pejam celik dah lima bulan kat ofis baru.
boleh tahan seronok la kerja kat ofis baru *lagi-lagi kalau dapat melancongkan diri sambil bekerja. hehe*
sy kan sangat jarang cerita pasal kerja.
tapi sebab ini cerita work-fun, kita ceritalah masuk dalam blog :DD
selalunya orang akan tanya,
"ko jaga (buat kerja) apa kat kementerian baru?"
macam-macam kitorang buat,
but yang betul-betul under sy are perbandaran and nama geografi.
jadi dapat belajar benda-benda baru yang awesome sangat.
nah belanja gambar. xD
time buat naziran tandas awam. ye, naziran tandas ye. hihi |
sebelum ni kat ofis lama sy pernah buat aktiviti judging macam ni..
tapi time tu judging kebersihan kampung.
best pergi dari satu kampung ke kampung lain.
jumpa orang kampung, tengok tempat orang.
then ikut pemenang pergi oversea as hadiah. haha
this time judging tandas pulak.
macam-macam jenis tandas jumpa.
tapi tak de la selalu, dalam 2 bulan sekali je.
in charge jaga nama geografi menyebabkan sy berpeluang tour malaysia (tour la sangattt kahkah).
sebab meeting nama geografi akan selalu dibuat di serata negeri.
cumanya sekarang sy ada bos baru,
so meeting besar dia akan pergi. meeting kecik sy pergi.
sebelum ni sy je yang redah semua meeting; besar atau kecik. hihi
baru-baru ni berpeluang ke kota kinabalu untuk attend meeting.
pergi sorang je.
sy sebenarnya enjoy pergi meeting sorang.
lepas tu boleh plan jalan sendiri.
biasanya turun KK sy akan holler kawan kat sana.
tapi this time memang niat nak jalan sendiri kat pasar.
so awal-awal dah book hotel paling dekat dengan pasar; le meridien.
biaq pi la bayar extra daripada rate sendiri, yang penting sy duduk dekat dengan pasar. haha
government servant sekarang dapat lepak kat golden lounge. |
muka sy ni tak ada rupa pekerja/bos langsung.
biasanya orang tak peduli pun sebab ingatkan student.
so layanan biasa-biasa je dapat. hahah (hampagas)
tak apa la, yang penting ai masuk golden lounge, makan minum main internet :'DD
pemandangan dari golden lounge. |
naik flight.
after 2 hours and the half, sampai KK. alhamdulillah.
terus ambik cab pergi hotel.
ai suka hotel ni! |
suka suka pun tak boleh nak pergi hari-hari;
sebab mahal.
sekali sekala macam ni tak pe la. haha
lepas tu dapat jadi special member dia, dapatlah privillage sikit.
macam dapat bilik tingkat paling atas khas untuk members je.
my humble room :) |
le meridien ni bilik dia special sebab ada dvd player dengan penimbang berat badan hahah
helo, bilik air!! |
toiletries. |
tv dan meja study. |
cupboard dan katil king. |
corner lot. hahah |
sampai-sampai hotel tu solat kejap,
then tak tunggu lagi terus ke pasar filipin depan tu.
jalan kaki je, tak sampai 50 meter pun. punyalah dekat.
jalan-jalan tengok makanan je.
wani hearts food :'DD
kerang gergasi!! 8D |
hah, tengok ni! punya la besar!! |
ini yang sy nak beli.. seafood bakar!! |
yums! |
seafood kat sabah murah-murah.
ikan bakar punya besar tu RM13 je macam tu.
lobster paling kecik RM25.
udang, sotong cucuk RM10.
yang lain tak tanya harga pulak.
but i bet they're all affordable.
cuma kawan-kawan yang duduk di KK ada cakap,
kebersihan diragui or may be penjual reheat balik seafood yang tak habis.
tapi selama sy pernah ke sini,
tak pernah sakit perut ke apa.
sedap je makan. hahah
suasana di pasar. |
chicken wings. |
ada juga tempat goreng-goreng masakan panas. |
ha a ada jugak seafood mentah.
korang boleh pilih dan cakap nak masak apa. pun boleh.
tapi sebab sy datang sorang,
niat pun nak beli yang bakar tu je and makan dalam bilik hotel.
the rest, sy jalan-jalan je beli souvenir and tangkap gambar.
memang saja terus pergi ke pasar sebab malas nak keluar balik bila hari dah gelap.
ada juga lauk pauk. |
kuih muih. yums! |
nah. hasil buruan. sedar diri, tak beli banyak pun :'P |
sy beli ikan bakar and udang bakar je.
ops dengan kepak ayam madu bakar. hahah
tapi udang tu pun tak makan habis sebab tak nak zits di muka menjelma :DD
kenyang dengan gembiranya.
lepak bilik hotel selepas mandi and solat, makan seafood bakar sambil menonton tv. priceless.
bye-bye, hotel! ni tingkat paling atas untuk members sahaja. rasa special pulak dapat special level. lolx |
esoknya check out, terus pergi meeting.
balik tu before ke airport sempat la beli souvenir lagi.
sekian.
No comments:
Post a Comment