ayam percik.
harga dah la RM3. murah kan!
sedap ya ampun.
sebab sebelum ni ada beli ayam percik, tapi kuahnya macam saucy sangat.
yang ni kuah sedap. boleh repeat lain kali ni.

ayam percik kuah merah.

tu je sy beli kat bazar.
dengan tembikai sebelah.
amacam, super jimat tak?
(masak kat rumah lagi jimat.. but well. bagi chan la ai pergi bazar. HAHA)

now cerita ariana anaqi! xD

ariana dah 3 tahun,
anaqi dah 7 bulan plus.

kepakaran? (haha kalau bitau umur budak-budak, mesti soalan favourite masyarakat, "dah pandai apa?" sy jawab pandai masak ayam roasted boleh? hahaha JK)

ariana gets to know new vocabs by days, walaupun ada lagi yang dia cakap kita tak faham.
tapi kita cakap, faham pulak dia. lolx

anaqi dah pandai sepah-sepahan. hahaha
maksudnya dah explore sana sini, capai sana sini (tapi surprisingly tak masuk dalam mulut!).
mengengsot & merangkak pun punyalah laju, kejap je dah sampai entah ke mana-mana.
tak boleh tinggal, dalam baby cot pun tak boleh, nanti dia panjat.

hari tu bawa anaqi cucuk vaksin pnemococcus yang ketiga.
ntah ye tak eja tu.. malas nak check google. haha

ariana main dengan kawan kat hospital, sementara tunggu nama anaqi dipanggil.
haha sy suka gambar ni sebab depa dua orang ni macam sepesen :P
walaupun sorang indian, sorang lagi melayu.
pesen rambut tu dah nak dekat sama.
geng main sama-sama.


doktor nazir tengah check pernafasan. tunggu la anaqi kejap lagi, nak kena cucuk. hihi

anaqi bila dicucuk menangis sesaat dua, lepas tu diam.
mungkin lemak tak berapa nak cukup, tu yang rasa sakit.
ariana dulu bila cucuk langsung tak menangis. peha tebal katanya. kikiki
(plus anaqi ni memang manja lebih).


and nah!
bukti gambar penyepahan.
tapi sy suka je bagi dia benda-benda ni.
barang-barang dalam bakul, nanti dia terbalikkan semua.
lepas tu capai satu-satu.. kaji.
bagi dia berfikir banyak-banyak.
mesti dia fikir.. bendalah apa laa yang aku pegang ni. bentuknya funny. lolx


memegang sikat hijau. caption tak boleh straight forward lagi keeee :P


hahaha yang kat bawah ni, tengok tv kemain.
tengok rancangan favourite babah dia pulak tu.
tak berkelip lagi. kelakar je.
masa ni babahnya outstation.

baring mengiring tengok tv dah macam orang tua :'DD

ariana & anaqi yang kamceng.
ariana memang sayang adik dia,
dan anaqi memang suka riang ria bila nampak kakak dia.

diorang ni rupa dua-duanya tak sama sangat,
tapi lama-lama macam dah nak sama la pulak. lolx

the kiddos.



playing together.


semoga membesar dengan gembira dan sihat-sihat selalu.
:)

0 comments: