Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, June 28, 2016

open fast, break fast

helo delo! :D

siri foto makanan muncul kembali! haha.
macam biasa, semua gambar masuk dalam satu entry.

how's puasa so far, everyone?
kita dah berada dalam 10 malam terakhir ramadhan.
waktu yang awesome untuk mencari dan mencuri peluang up amal & ibadah.

isu latest pasal puasa ni; segelintir orang (muslim women) yang mahukan hak makan di tempat terbuka sekiranya diorang on menstrual cycle.
pada sy, bagi menghormati bulan ramadhan, eloklah cari tempat tersorok sikit.
tapi jangan come to extend tak nak makan langsung.
sebab haram bagi yang tak boleh berpuasa, tapi nak berpuasa pulak. makan tu tetap kena.
tapi tak de la terang-terang ko nak makan kenduri kendara kat mc d kan. haha
if you can't respect those who are fasting, please respect the holy month of ramadhan. aight :)

sy setakat ni alhamdulillah puasa penuh.
bf-moms memang ada kemudahan dapat berpuasa penuh kebiasaannya.
harapnya sampai last day nanti lah dapat penuh. kihkih ^^

dah nak hujung-hujung ni,
kebanyakan orang pun dah tak de mood nak makan nasi.
eh ye ke?
dalam kes kitorang ni, husband la yang nampak betul tak de mood makan nasi hahaha
buktinya sahur hari ni dia makan cornflakes dengan susu.
sy pun gorengkan karipap untuk sahur sekali.
semalam berbuka, husband masak lempeng. no nasi. haha

now onto photos!! x)

ada one day tu husband request nak sahur ayam goreng biasa je. tak de kuah tak de apa. ok kita gorenggg. xD



hari lain pulak. sahur cucur. yang ikan bilis untuk sy, yang udang untuk husband. buat 2 pinggan asing.

sy ni kan tak boleh makan udang banyak-banyak.
mild allergic kot.
nanti zits datang melawat.
tu tak pe lagi. pernah sampai demam sebab makan seafood terlebih-lebih.
tak tau pulak allergic dah tua-tua ni haha.
dulu zaman muda remaja dulu relax je makan seafood. hari-hari pun tak pe. :P


cucur udang dan cucur ikan bilis kitorang. makan time sahur memang selera.

mengantuk ke tak bangun sahur?
of course malas tu ada.
tapi tahun ni tak de mengantuk sangat kalau dah bangun pukul 4 pagi tu.
mungkin sebab sy tidur awal.
lepas tu kadang anaqi bangun jugak nak minum.
jadi dah terbiasa bangun super pagi.

cuma semakin nak hujung-hujung ni,
semakin malas nak masak meriah-meriah untuk sahur.
last-last karang kita makan roti bakar je agaknya! hahaha

last week ada sekali tu kitorang berbuka kat dataran depan perbadanan putrajaya.
first time berbuka situ.
baru tau betapa meriahnya.
sepanjang sidewalk perbadanan tu pun ada stalls dan meja.
nak bentang tikar kat sidewalk pun boleh. haha
sepanjang jalan, tepi-tepi dalam bangunan pulak ada jualan sale raya.
depan dataran ada food trucks.
belakang tu masjid besi.
serba-serbi ada.

ni kat sidewalk yang sy cakap tu. kitorang parking kat belakang dan berjalan ke dataran.



geng-geng buka puasa daripada ofis husband.



ariana tolong pegang anaqi. haha



tikar tu bawak dari rumah :D nampak kat belakang, orang lain pun ramai berbuka kat sini. hari biasa ni, bukannya weekend.



sy berbuka di dataran; nasi beriyani yang dibelanja oleh puan lily dari ofis. thanks, puan lily!



air bawak sendiri. haha



dah malam macam ni la keadaannya kat perbadanan putrajaya. lawa kan lampu-lampu!

husband siap singgah kat stall buah, beli durian bawak balik.
tak letak gambar stall dalam ni.
tapi dalam ig sy ada videonya :D

belakang tu masjid besi atau nama betulnya masjid tuanku mizan zainal abidin. panjang kan! so panggil masjid besi je :)

ok next!

ayam percik RM3.. beli sekali lagi daripada bazar ramadhan putrajaya. orang ni jual time ramadhan je katanya.

then jumaat lepas dapat macam-macam makanan daripada orang kat ofis.
depa memang rajin dan pemurah.
rajin sebab ada yang masak sendiri kat ofis.
hari tu dapat nasi arab bos belanja (tenkiu bos!), roti john ex-boss belanja (sebab ex-boss ni dah pindah wing sebelah. tenkiu jugak, ex-boss!).
selain tu ada 2 bekas berisi caramel pudding dan 1 bungkus bubur jagung.
nasi arab tu husband makan, sy beli nasi hujan panas kat bazar.

our meals of the day.



nasi hujan panas dengan ayam masak merah. sedap jugaklah ayam dia.. pedas-pedas.



sahur hari lain.. ikan goreng berlada dan bertomato *ahaha* dan sayur kobis + taugeh masak lemak.



sahur jugak ni.. sup tulang, makan dengan roti. time ni dah mula tak de nasi dalam juadah sahur kami. haha



ayam black pepper. sedap. kalau nak sedap, pakailah perencah black pepper jenama maggi :D



telur hancur pedas. ada sayur-sayur sekali.



kawan. :)



sahur semalam ni.. mee goreng ala mamak. 'ala' je sebab tak de tauhu atau cucur udang ke apa. ada udang dengan sayur dengan telur je. hee.



sahur hari ni lah ni! karipap frozen goreng, lempeng tu semalam punya hahaha. & panaskan pulut kuning and rendang daging yang pn suzy dari ofis belanja semalam. thanks, pn. suzy!


ok habis dah cerita makanan minggu ni.
sambung minggu depan la pulak kan kalau nak cerita pasal makanan.
minggu depan dah raya. lolx

till then! :)

0 comments: