Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, June 20, 2016

coolio weekend


helo delo!
atas ni adalah nasi beriyani buat buka puasa semalam.
beli sebungkus, share berdua.
ayam extra.
beli kat kedai mamak darussalam dekat dengan rumah.
al-kisahnya petang semalam hujan lebat menggila.
jadi tak dapat nak ke bazar. masak pun tak sempat sebab keluar shopping. haha



shopping bags.

first time semalam pergi bangi sentral.
kawasan yang penuh dengan butik-butik, macam kat seksyen 7, shah alam.
jam dia pun lebih kurang sama jugak. haha
berderet kereta, kalau nak masuk ke area shoplots tu baiklah korang parking kat luar, jalan kaki je.
husband dropkan sy kat luar. dia tunggu dalam kereta dengan budak-budak.
asal-asalnya nak beli tudung kat radiusite je.
lepas tu terlajak sampai ke kedai-kedai lain.
mesmerized tengok banyak sangat kedai HAHA

lepas bangi sentral, ke bangi gateway pulak.
ingat nak cari baju untuk budak-budak.
tapi tak ada (tak ada warna atau saiz yang kita nak).
boleh tahan banyak jugak pilihan baju-baju raya kat sana.
harga pun berpatutan.

ahad jugak adalah hari bapa / father's day.
dah cakap kat husband, nak belanja dia makan kat salah satu kedai fave dia; sharin low.
then husband cakap jom belanja awal, hari sabtu.
hahaha kita on je. jom!

sampai pukul 6.30 petang lebih kurang, terus order makan.

kitorang walk-in je.
lepas-lepas tu ramai orang masuk. penuh kedainya.
nasib baik service pantas.
by the time waktu berbuka dah dapat semua makanan/minuman yang di-order.


ini yang kitorang order. cukuplah makan dua orang. ariana bukan makan sangat pun. lolx



ikan siakap goreng masak sweet sour.



close up ikan siakap.



udang butter (creamy).



tak ingat nama chinese dia, tapi rasanya ni kacang panjang goreng tepung. haha. sedap wui. everytime datang mesti order ni.



husband order set nasi dengan sotong petai. order macam ni untung, sebab kalau order lauk seperate, lagi mahal harganya.

selamat hari bapa kepada semua bapa di planet earth!
kepada abah sy, ayah (mertua) sy & bak (angkat) sy. :)

sebenarnya hari sabtu tu jugak pergi dating dengan ariana.
ni bawak dia pi makan chocolate sundae kat mc d.



lepas tu dapat sundae cone kecik cinonet.. alahai comel gile kot kon dia!

jemput tengokkk. kata ariana. lolx


ok habis dah cerita weekend! ta!

0 comments: